DATO’ HATTAN BERI AMARAN KEPADA KAPTEN HAEL!

DATO’ HATTAN BERI AMARAN KEPADA KAPTEN HAEL!

Rahmad Mega dan Shaz, yang dipilih sebagai pemenang dalam episod kelima Terpang Juara, mengejutkan penonton apabila didedahkan bahawa mereka adalah dua pesaing paling teruk! Juri tetap meminta kedua-dua pesaing, yang dilatih oleh kapten Hal, untuk memberikan persembahan WOW dan menggunakan penampilan segar dari persona mereka sebelum ini.

“Rahmad Mega ialah seorang penyanyi rock yang hebat dan boleh membawa apa saja lagu yang diberikan. Di pentas Terpaling Juara, saya nak lihat sisi berbeza daripada Rahmad dan bukannya persembahan yang boleh dijangkakan. Kedudukan markah pada malam ini merupakan satu amaran kepada kapten Hael untuk meneliti persembahan Rahmad Mega dan Shaz supaya dapat menonjolkan identiti mereka dan bukannya ikut cara nyanyian penyanyi asal,” komen Dato’ Hattan. 

Kedua-dua juri tetap juga telah memberikan pendapat tentang persembahan Shaz yang mempertaruhkan lagu Kau Pun Sama. “Shaz ialah seorang penyanyi baharu yang berbakat. Suara dan intonasi Shaz baik. Apabila Shaz perlu menari sambil menyanyi, Shaz harus memastikan dirinya menari lebih hebat daripada penari-penari dan menonjolkan diri sebagai Super Star,” tegur Fauziah Latiff.

“Lagu ini ada elemen blues, jadi Shaz perlu sangat yakin dalam menyampaikan lagu ini. Jangan teragak-agak dan perlu buat dengan betul-betul,” tambah Datuk Hattan. 

Oleh itu, kami ingin meminta jasa baik daripada rakan – rakan media untuk menguar-uarkan lagi tentang Terpaling Juara.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan siaran media dan gambar.

Media Kit Terpaling Juara Episod 5

Kerjasama baik daripada rakan – rakan media didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Farina Ashrudin / Lee Chai Yin / Nurin Amaliya Yusri dari Rangkaian Televisyen Media Prima.

Terima kasih! #TerpalingJuara #PlaylistAJL