Herbalife, jenama terkemuka dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, hari ini melancarkan produk terbaharunya iaitu Herbal Retreat Powder, teh herba khusus yang diformulasikan bagi membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah tidur. Dengan gabungan bahan semula jadi seperti herba lemon, kamomil, lavender dan bunga markisa, teh ini direka untuk membantu menenangkan minda dan tubuh sebelum tidur.
Dalam suasana kehidupan moden yang semakin mencabar, tekanan menjadi faktor utama yang mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia. Berdasarkan dapatan Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik, 68% responden tempatan menilai tahap kesihatan fizikal mereka sebagai sederhana atau kurang memuaskan, manakala 66% melaporkan keadaan kesihatan mental yang sama. Tekanan kerja dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kemerosotan kesihatan mental, dan data dari NHMS 2023 menunjukkan hampir sejuta rakyat dewasa mengalami kemurungan.
Menurut Steven Chin, Pengarah Kanan & Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, “Kajian sejak beberapa tahun menunjukkan rakyat Malaysia semakin terkesan dari segi fizikal dan mental. Kami di Herbalife ingin membantu mereka bermula dengan asas penting iaitu tidur yang berkualiti, kerana tidur yang mencukupi mampu mempengaruhi kesihatan keseluruhan seseorang.”
Tambah beliau lagi, “Minum teh sudah menjadi amalan biasa dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, sama ada untuk berehat selepas seharian bekerja atau sebagai detik santai bersama rakan. Dengan itu, Herbal Retreat Powder kami diperkenalkan sebagai minuman tanpa kafeina yang menenangkan, serta selari dengan keperluan gaya hidup hari ini.”
Herbal Retreat Powder diformulasikan dengan bahan aktif seperti herba lemon, yang secara tradisional digunakan untuk membantu tidur yang lena. Didatangkan dalam rasa pudina yang menyegarkan, teh ini mudah dibancuh, rendah kalori, dan tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan — sesuai dijadikan sebahagian rutin harian yang sihat.
Pelancaran produk baharu ini memperkukuh lagi komitmen Herbalife dalam menyokong gaya hidup sihat dan menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk kesejahteraan. Dengan bahan semula jadi terpilih serta jaminan kualiti, Herbal Retreat Powder disasarkan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan tidur lebih baik sekaligus meningkatkan kesihatan mental dan fizikal mereka.
Herbal Retreat Powder kini boleh didapati di seluruh negara melalui laman web www.herbalife.com.my atau menerusi Pengedar Bebas Herbalife yang sah.