Fan Meeting Eksklusif: Lee Je Hoon Rayakan 20 Tahun Karier di Kuala Lumpur

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je Hoon, yang telah lama memikat penonton menerusi pelbagai watak di kaca televisyen dan layar perak, bakal menemui peminat Malaysia dalam sebuah acara fan meeting eksklusif. Dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity bersama TopGallant Show, 2026 LEE JE HOON FANMEETING [Our 20th Moment] di Kuala Lumpur akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6 petang, bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Acara ini diadakan sempena ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri hiburan, sebagai penghargaan dan perkongsian detik bermakna bersama peminat yang hadir.

Lee Je Hoon meraih populariti menerusi filem indie Bleak Night (2011) sebelum mencatat kejayaan box-office dengan Architecture 101 (2012). Beliau juga terkenal melalui drama Taxi Driver yang menyaksikan beliau memenangi Anugerah Drama SBS – Grand Prize (Daesang) pada 2023 dan 2025, selain Top Excellence Award pada 2021. Karya lain yang turut mendapat sambutan termasuk Signal (2016), Move to Heaven (2021), Chief Detective 1958 (2024) dan Escape (2024). Tahun ini, peminat juga boleh menantikan musim kedua drama Signal, menambah lagi ekspektasi kepada kehadirannya di Kuala Lumpur.

Fan meeting ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk peminat, termasuk persembahan istimewa, sesi interaksi, tandatangan poster dan fotografi eksklusif untuk peminat terpilih. Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori termasuk SVIP, VIP BOX, VIP dan ZONE A, dengan pelbagai faedah seperti sesi Hi-Touch, sesi foto 1:1, sesi foto berkumpulan dan poster bertandatangan. Tiket boleh dibeli menerusi fantopia.io, my.trip.com dan www.ctrip.com bermula 25 Februari 2026, jam 12 tengah hari.

Fan meeting ini bukan sekadar peluang untuk bertemu Lee Je Hoon secara peribadi, tetapi juga menjadi penghargaan kepada peminat setia yang telah menyokong kerjaya beliau selama dua dekad. Peminat digalakkan mengikuti Instagram (@sanyansiyu) dan X (@sanyansiyu29) untuk maklumat terkini, serta melayari www.topgallantshow.com untuk butiran lanjut.