Jus bajet Diemes Cosmetic kian popular

DIEMES Cosmetic optimis dua produk keluarannya berjenama Jus Ratu dan Jus Putera akan melebarkan sayap pasarannya ke seluruh Malaysia sekali gus memasuki pasaran negara-negara Asia yang lain pada masa hadapan.

Menurut rakan niaga Diemes Cosmetic, Orkid Ramli dalam satu kenyataan, misi syarikat ialah membantu rakyat Malaysia menikmati hidup yang lebih sihat di samping membantu mereka yang berminat menjana pendapatan.

Katanya, Jus Ratu dan Jus Putera mula berada di pasaran lebih kurang dua bulan lalu.

“Dengan permintaan yang sangat luar biasa menjadikan produk keluaran ini mula menjadi sebutan,” katanya.

Jelasnya, Jus Ratu dihasilkan khusus untuk wanita dan ia mengandungi ekstrak buah kurma serta dicampur dengan pelbagai herba seperti kacip fatimah, manjakani dan madu,” katanya.

Tambahnya, disebabkan harga ditawarkan adalah mampu milik atau dikatakan jus bajet, dalam tempoh sebulan lebih 50,000 botol berjaya dijual.

“Jus Putera pula dihasilkan khusus untuk lelaki. Ia dihasilkan daripada ekstrak tongkat ali dan jus kurma,” katanya.

Orkid berkata, kedua-dua produk itu adalah buatan Malaysia dijamin dan dijual pada harga RM5.90 bagi setiap botol dengan kandungan 120ml.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *