Guar Chempedak Bakal Terima Cawangan Domino’s Express Baharu

Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) terus mengembangkan rangkaiannya dengan pembukaan cawangan Domino’s Express yang baharu di Guar Chempedak, Kedah pada 2 April 2025. Konsep Grab & Go ini direka khas untuk pelanggan yang ingin menikmati piza segar dengan cepat dan harga yang berpatutan.

Tumpuan utama di cawangan ini ialah PizzaPanjang – piza 8 inci yang sesuai untuk seorang. Dengan kerak rangup keemasan, sos lazat dan keju yang meleleh, ia hadir dalam pelbagai perisa termasuk Aloha Chicken, Chicken Pepperoni, Beef Pepperoni, Simply Cheese dan 3 Meats, hanya pada RM8 sahaja!

Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Kami memahami kepentingan kemudahan bagi pelanggan. Oleh itu, kami berusaha untuk membawa Domino’s Express ke lebih banyak lokasi bagi memudahkan mereka mendapatkan piza kegemaran dengan lebih cepat.”

Bagi mereka yang ingin berkongsi, Domino’s Express juga menawarkan piza saiz Regular pada harga RM13 sahaja. Dengan kualiti premium dan perkhidmatan pantas, Domino’s berkomitmen untuk memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan.

Singgah ke Domino’s Express Guar Chempedak untuk menikmati PizzaPanjang anda! Untuk maklumat lanjut, lawati www.dominos.com.my.