Mencari tablet yang lengkap dan berbaloi? HONOR Pad X9a ada semua yang anda perlukan dan lebih lagi. Pada harga RM999 sahaja, tablet ini hadir dengan papan kekunci Bluetooth pintar, pensel, serta langganan iQiYi selama 3 bulan bernilai RM598 semuanya percuma.
Daripada segi paparan, HONOR Pad X9a menampilkan skrin FullView 11.5 inci dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ini bermakna, setiap tontonan drama, filem, atau sesi melayari media sosial terasa lebih lancar, jelas, dan responsif. Skrinnya juga cukup terang walaupun di bawah cahaya matahari dengan kecerahan 400 nits.
Bagi yang kerap menggunakan tablet dalam jangka masa panjang, jangan risau mengenai kelatihan mata. HONOR Pad X9a dilengkapi dengan pensijilan TÜV Rheinland untuk Bebas Kerdipan dan Cahaya Biru Rendah serta teknologi Pemalaman Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia menjadikan pengalaman menonton lebih mesra mata.
Tablet ini juga berkuasa daripada segi prestasi dengan RAM 16GB termasuk 8GB RAM Turbo dan ROM 128GB. Sama ada untuk kerja, belajar, atau hiburan, semuanya berjalan lancar. Bateri besar 8300mAh mampu bertahan sehingga 11.7 jam tontonan video dan jika bateri hampir habis, pengecasan pantas 35W membolehkan anda kembali aktif dalam masa lebih kurang satu jam.
Tidak cukup dengan itu, HONOR Pad X9a juga dilengkapi ciri pintar seperti AI Handwriting Beautification yang menjadikan tulisan tangan anda lebih kemas, Voice-to-Text Conversion untuk rakaman suara terus ke teks, dan Multi-Screen Collaboration yang memudahkan kerja merentas peranti.
Sesuai untuk seisi keluarga, tablet ini juga didatangkan dengan Google Kids Space membolehkan anak-anak meneroka kandungan yang selamat. Ibu bapa pula boleh mengawal masa skrin dan menapis kandungan dengan Family Link.
Dengan reka bentuk nipis dan ringan hanya 475 gram dengan ketebalan 6.77mm, HONOR Pad X9a mudah dibawa ke mana-mana. Sama ada untuk hiburan, kerja, atau belajar, tablet ini adalah pilihan yang paling berbaloi dan serba boleh dalam segmennya.
HONOR bakal melancarkan versi LTE bagi HONOR Pad X9a di Malaysia pada 10 April 2025! Turut diperkenalkan dalam acara sama adalah HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 dengan tali jam baharu, dan HONOR Earbuds Open. Nantikan pengumuman harga dan maklumat lanjut di laman web rasmi HONOR Malaysia dan Facebook rasmi mereka di www.honor.com/my/.