Shaz atau Shazreen Shaharum membuat debutnya dengan lagu “Dingin Jiwa,” yang juga nama sebenarnya. Lagu bercorak balada ini diilhamkan daripada nukilan Senna, komposer muda yang turut menulis lagu “Kembali Terang,” yang dinyanyikan Marsha dalam AJL 37. Shaz semakin dikenali ramai sejak menjadi finalis program realiti Terpaling Juara terbitan TV3 kerana berjaya meraih persembahan terbaik bagi segmen ‘Terpaling Padu Minggu Ini’ sebanyak 3 kali . Minat Shaz terhadap nyanyian begitu mendalam dan telah berjinak-jinak dengan pertandingan nyanyian sejak usia 4 tahun lagi sehingga akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Muzik di UPSI. Menurut Shaz, “Lagu Dentingan Jiwa ini menggambarkan tentang perasaan seseorang yang kecewa dan sukar untuk melupakan orang yang dicintai. Menerusi lagu ini, saya berharap pendengar yang berhadapan dengan kekecewaan kerana cinta mereka tidak dihargai supaya terus tabah mengharungi kehidupan ini. Semestinya berhadpaan dengan situasi yang sukar, jangan anggap diri ini lemah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semestinya kebahagian bakal dikecapi nanti.” Lagu Dentingan Jiwa merupakan runut bunyi kepada drama bersiri 15 episod, Serpihan Sayang yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd ini merupakan kisah yang bergenre seram psikologi dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi. Jangan lupa untuk dengarkan Dentingan Jiwa di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Turut disertakan adalah lirik lagu Dentingan Jiwa: Artis : Shaz Penulis Lirik : Senna Komposer : Senna Kemana kakiku melangkah Kau selalu membayangi Mendekap Ku enggan berpaling Sejauh mana ku berlari Tak mampu ku sembunyi Namamu menghujam di nadi Salahkah bila jiwa ini Tiada lagi disini Memeluk luka yang terperih Bersemadi dalam hati Tlah ku coba untuk temukan Sinar untukku pulang Masihkah tercipta harapan? Post navigation Terbaru Dari Wani Kayrie ‘Fajar’ myTukar celebrates Raya with menangful rewards: huge savings up to RM27,000 on selected cars and massive giveaway with prizes worth over RM100,000