CIPTA 2 Konsert Dato M.N45ir, Kesinambungan yang Dinanti-nantikan Penonton.

cipta 2

Nama Datuk M. Nasir sememangnya sinonim dengan persembahan yang meninggalkan kesan mendalam. Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang lalu masih menjadi sebutan ramai, membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang seniman agung.

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi, ICON Entertainment dengan berbesar hati membawakan kembali sang legenda ini menerusi Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2 pada 12 Oktober 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil.

cipta 2

Konsert ini menjanjikan kelainan, dengan Datuk M. Nasir akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada 3,000 koleksi beliau. Ia bakal menjadi ‘versi lanjutan’ CIPTA yang dinanti-nantikan, menampilkan lagu-lagu yang berbeza daripada konsert sebelumnya.

Konsert ini juga amat eksklusif, hanya untuk 6,000 penonton sahaja. Jadi, bagi peminat tegar M. Nasir, inilah peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan yang pastinya akan menjadi kenangan terindah.

cipta 2

Datuk M. Nasir sendiri berjanji akan membawakan lagu-lagu istimewa, termasuk lagu-lagu lama dan beberapa lagu baru. Beliau berharap persembahan CIPTA 2 ini akan lebih bertenaga dan bermakna buat semua.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri keajaiban seni Datuk M. Nasir. Tiket mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2.