DRAMA HADIRNYA DIA PENGUBAT DUKA (TV3)

DRAMA HADIRNYA DIA PENGUBAT DUKA (TV3)

Kisah cinta Indah Kamelia tidaklah seindah namanya. Susulan penamatan pertunangan dengan Ilan Rafzal secara mengejut, Indah Kamelia ke Terengganu untuk mencari ketenangan. Kemudian takdir menghubungkannya dengan Isa Rafael, seorang lelaki misteri yang dipercayai bisu dan pekak. Menarik untuk diperhatikan bahawa Kamelia dan Isa mencapai persetujuan untuk menggunakan pad nota sebagai forum untuk membincangkan pemikiran mereka.

Saksikan drama terbaharu, Bukan Hanya Sekadar Cinta yang akan menghiasi slot Akasia bermula 24 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan anda juga boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.

Diinspirasikan daripada novel bertajuk sama karya Emma Mariam dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd., drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan adalah hasil nukilan skrip oleh Rehal Nuharis. Bukan Hanya Sekadar Cinta bakal menampilkan gandingan antara wajah baharu dan pelakon popular seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.

Ikatan pertunangan Ilan Rafzal (Muaz Zabir) dan Indah Kamelia (Sofia Dendroff) putus di tengah jalan tanpa sebarang penjelasan kepada Kamelia. Kecewa dan marah dengan keputusan yang dibuat oleh Ilan Rafzal itu, Kamelia tekad membawa diri ke Terengganu dan ingin berjauhan daripada segalanya. Ketika di Terengganu, dia bertemu dengan Isa Rafael (Ismail Izzani), seorang lelaki yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga. Namun, lelaki yang disangkakan bisu dan pekak itu berlalu pergi dengan penuh misteri.

Pertemuan itu kemudian membuka lebih banyak peluang mereka meluangkan masa bersama. Isa Rafael hadir menjadi pendengar setia setiap luahan perasaan Kamelia hanya melalui buku nota yang menjadi perantara mereka. Kehadiran Isa Rafael ketika dia kecewa itu juga membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang istimewa.

Suatu hari, Kamelia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dan terpaksa bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur, di mana sebuah rahsia menantinya. Kamelia terus pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal atau meninggalkan sebarang nota untuk Isa Rafael. Apakah rahsia yang menanti Kamelia di Kuala Lumpur? Dapatkah Kamelia dan Isa Rafael bertemu kembali selepas perpisahan yang tidak diduga itu?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Hanya Sekadar Cinta menerusi slot Akasia bermula 24 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.