Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Drama Bersiri Samarinda: Rindu Kasih
  • ATTRACTION

Drama Bersiri Samarinda: Rindu Kasih

Helmi Aziz November 24, 2022 (Last updated: November 24, 2022) 2 minutes read

Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak dapat dibandingkan dengan harta lain. Salina, anak Khalid yang masih kecil, mesti ditanggung dan dibesarkan seorang diri tanpa kasih sayang seorang ibu.

Tonton drama terbaharu Rindu Kasih, yang telah ditayangkan di Samarinda TV3 pada 16 November dan telah pun ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam, dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Drama 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie dan Shaza Talib. Drama ini menggandingkan barisan pelakon terkenal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Rindu Kasih menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
Next: PNB lancar ASN Sukuk sempena MSAM 2O22

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.