MUSIM perayaan ini pasti ramai berkunjung ke rumah terbuka, mahupun makan di luar. Berhati-hatilah sebelum makanan masuk ke perut!
Mengapa makan kita harus bersih?
Ini bagi mengelakkan ia mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.
Yang penting keselamatan makanan haruslah terjamin!
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?
1) Kebersihan bahan mentah.
2) Pengendalian makanan yang bersih.
3) Kebersihan diri pengendali makanan.
4) Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
5) Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
6) Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
7) Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.