KRU Kembali dengan Kolaborasi Bersama Sony Music Malaysia:Kejutan Terbaharu Menanti!

Tidak ada rakyat Malaysia yang tak mengenali kumpulan muzik gergasi KRU. Tersenarai sebagai salah  satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, kumpulan  yang dianggotai tiga adik-beradik ini pernah mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya di Malaysia dan luar negara. Dan kini, mereka telah mengambil keputusan untuk berkolaborasi bersama Sony Music Malaysia.

Kolaborasi antara KRU dan Sony Music Malaysia bakal membawa sejuta kejutan baharu buat peminat mereka yang mana kumpulan tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1992, KRU merupakan salah satu nama terkemuka dalam industri muzik  tempatan. Dianggotai oleh tiga beradik Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim — KRU telah mencipta  pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik di kalangan peminat.

Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang  muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media. Mereka dikenali dengan album-album  yang laris, seperti “Generasi” dan “KRU,” serta lagu-lagu popular seperti “Awas 1994” , “Ooh! La! La!  1996” dan banyak lagi.

sony music

Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka  selain menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau. KRU juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu  kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.

Kini setelah lebih 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan, mereka kembali membuat kejutan  saat mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music  Entertainment Malaysia. Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan,  komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun.

Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu  serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan  serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.

Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat  dan luar biasa. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta  karya yang relevan dan menghiburkan. Nantikan aneka perkembangan terbaharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.