GAYA hidup terlalu aktif di luar menyebabkan kulit wajah sering terdedah pada sinaran ultraungu (UV) lalu mengakibatkan masalah penuaan kulit pramatang.
Perubahan suhu dan cuaca tidak menentu juga memberi kesan pada keanjalan kulit wajah termasuk pigmentasi, kulit kusam, bintik hitam dan berjerawat.
Enggan membiarkan kaum Hawa berterusan memikirkan solusinya, jenama Eversoft Skinz memperkenal set baharu iaitu Eversoft Skinz Timeless Youth.
Dalam satu kenyataan medianya, Eversoft Skinz berkongsi, dengan penggunaan secara konsisten, para pengguna dikatakan bakal melihat hasil yang mana dalam tempoh tiga hari kulit kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri.
“Produk baharu yang diperbuat daripada teknologi canggih Negara Matahari Terbit ini mengandungi 100 peratus ekstrak tumbuhan bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan.
“Ume atau dikenali sebagai aprikot Jepun misalnya, digunakan secara tradisional dalam perubatan negara berkenaan untuk melembut dan menyamaratakan tona kulit. Ia termasuklah menentang penuaan seperti kedutan, perubahan warna dan fungsi pertahanan kulit wajah yang terjejas,” kata kenyataan itu baru-baru ini.
Sementara itu, ekstrak rumpai laut Wakame yang kaya dengan fitokolagen membantu mengurangkan kedutan dan garis halus. Minyak bunga mawar liar pula berupaya menguatkan lapisan pertahanan kulit.
Tambah menarik, Eversoft Skinz Timeless Youth bebas bahan berbahaya seperti paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alkohol dan ftalat.
Rangkaian set penjagaan kulit wajah itu mengandungi lima jenis produk iaitu:Pembersih wajah Eversoft Skinz Timeless Youth bebas sabun dan lembut pada kulit.
Toner Multi-Corrective berasaskan air bersifat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit wajah. Ia memberikan dua kali ganda penghidratan segera dan mengecilkan pori.
Serumnya tidak berminyak, pantas meresap dan direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen. Sesuai digunakan pada permukaan muka dan sekitar kawasan mata.
Pelembapnya bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan tiga kali ganda (SPF30 PA++) untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV.
Krim malam Eversoft Skinz Timeless Youth merawat kulit wajah yang rosak selepas terdedah pada pencemaran, suhu lembap dan udara kering daripada pendingin hawa.