Janganlah tipu kanak-kanak

ADA masa-masa tertentu, mungkin kita pernah berjanji dengan anak-anak untuk membelikannya mainan baharu jika dia berkelakuan baik.

Namun, disebabkan terlupa dan kadangkala tidak sempat, terpaksalah kita tangguhkan dulu niat itu.

Lagipun, kita selalu dengar orang kata “tidak mengapa, anak kamu masih kecil lagi, dia tidak tahu apa-apa”.

Pun demikian, apa hukumnya menipu kanak-kanak?

Sebenarnya, hukum asal menipu adalah diharamkan sama ada kepada orang dewasa, anak kecil, orang bukan Islam atau selainnya.

Dalam satu hadis sahih, baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil ‘ke sini, ambil ini’ kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.” (Riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, berdusta kepada kanak-kanak dikira berdosa besar.

Namun, jika ada halangan disebabkan belum mempunyai wang yang mencukupi, tidak mengapa ditangguhkankan pemberian sesuatu asalkan ditunaikan pada masa akan datang.

Kepada mereka yang pernah berjanji dengan anak-anak sebelum ini, tunaikanlah sedaya yang mungkin.

Jangan tambah lagi ‘bank’ dosa kita pada hari ini!

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Naib Setiausaha Agung Mustaqa Asatizah & Du’at (Murshid), pendakwah bebas & penulis.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *