JOM BUKA @ NOOK-AMAZINGLY INDONESIA

JOM BUKA @ NOOK-AMAZINGLY INDONESIA

Jika masih belum membuat apa-apa perancangan untuk berbuka puasa di mana untuk tahun ini, jom berbuka @ Nook, Aloft, Kuala Lumpur.

Ramadan Buffet 2019 kali ini, Nook, mempersembahkan lebih 150 hidangan Indonesia dan Malaysia Traditional yang amat menyelerakan yang disediakan oleh pasukan masakan yang cukup berpengalaman dan makanan akan sentiasa bertukar untuk tetamu nikmati ketika berbuka puasa disana.

Bersesuaian dengan tema Selera Indonesia dan juga makanan traditional Malaysia kegemaran rakyat Malaysia ketika bulan ramadan, maka hidangan utama buffet yang disediakan adalah seperti Kambing Bakar Bumbu, hidangan kambing yang diperap dengan rempah tempatan (kunyit, ketumbar, serbuk cili, halia dan serai). Sebaik sahaja kambing tersebut diperap ia akan dipanggang selama 2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan juicy.

Terdapat juga pilihan sambal dan Kari Indonesia termasuklah Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel dan Gulai Masak Lemak Nangka. Pengunjung boleh menikmati hidangan ini bersama dengan Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning yang menjadi makanan traditional rakyat Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *