Contohi cara diet Rasulullah SAW

SELALU kita dengar bahawa perut ialah punca segala penyakit.

Mungkin ada benarnya kerana jika kita tidak menjaga pemakanan dengan baik, pelbagai penyakit boleh menyerang.

Dalam hal itu, Rasulullah SAW sendiri sentiasa menjaga pemakanan dan baginda tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya.

Bagaimana diet cara baginda?

Antara makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah ialah:

1. Barli

2. Kurma

3. Buah tin

4. Anggur

5. Cendawan

6. Tembikai

7. Madu

8. Susu

9. Minyak zaitun

10. Delima

11. Cuka

12. Air

Selain itu, Rasulullah SAW tidak pernah makan buah selepas selesai makan sepertimana kebiasaan kita pada hari ini.

Baginda juga melarang kita mengambil makanan darat bercampur dengan makanan laut dan makan ikan bersama susu kerana ia mengandungi penyakit.

Perkara itu turut dibuktikan oleh ilmuan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion positif, manakala ikan pula ada ion negatif.

Jika makanan yang dimakan terdapat ayam bercampur dengan ikan, akan terjadi reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus.

Walaupun amalan itu nampak mudah, namun tidak semua orang mampu untuk mengikutinya.

Ya, mungkin kita sudah terbiasa dengan tabiat makan yang lama, apatah lagi jika makan di luar.

Apa kata, selepas ini, kita cuba lakukan perubahan tabiat makan kita.

Lama-kelamaan kita pasti boleh membiasakan diri.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *