HONOR X9c 5G Menyusul dengan 6 Peningkatan Utama!

Penantian para peminat kini berakhir! HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar Pertahanan Tiga Ultra Kukuh terbaharu mereka, HONOR X9c 5G, akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2024.

Pelancaran ini boleh disaksikan secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 7 malam. Acara ini tidak hanya memperkenalkan telefon Raja Tahan Lasak yang baharu, tetapi juga memberikan butiran mengenai spesifikasi dan harga. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan pada tarikh tersebut!

Tempahan Awal HONOR X9c 5G Kini Dibuka!

HONOR Malaysia juga teruja untuk mengumumkan bahawa tempahan Early Bird Special untuk HONOR X9c 5G telah dibuka sebelum pelancaran rasmi. Jadilah antara yang terawal untuk memiliki HONOR X9c 5G dengan hanya meletakkan deposit serendah RM9 dan nikmati faedah eksklusif yang ditawarkan mulai hari ini sehingga 4 November 2024, jam 3 petang.

Para pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima pakej hadiah premium bernilai RM1,486. Pakej ini termasuk Pelan Jaminan Tiga Tahap yang menawarkan Penggantian Retak Depan & Belakang selama 365 Hari, polisi Penggantian Satu Sama Satu selama 180 Hari, serta Jaminan Bateri selama 36 Bulan. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Jam Tangan HONOR Choice Haylou secara percuma dan rebat segera sebanyak RM99 setelah membuat pembayaran akhir. Tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman web HONOR, serta platform seperti Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Cabutan Bertuah Hadiah Bernilai RM1,500 Menanti Pembeli Early Bird Special!

Yang lebih menarik, pembeli Early Bird Special juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik. Seramai 10 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai RM1,500, sementara 300 pemenang lain akan membawa pulang pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2, yang masing-masing bernilai RM1,299. Pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan pada 29 November 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan cabutan bertuah Early Bird Special ini, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

HONOR X9c 5G – Enam Peningkatan Utama Berbanding HONOR X9b 5G

Dibina berdasarkan kejayaan model sebelumnya, HONOR X9b 5G, model baharu ini, HONOR X9c 5G, menampilkan pelbagai ciri inovatif dan peningkatan utama yang direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna serta ketahanan peranti.

1. Ketahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh
Dikenali sebagai penerus kejayaan HONOR X9b 5G yang meraih pensijilan lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification, HONOR X9c 5G mempertingkatkan ketahanan dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh. Dengan rekaan ultra kukuh yang ditambah baik, peranti ini mampu menahan jatuhan dari ketinggian hingga 2 meter, berbanding 1.6 meter bagi model sebelumnya. Ketahanan ini dicapai melalui rekaan lengkung Bézier unik yang memberikan perlindungan 3D di setiap sudut, melindungi peranti daripada impak dari segala arah. Selain itu, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan kaca tempa super kukuh yang menguatkan keseluruhan peranti dari depan hingga belakang, termasuk kamera belakang, memberikan perlindungan kalis calar yang lebih baik.

2. Kapasiti Bateri Silikon Terbesar dan Pengecasan Pantas
Walaupun HONOR X9b 5G mempunyai bateri 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan penggunaan sederhana, HONOR X9c 5G kini dilengkapi dengan kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri, direka untuk membolehkan penggunaan lebih lama. Ia juga menawarkan pengecasan yang lebih pantas berbanding model sebelumnya.

3. Paparan Keselesaan Mata Flagship yang Dipertingkatkan
Mengutamakan kesejahteraan pengguna, HONOR mengintegrasikan ciri-ciri keselesaan mata dalam paparan HONOR X9c. Peranti ini dijangka menawarkan kecerahan puncak HDR terbaik dalam industri, memastikan visual yang lebih jelas dan nyata dalam pelbagai situasi pencahayaan. Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang direka untuk mengurangkan kerlipan, meningkatkan kualiti tidur, serta mengurangkan keletihan mata akibat penggunaan yang berpanjangan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di depan skrin.

4. Kamera Dikuasakan AI Ditingkatkan untuk Fotografi Lebih Mantap
HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Kamera Ultra-sensing 108MP dengan OIS, yang memberikan kestabilan imej lebih baik berbanding sistem EIS pada HONOR X9b 5G. Peningkatan ini memastikan gambar yang lebih jelas dan nyata dalam pelbagai keadaan.

5. Audio Lebih Kuat dan Berkuasa
Untuk meningkatkan pengalaman audio, HONOR X9c 5G memperkenalkan sistem pembesar suara berkembar. Peningkatan ini membolehkan peranti menghasilkan volum maksimum sehingga 300%, memberikan pengalaman audio yang imersif, berlandaskan asas kukuh HONOR X9b 5G.

6. Lebih Pintar dengan Ciri-ciri Magic AI
Ciri-ciri HONOR Magic AI yang dahulunya hanya terdapat pada peranti flagship kini boleh dinikmati pada HONOR X9c 5G. Perkakasan pintar ini meningkatkan kefungsian dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Jaminan Tiga Tahap Pertama dalam Industri untuk Ketenangan Pengguna
HONOR X9c 5G menetapkan standard baharu dalam industri dengan pakej Jaminan Tiga Tahap. Menyusuli kejayaan HONOR X9b 5G yang memperkenalkan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR X9c 5G memberikan keyakinan pengguna yang lebih tinggi.

Pakej ini bukan sahaja melindungi daripada keretakan, tetapi juga menawarkan Jaminan Bateri 36 Bulan, yang memberikan penggantian bateri secara percuma jika jangka hayatnya jatuh ke tahap yang boleh diterima dalam tempoh tiga tahun penggunaan. Selain itu, HONOR X9c 5G juga mempunyai Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari yang eksklusif, membolehkan pengguna untuk melakukan penggantian peranti satu sama satu bagi masalah kualiti perkakasan. Dengan pakej menyeluruh ini, pengguna dapat menikmati peranti mereka dengan lebih aman dan sejahtera.

Untuk maklumat terkini atau pengumuman lanjut, sila ikuti laman Facebook rasmi atau kunjungi laman web HONOR Malaysia di www.honor.com/my.