KRU sekali lagi mencipta sejarah dalam industri muzik tempatan dengan penganjuran konsert kelima mereka pada tahun ini melalui acara GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025. Ini merupakan susulan daripada empat konsert terdahulu di Axiata Arena Bukit Jalil yang telah mencatat pencapaian luar biasa dan membuktikan populariti KRU yang tiada tandingan.

Iman dari Icon Entertainment menjelaskan bahawa permintaan terhadap konsert berskala besar oleh KRU sangat tinggi, dan sejak penganjuran pertama pada bulan Mei, pihak penganjur sentiasa ‘didesak’ untuk membawa KRU kembali ke pentas. Menurut beliau, trend penganjuran konsert di Malaysia kini mula mengikut aliran global di mana konsert melebihi satu hari dan kadangkala berlangsung sehingga seminggu. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Icon Entertainment, malah penganjur lain juga bersedia menambah penganjuran apabila permintaan tinggi diterima. GenKRU The Finale: One More Time tercetus daripada permintaan yang luar biasa ini, membuktikan bahawa peminat sentiasa menantikan persembahan KRU dengan penuh semangat.

Acara ini diadakan pada 22 November 2025, bermula pada pukul 8.30 malam di Stadium Hoki Bukit Jalil dan dianjurkan oleh Icon Entertainment. Penaja rasmi termasuk DTC sebagai pengangkutan rasmi, radio rasmi Era, Sinar, Gegar dan Zayan, serta Astro Gempak sebagai digital rasmi. Artis jemputan turut memeriahkan konsert ini termasuk Juliana Banos, Elite, Adam AF, Dina Nadzir, Dato Vida dan Leona. Konsert ini juga mengangkat tema 90-an sebagai dress code untuk para penonton yang ingin merasai nostalgia era tersebut.

Setlist konsert GenKRU The Finale: One More Time menampilkan lebih 20 lagu hits KRU, bermula dengan overture “Mengerti” diikuti dengan medley Fobia dan Salah Siapa, Awas, Mengerti, Kena Marah Pun Tak Kisah, Voodoo, Sampai, Intifada, Sayang, OhLaLa, Emilia, Apa Saja, Negatif, One More Time, medley Di Dalam Dilema & Sayang2 Gerenti Beres, Janji Tinggal Janji, Sehidup Semati, Freaky G & Dari Metropolitan & Go KRU & Suara Setan & Remaja Selamanya, Thank You 2025, Jangan Lafazkan, Tiga Kata Untukmu, The Way We Jam, Dekat Padamu, Fanatik, dan Terhangat Di Pasaran. Konsert ini sekali lagi membuktikan bahawa KRU terus menjadi gamechanger dalam industri muzik Malaysia dengan keupayaan mereka menakluk pentas besar dan memukau peminat setia.