HONOR Tawar Kemas Kini Android & Sekuriti 7 Tahun untuk Siri Magic

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2025 – HONOR mengumumkan sokongan tujuh tahun kemas kini Android dan keselamatan untuk siri flagship HONOR Magic, bermula dengan HONOR Magic7 Pro di Eropah. Sokongan ini akan diperluaskan ke pasaran Malaysia secara berperingkat.

Inisiatif ini, sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN, menunjukkan komitmen HONOR dalam memberikan pengalaman pengguna terbaik dan meningkatkan keselamatan peranti. Dengan langkah ini, HONOR menjadi antara tiga jenama utama yang menawarkan kemas kini lanjutan, memanjangkan jangka hayat peranti dan mengurangkan sisa elektronik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, James Li, sokongan ini memastikan pengguna menikmati teknologi AI terkini dan prestasi terbaik sepanjang tempoh penggunaan peranti mereka.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my.