Johor Premium Outlet

Johor Premium Outlet

Johor Premium Outlet

 

Terletak di persimpangan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Hubungan Kedua dan memakan masa pemanduan selama sejam dari Bandar Singapura dan tiga jam dari Bandar Kuala Lumpur dan terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Johor Premium Outlet mensasarkan pelbagai jenis pelanggan dari luar dan dalam negara terutama dari Asia Tenggara. Ia juga merupakan perhentian antara Resorts World Genting di Malaysia dengan Resort World Sentosa di Singapura di mana memakan masa perjalanan lebih kurang 3.5 jam dari Johor Premium Outlet.

Johor Premium Outlet merupakan syarikat yang menyediakan pelbagai jenis rekaan dan jenama yang memaparkan penjimatan 25% hingga 65% setiap hari. Sejak dibuka pada Desember 2011, pelbagai jenama dihimpunkan dibawah Johor Premium Outlet antaranya ialah Fossil, Michael Kors, Vincci, Burberry, Gap, Nike, Polo, Coach dan lain-lain lagi. Pelbagai barang berjenama dengan harga lebih murah berbanding ditempat lain boleh terdapat di Johor Premium Outlet.

Syarikat ini dipegang penuh oleh Genting Simon Sdn. Bhd. (GSSB) iaitu anak syarikat Simon Genting Ltd (SGL). SGL adalah syarikat yang melakukan perkongsian dengan Azzon Ltd (Azzon) sebanyak 50%.  Azzon pula merupakan anak syarikat milik penuh Genting Plantation Bhd. dan Premium Outlet.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

Name : Nah Sui Kar
Tel   : +6012-6767 623
Email : suikar.nah@milkpr.com.my.

Name : Amri Rahim
Tel   : +6012-3058 829
Email : amri.rahim@milkpr.com.my.

Laman web : http://www.premiumoutlets.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *