HONOR mengumumkan bahawa telefon pintar flagship terbarunya, HONOR Magic7 Pro, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Januari 2025. Dikenali sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro membawa inovasi teknologi AI yang lebih manusiawi dan eksklusif, menawarkan pengalaman pengguna yang lebih pintar dan peribadi.
Berbeza dengan jenama telefon pintar lain yang bergantung pada teknologi awan atau AI peranti sahaja, HONOR memimpin industri dengan menggabungkan kedua-dua teknologi tersebut. Ini menjadikannya sebagai jenama pertama yang memanfaatkan gabungan tercanggih AI awan dan peranti, memberikan pengalaman pengguna yang lebih cekap, diperibadikan, dan lebih selamat. Dengan pendekatan ini, HONOR meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam pasaran telefon pintar AI yang semakin berkembang.
HONOR Magic7 Pro tidak hanya menonjol dengan teknologi AI, tetapi juga hadir dengan ciri-ciri canggih seperti AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0, menjadikannya telefon pintar pertama di dunia dengan fungsi pengesanan deepfake. Fungsi Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan membolehkan peranti memahami keinginan pengguna dan membawa mereka ke aplikasi yang relevan dengan mudah, mempertingkatkan pengalaman interaktif yang lebih lancar dan efisien.
Selain itu, reka bentuk HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi dengan ketahanan lebih tinggi. Ia lebih kalis air, debu, dan lebih tahan lasak terhadap jatuh. Keupayaan peranti ini untuk berfungsi dalam suhu tinggi tanpa mengurangkan prestasi menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang memerlukan ketahanan luar biasa dalam telefon pintar mereka.
Jangan lupa untuk menandakan 9 Januari 2025 dalam kalendar anda untuk menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic7 Pro yang membawa penambahbaikan canggih dalam pengalaman AI. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, anda boleh mengunjungi Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi mereka di honor.com/my.