Drama ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU Gandingan Adam Lee & Wanna Ali Bakal Menghiasi Slot Lestary TV3 Mulai 29 September 2022

Drama ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU Gandingan Adam Lee & Wanna Ali Bakal Menghiasi Slot Lestary TV3 Mulai 29 September 2022

Hubungan Ariana dengan kekasihnya selama lapan tahun berakhir dengan kekecewaan apabila dia dipaksa untuk berkahwin dengan keputusan keluarga. Tetapi Ikmal yang turut dalam kesusahan ini dan Ariana dipertemukan oleh takdir, dan kehadiran Ikmal menambah baik kehidupan Ariana. Adakah dia layak untuknya? Mulai 29 September 2022 hingga 30 September 2022, tonton drama percintaan Are You Waiting for Me di TV3 dalam tempoh masa Lestary, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam.

Adakah Kau Menungguku terbitan OrangeTree Production Sdn.Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta hasil nukilan skrip oleh Anina Sahal, Amin Shakib dan Eja Lorena. Drama bersiri 15 episod ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Adam Lee, Wanna Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Wani Kayrie, Syafie Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. 

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua. 

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian. 

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Jangan lupa saksikan Adakah Engkau Menungguku mulai 29 September, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my 

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang drama kesukaan anda, layari Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat