Acara sukan tahunan yang dinanti-nantikan, Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24), bakal kembali dengan cabaran yang lebih hebat! Anjuran Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., edisi ke-22 ini menjanjikan pengalaman luar biasa kepada para peserta yang bersemangat untuk menawan 1,608 anak tangga setinggi 292 meter menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck) Menara Kuala Lumpur.
Dengan tema “Larian ke Puncak Kejayaan,” KLTITC24 terus menarik perhatian komuniti sukan tempatan dan antarabangsa sebagai salah satu acara larian anak tangga yang paling mencabar di dunia.
Acara ini menjadi lebih bermakna tahun ini apabila Menara Kuala Lumpur menyambut ulang tahunnya yang ke-28. Menurut Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., “KLTITC24 bukan hanya satu acara sukan, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti dari pelbagai latar belakang dengan semangat yang sama. Kami sangat teruja melihat semangat peserta yang terus mencabar diri mereka di acara ini setiap tahun.”
Acara ini dijangka mendapat sambutan luar biasa, dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000 yang bakal direbut oleh peserta terbaik dalam enam kategori yang dipertandingkan.
Peserta KLTITC24 tahun ini akan mendaki jumlah anak tangga tertinggi dalam sejarah acara ini, membawa cabaran ke tahap yang baru. Laluan menuju ke puncak memberikan pengalaman unik sambil menawarkan pemandangan panoramik Kuala Lumpur yang tiada tandingan.
Sebagai tambahan, 100 peserta terbaik dari setiap kategori akan menerima T-shirt FINISHER edisi khas serta pelbagai hadiah eksklusif daripada rakan penaja, termasuk Nestle Milo, 100Plus, dan banyak lagi.
Pendaftaran kini dibuka dengan harga early bird bermula dari RM90 untuk peserta tempatan dan RM120 untuk peserta antarabangsa sehingga 21 November 2024. Yuran akan meningkat selepas tarikh tersebut, jadi peserta dinasihatkan untuk mendaftar awal di https://v2.checkpointspot.asia/event/KL-Tower-Run-24.
Sebagai penaja utama buat kali ketiga, Turkish Airlines terus memainkan peranan penting dalam menjadikan acara ini bertaraf antarabangsa. Kerjasama erat juga dijalin bersama Kementerian Belia & Sukan, Tourism Malaysia, dan pelbagai jenama terkenal lain untuk memastikan kelancaran dan kejayaan acara ini.
KLTITC24 bukan sahaja untuk peserta profesional, tetapi juga untuk semua individu yang ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Sama ada anda seorang peminat sukan atau hanya mahu merasai pengalaman unik, acara ini menyediakan peluang untuk semua orang meraikan kejayaan diri.
Acara ini sejajar dengan visi Menara Kuala Lumpur untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan kedudukannya sebagai mercu tanda utama di Malaysia. Dengan sokongan daripada Turkish Airlines, acara ini dijangka menarik perhatian pelancong dari serata dunia, menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan untuk sukan dan pelancongan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024. Cabar diri anda, cipta rekod baharu, dan nikmati pengalaman mendaki ke puncak Menara Kuala Lumpur!
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelangan di +603-2020 5421 atau layari media sosial rasmi kami @menaraki di Facebook, Instagram, dan TikTok, dan laman sesawang http://kltower.com.my