HONOR dengan penuh kegembiraan mengumumkan pelancaran lima peranti baharu di Malaysia, menandakan langkah penting dalam memperluaskan lagi rangkaian produk pelbagai senario yang sedia ada. Di bawah HONOR ALPHA PLAN, yang diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR terus mengukuhkan kedudukannya bukan sekadar sebagai pengeluar telefon pintar, tetapi sebagai peneraju global dalam ekosistem peranti pintar berasaskan AI, menyampaikan inovasi terkemuka kepada pengguna di seluruh dunia.

Dengan tumpuan yang mendalam terhadap keperluan pengguna, setiap produk HONOR, termasuklah penambahan terbaharu ini, direka khas untuk mengoptimumkan potensi manusia dalam pelbagai situasi. Sama ada untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja, membantu mencapai matlamat kecergasan, merancang perjalanan pembelajaran, atau menawarkan pengalaman hiburan yang luar biasa serta merangsang kreativiti, rangkaian peranti ini dicipta untuk menyelesaikan cabaran harian dengan cara yang lancar dan mudah melalui teknologi tercanggih.
Maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan merasai pengalaman teknologi pelbagai senario HONOR yang terbaru di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/ .
Dengan pelancaran ini, HONOR sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan hanya mengikuti arus perkembangan teknologi, tetapi juga mencorakkan masa depan ekosistem peranti pintar di Malaysia. Bersiap sedialah untuk merasai inovasi yang bakal mengubah cara anda berinteraksi dengan dunia di sekeliling anda! Seiring dengan komitmennya untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam mempertingkatkan kualiti hidup, HONOR terus menonjol sebagai satu-satunya jenama Android di Malaysia yang menawarkan rangkaian peranti lengkap yang saling berhubung, memberi pengalaman yang tiada tandingan.