Kombinasi Serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia Di Pentas ICSYVMY 5

Kombinasi Serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia Di Pentas ICSYVMY 5

Kelebihan utama dengan pelbagai kejutan dan aksi menjadikan I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) program hiburan nombor satu di Malaysia setelah empat episode bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pada jam 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Izzue Islam dan Ain Edruce merupakan pengacara duo rancangan tersebut.  Gabungan dua artis hebat tanah air dapat diperlihat iaitu Ratu Rock Ella dan penyanyi pop Misha Omar sebagai tetamu jemputan yang sememangnya menggegarkan pentas musim ke-5 pada minggu ini.  Gelagat ratu rock negara, Ella yang bersahaja pasti membuatkan anda tak kering gusi melihat beliau apatah lagi digandingkan dengan pemenang vokal terbaik 3 kali di Anugerah Juara Lagu, Misha Omar yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. 

Episode kelima ini menampilkan Lan Solo, Zarul Umbrella dan Amy Mastura sebagai penyiasat jemputan bagi membantu panel penyiasat tetap yang diwakili Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyi dalam kalangan peserta.

Mampukah Ella dan Misha Omar membuat tekaan yang tepat untuk menyingkirkan penyamar dalam episod kali ini? Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia 5 pada minggu ini!

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.