Headlines

EV NEXT: Sime Motors Perkenalkan Solusi Terbaik untuk Pemilik EV Terpakai

Sime Motors, peneraju dalam industri automotif, hari ini melancarkan EV NEXT, pengedar kenderaan elektrik (EV) terpakai pertama di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan elektrik, menawarkan pelbagai pilihan EV terpakai kepada pelanggan dengan nilai tukar beli yang menarik dan memenuhi keperluan gaya hidup yang lebih lestari.

Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, menjelaskan bahawa pelancaran EV NEXT adalah selaras dengan trend peralihan dunia ke arah mobiliti hijau. “Permintaan terhadap kenderaan elektrik semakin melonjak di Malaysia, dan ini adalah bukti jelas kepada populariti pengangkutan lestari. Dengan EV NEXT, kami ingin memberikan pilihan EV terpakai yang berkualiti kepada pelanggan, sekaligus mendorong peralihan ke masa depan yang lebih hijau dan mampan,” kata Andrew.

Tambah Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, EV NEXT akan menjadi destinasi sehenti untuk semua keperluan EV terpakai, termasuk jualan, tukar beli, dan perkhidmatan selepas jualan. “Kami berkomitmen untuk membekalkan EV terpakai dalam keadaan terbaik, dengan perkhidmatan yang menyeluruh dan sokongan pelanggan yang berterusan. Dengan pengalaman luas dalam industri automotif, kami yakin dapat memberikan kualiti dan kepercayaan kepada pelanggan kami,” jelas Jeffrey.

Portfolio EV NEXT menawarkan pilihan pelbagai jenama kenderaan elektrik terkemuka, termasuk BYD, BMW, MINI, Hyundai, Jaguar, Porsche, dan Volvo. Sebagai pusat perkhidmatan yang menyeluruh, EV NEXT berusaha untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan bermula daripada pemilihan kenderaan, perkhidmatan selepas jualan, hingga penyelenggaraan berkualiti tinggi.

Pasukan pakar Sime Motors di EV NEXT dilatih dengan pengetahuan mendalam dalam teknologi kenderaan elektrik, memastikan kualiti dan kecekapan yang tinggi. Untuk meningkatkan pengalaman pemilik, Sime Motors turut menyediakan sokongan selepas jualan melalui Drivecare, sebuah rangkaian perkhidmatan yang komprehensif.

EV NEXT tidak hanya menawarkan pembelian EV terpakai, tetapi juga memberikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar dengan perkhidmatan penyenggaraan dan sokongan selepas jualan. Dengan teknologi terkini dan juruteknik bertauliah, EV NEXT memastikan setiap EV, termasuk baterinya, berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan di jalan raya.

EV NEXT kini mempunyai bilik pameran di beberapa lokasi strategik termasuk Glenmarie, Chan Sow Lin, dan TREC. Rangkaian EV NEXT dijangka akan berkembang lebih luas lagi, dengan pembukaan lokasi baru di Pulau Pinang, Tebrau, dan Johor Bahru dalam masa terdekat.

Para pelanggan yang berminat untuk membeli atau menukar beli EV terpakai kini boleh mengunjungi bilik pameran EV NEXT atau melawat laman web rasmi di https://evnext.my/ untuk maklumat lanjut dan membuat janji temu.