Elak membenihkan ‘najis jahiliah’ dalam keluarga

UNTUK menjadi ibu bapa, tidak ramai dalam kalangan kita mempunyai sijil keibubapaan atau pengetahuan tentangnya, bukan?

Ia tidak seperti ketika mahu berkahwin yang memerlukan kita wajib mengikuti kursus perkahwinan.

Dalam membesarkan anak-anak, kebanyakan ibu bapa menggunakan dua kaedah ‘an’.

Pertama, menerusi warisan iaitu anak akan mengikut apa sahaja yang dilakukan ibu bapanya dan meninggalkan apa yang tidak disukai.

Satu lagi adalah mengikut perasaan.

Benarkah tidak boleh langsung ambil panduan daripada orang barat? Sebenarnya, boleh sahaja. Namun, ia perlu diselarikan dengan tuntutan Islam.

Jika al-Quran dan sunah tidak menjadi rujukan keluarga, percayalah pada saat ini kita sebenarnya sedang membesarkan generasi jahiliah di dalam rumah kita!

Kenapa pula kita mahu membenihkan ‘najis jahiliah’ dalam keluarga?

Sedangkan, Rasulullah SAW telah diutus untuk membasuh ‘najis jahiliah’ dalam masyarakat.

Apa sebenarnya najis jahiliah?

1. Kita tidak hirau tentang akhlak anak.

2. Kita tidak hiraukan pergaulan anak.

3. Kita tidak kisah anak bangun lambat dan tidak solat.

4. Kita tidak kisah anak tahu atau tidak tentang puasa.

5. Kita tidak kisah anak masih jahil tentang taharah.

Sikap tidak kisah kita itu akhirnya akan ‘memakan’ keluarga kita sendiri dengan didikan yang tidak betul.

Awas jika situasi ini sedang wujud dalam rumah tangga kita.

Berusahalah untuk membentuk keluarga sakinah yang penuh dengan kasih sayang.

Semoga kita dan keluarga kita sentiasa di dalam perlindungan-Nya dan reda ALLAH SWT.

(Sumber: Ustazah Isfadiah Dasuki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *