JOE FLIZZOW BAKAL ULANG KEJAYAAN BERSAMA SONAONE DALAM SATU MALAM DI TEMASEK

Joe Flizzow bermula sebagai ahli duo rap legenda Too Phat dan sejak itu mencipta nama sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara. Malah, dia juga dikenali sebagai penerbit, pencipta lagu, dan usahawan prolifik yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya.

The President, album solo pertamanya pernah merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009. Kemudian kejayaannya berterusan dengan album Bahasa Malaysianya, Havoc. Havoc telah mendapat tempat pertama di carta iTunes Malaysia pada tahun 2013.

Kini, beliau kembali dengan sebuah lagu berjudul SATU MALAM DI TEMASEK.

Lagu ini berkisahkan mengenai Joe Flizzow yang daripada seorang budak nakal dan sekarang sudah melalui fasa perkahwinan di samping bercerita mengenai situasi hari ini.

“ia juga satu bentuk nasihat daripada diri saya kepada diri saya sendiri. Walaupun tunjang utamanya adalah mesej dan nasihat, pada masa sama, tetap meraikan kehidupan,” katanya.

Lirik lagunya yang sarat dengan kiasan dan sindiran nukilan Joe Flizzow pasti akan dapat menaikkan lagi tanda aras irama hip hop Malaysia.

Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhya bersama rakan seperjuangannya, SonaOne.

Lagu ini diharapkan dapat menginspirasi mereka yang ingin mengejar impian dan cita-cita masing-masing.

Showcase Joe Flizzow Satu Malam Di Temasek, bertempat di The Bee, Publika. Showcase itu turut disertai bintang-bintang lain seperti Yonnyboii, Gard, Pele L, Fuego dan ALYPH.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan ialah Havoc, Baek, Kongsi, Jampi dan pastinya Satu Malam Di Temasek dan beberapa lagu lain daripada artis jemputan.

Lagu Satu Malam Di Temasek kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music manakala video muziknya boleh ditonton di Youtube Joe Flizzow bermula 1 Julai 2022 jam 9 malam.