Kejohanan Dunia MLBB M6 Kini di Malaysia! Strim PERCUMA Hanya di Tonton!

Berita menggembirakan untuk semua peminat setia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)! Platform Tonton kini menawarkan peluang istimewa untuk menyaksikan siaran langsung Kejohanan Dunia MLBB M6 yang sedang berlangsung, bermula pada 7 Disember 2024. Ini adalah peluang emas untuk mengikuti perlawanan hebat tanpa henti selama 24 jam, menyaksikan pasukan-pasukan terbaik dunia berentap merebut gelaran juara dalam kejohanan e-sukan yang pertama kali diadakan di Malaysia.

Kejohanan MLBB kali ini, dengan tema #GreaterThanEver, menjanjikan pengalaman yang luar biasa berbanding sebelum ini. Pelbagai pembaharuan dan peningkatan telah dilakukan untuk memberikan pengalaman yang lebih hebat, termasuk hadiah yang lebih besar dan format permainan yang lebih menarik. Selepas lima tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini, dan ini adalah peluang terbaik bagi para peminat untuk menyaksikan pertempuran sengit pasukan-pasukan terkenal dari pelbagai negara seperti Filipina, Singapura, Indonesia, dan China, bersama dua pasukan tempatan, Selangor Red Giants dan Team Vamos.

Sejak diperkenalkan pada 2016, MLBB telah menjadi fenomena besar di Asia Tenggara, dengan para pemain bersaing untuk membuktikan kemahiran, strategi, dan kerja berpasukan terbaik mereka. Setiap pasukan terdiri daripada lima pemain yang memainkan peranan penting untuk memusnahkan pangkalan musuh. Kejohanan ini turut memperkenalkan hero-hero legenda nusantara seperti Badang, Lapu-Lapu, dan Gatotkaca, yang pastinya akan memberikan elemen kejutan kepada para peminat.

Dengan hadiah keseluruhan mencecah 1 juta USD, jumlah terbesar dalam sejarah M-Series, siapa yang akan muncul juara di M6 kali ini? Perlawanan kini berada pada peringkat Swiss Stage, dan persaingan semakin sengit. Siapakah yang akan melangkah ke peringkat seterusnya dan merebut gelaran juara dunia? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik penting dalam kejohanan ini.

Tonton terus memperkukuh komitmennya untuk memajukan industri e-sukan di Malaysia dan global. Dengan perkembangan pesat e-sukan, Tonton berusaha untuk menggalakkan lebih ramai anak muda terlibat dalam dunia ini, sambil mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dengan kerjasama bersama MLBB, Tonton percaya potensi e-sukan mampu diterokai secara lebih mendalam, membendung stigma negatif dan mempamerkan peluang-peluang yang menanti para peminat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M6 yang penuh dengan aksi mendebarkan dari 7 hingga 15 Disember. Saksikan peringkat Swiss Stage yang kini sedang berlangsung, sebelum aksi beralih ke Knockout Stage dari 7 hingga 11 Disember, dan diakhiri dengan Grand Final yang epik. Semua ini boleh ditonton secara percuma di Tonton!

Untuk merasai pengalaman menonton yang luar biasa ini, muat turun aplikasi Tonton atau kunjungi www.tonton.com.my untuk mendaftar akaun. Jangan ketinggalan, nikmati akses penuh ke saluran MLBB dan jadilah sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini. Jangan lupa juga untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial dengan hashtag #Tonton, dan ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram @tontonmy.