Fajar Hadir di Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” BCL – Promosi Menarik Menanti!

Peminat pastinya akan teruja dengan pengesahan penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar, sebagai artis jemputan istimewa untuk konsert Bunga Citra Lestari Eternal Love, Timeless Romance yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre.

Malam istimewa ini turut menampilkan Jaclyn Victor dan Dennis Lau yang akan bergandingan dengan BCL untuk mempersembahkan persembahan memukau.

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan potongan harga sebanyak 10 peratus menggunakan kod promosi fajarlove atau bcl88sale. Pembeli tiket juga berpeluang menikmati diskaun penerbangan eksklusif Malaysia Airlines selepas pembelian tiket serta diskaun Atome sehingga RM90 untuk bayaran mudah.

Konsert ini akan diadakan pada hari Sabtu, 27 September 2025 di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre dengan barisan artis Bunga Citra Lestari, Jaclyn Victor, Dennis Lau dan Fajar sebagai artis jemputan istimewa.