Das WeltAuto Dilancarkan Pada Acara Volkswagen Fest 2019

Das WeltAuto Dilancarkan Pada Acara Volkswagen Fest 2019

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2019 – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Das WeltAuto, program kenderaan terpakai global Volkswagen yang menawarkan para pelanggan kereta terpakai yang boleh mereka percayai. Das WeltAuto yang memenangi anugerah itu disokong oleh pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan-global oleh Volkswagen Group.

Semua model dan jenama diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in), malah pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan yang disahkan oleh Das WeltAuto sudahpun melalui 133 poin pemeriksaan yang ketat dan menyeluruh. Pemeriksaan itu dijalan oleh dan disahkan oleh Juruteknik Kanan Volkswagen.

Pelanggan kenderaan Das WeltAuto bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan tepi jalan selama setahun*. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun dan ke atas.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Das WeltAuto merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai.

“Apa yang membuatkan Das WeltAuto berbeza dengan saluran jualan kereta terpakai ialah anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan terbaik sama seperti pengalaman membeli sebuah kereta baharu di pengedar yang anda yakini. Kakitangan berpengalaman akan memberikan khidmat nasihat terbaik dan telus. Semua ini ditawarkan oleh jenama yang boleh anda harapkan — lebih penting lagi, produk yang boleh anda percayai”

Sebagai sebahagian daripada janji Das WeltAuto, hanya alat ganti tulen akan digunakan pada kereta terpakai ini. la juga tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan didatangkan lengkap dengan bukti penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen.

Buat masa sekarang, Das WeltAuto ditawarkan oleh empat pengedar Volkswagen: Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Alor Setar dan Volkswagen Juru. Mereka yang berminat juga boleh melihat kenderaan yang ditawarkan di laman web Das WeltAuto. la sentiasa dikemas kini, lengkap dengan maklumat terperinci dan pilihan sama ada untuk pertanyaan atau menempah sesi pandu uji.

Das WeiltAuto dilancarkan pada acara tahunan Volkswagen Fest 2019 kali ketiga yang berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September di Setia City Convention Centre.

Volkswagen Fest merupakan satu acara yang meraikan segalanya tentang Volkswagen. Pengunjung boleh memandu uji serta memanfaatkan pelbagai penjimatan hebat ke atas kereta baharu dan terpakai. Kereta baru dan klasik Volkswagen juga ada-dipamerkan. Kawasan trak makanan, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang cantik untuk foto di Instagram serta stesen permainan interaktif bagi seis! keluarga turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.dasweltauto.my dan www.volkswagen.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *