Jangan sedih, ada kelebihan wanita bertubuh pendek…

TIDAK dinafikan terdapat kelemahan menjadi seorang gadis mahupun wanita yang bertubuh pendek. Kadang-kadang anda tidak boleh mencapai sesuatu di atas rak, seluar disarung pula sering kelihatan terlalu panjang dan lain-lain lagi ‘isu’.

Bagaimanapun, di sebalik kekurangan, ada kelebihan tersembunyi di sebalik itu. Berikut adalah 13 kelebihan wanita bertubuh pendek.

1. Ruang kaki yang mencukupi

Pada dasarnya anda boleh duduk di bahagian tempat duduk belakang sesiapa sahaja sama ada di dalam kereta atau bas. Kelebihannya adalah anda tidak akan rasa terhimpit ketika berada dalam jentera itu.

2. Menjadikan anda kelihatan lebih muda

Mungkin sedikit menjengkelkan apabila anda boleh disalah anggap ‘belum cukup umur’ biarpun sudah berusia 20 tahun. Pun begitu anda akan menyukainya apabila telah mencecah umur 40 dan masih kelihatan seperti ‘budak sekolah’.

3. Lelaki akan sentiasa lebih tinggi daripada anda

Sudah jadi kebiasaan setiap pasangan di mana lelaki lebih tinggi berbanding wanita. Jadi, jangan risau berkeadaan kononnya janggal jika sebaliknya.

4. Anda boleh memakai apa-apa tumit kasut yang anda mahu

Tidak perlu risau untuk membuat diri anda lebih tinggi daripada pasangan lelaki anda. Anda juga tidak akan kelihatan seperti zirafah. Walaupun anda memakai tumit empat inci, anda mungkin masih lebih pendek daripada orang biasa.

5. Anda menjadi ‘pakar’ mencapai barang di tempat tinggi

Menjadi pendek telah membolehkan anda untuk menguasai seni mendapatkan sesuatu barang di bahagian atas kepala anda. Ia semacam adikuasa ada pada kamu.

6. Anda akan hidup lebih lama

Banyak kajian mencadangkan bahawa orang yang lebih pendek cenderung hidup lebih lama kerana banyak sebab. Wanita pendek kurang berkemungkinan menghidap penyakit berkaitan ovari, kolon dan jenis kanser lain.

7. Anda hebat dalam permainan limbo.

Ketinggian anda membolehkan anda mencapai kecemerlangan dalam banyak permainan dan aktiviti. Salah satunya permainan limbo yang perlu merendahkan diri di bawah penghadang.

8. Pancuran air tidak pernah terlalu pendek untuk anda

Anda tidak akan perlu menghadapi masalah di dalam bilik mandi sekiranya pancuran air pada peras pendek, terutama seperti yang ada di hotel. Jadi tiada masalah mahu mencuci rambut anda.

9. Kurang panjang kaki = kurang masa bercukur

Ia matematik mudah. Sekiranya anda mempunyai kaki yang kurang panjang, maka kuranglah masa bercukur bulu kaki.

10. Tiada siapa yang dapat melihat hidung anda.

Tiada siapa yang akan tahu jika anda mempunyai ‘kelawar di dalam gua’ atau mempunyai bulu hidung yang kasar. Hidung anda akan sentiasa kelihatan elok kerana tidak terlihat oleh orang yang tinggi.

11. Selimut dan katil tidak pernah terlalu pendek untuk anda

Anda boleh ‘membungkus’ diri dalam selimut dan masih ada yang tersisa baki kain yang menutupi. Kaki anda tidak akan melekat pada selimut atau jatuh dari katil yang pendek. Anda juga boleh tidur dengan selesa di atas sofa.

12. Anda tidak akan diminta untuk mengangkat barang

Walaupun anda mempunyai kekuatan tubuh, tiada siapa yang akan meminta anda untuk mengangkat benda terutama di tempat tinggi. Jadi anda selamat!

13. Mudah berfesyen

Anda tidak perlu bimbang tentang skirt anda terlalu pendek. Tambahan pula, boleh memakai baju dan rok panjang sebagai pakaian. Sesetengah gadis pendek juga boleh berbelanja di bahagian kanak-kanak, yang bukan sahaja memperluaskan pilihan mereka, tetapi juga menjimatkan wang kerana harganya lebih murah berbanding baju dewasa!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *