1) Pisau cef
Biasa digunakan dan sangat popular. Pisau ini mempunyai bilah yang kuat dan agak berat. Fungsinya untuk mencincang dan menghiris.
2) Pisau paring
Paling sesuai digunakan di dapur. Bentuknya kecil manakala hujungnya runcing dan tajam. Ia sesuai digunakan untuk mengupas kentang, buah-buahan, sayur-sayuran dan menghias serta membentuk buah-buahan.
3) Pisau boning
Mempunyai bilah yang kurus, melengkung dengan hujungnya yang lurus. Ia digunakan untuk memotong dan mengasingkan daging daripada bahagian tulang. Terdapat dalam versi fleksibel yang lebih sesuai untuk digunakan pada ikan dan ayam.
4) Pisau fillet
Bilahnya panjang dan langsing. Bentuk mata pisaunya lebih fleksibel. Selalu digunakan di dapur untuk kerja-kerja menyiang, menghiris daging dan membuat hirisan yang nipis.
5) Pisau utiliti
Bilahnya kecil dan runcing serta pelbagai fungsi. Reka bentuknya sesuai untuk memotong dan menghiris buah-buahan, sayur-sayuran dan membuat potongan daging kecil.
6) Pisau pemotong
Ia juga disebut choppers dan bentuknya serupa dengan pisau cleavers, cuma bahagian pemotongnya lebih nipis. Ia kerapkali digunakan untuk menghiris daging secara menipis. Ingat, ia tidak sesuai untuk potong tulang atau daging beku.
7) Pisau cleavers
Jenis pisau pemotong yang sebenar. Bilahnya besar bersegi empat tepat yang agak berat dan tebal. Ketebalan bahagian pemotong menjadikan ia sangat sesuai untuk tugasan berat seperti memotong bahagian daging yang besar, tulang rangka dan seumpamanya. Kebanyakan penjual daging dan ayam menggunakan pisau jenis ini.
8) Pisau santoku
Paling sesuai untuk memotong dan penyediaan daging, ikan dan sayuran. Bentuknya sedikit melengkung pada hujungnya. Pisau paling biasa digunakan suri rumah di dapur di negara ini.
9) Pisau roti
Ia bergerigi halus pada bahagian tajam pemotong. Bilahnya juga panjang dan kuat. Sesuai digunakan untuk memotong bahan atau makanan lebih lembut seperti roti dan tomato.
10) Pisau pallete
Pisau yang dikhaskan untuk memasak telur goreng atau omelettes serta pancake. Bilahnya tumpul memudahkan ia menyelit antara makanan dan kuali.
11) Pisau pengukir
Bilahnya nipis dan meruncing pada hujungnya. Ia sangat sesuai untuk membuat hirisan secara lebih nipis dan halus. Selalunya digunakan selepas makanan dimasak termasuk untuk memotong roti, makanan dipanggang, daging dan ikan bakar.
12) Pisau pencincang
Satu-satunya pisau yang mempunyai dua pangkal. Bilahnya sangat tajam, nipis dan melengkung. Bentuknya seakan sabit. Ia digunakan untuk mencincang dengan cara menekan hujung kiri dan kanan secara berselang-seli. Ia sangat jarang ditemui di dapur.