CBP LANCAR MYCBP, PROJEK FIRST

CBP LANCAR MYCBP, PROJEK FIRST

MYCBP, jenama perbankan baharu daripada First Co-opbank (CBP), secara rasminya memperkenalkan nilai asasnya.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dan Anggota Lembaga CBP. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar serta Pengurusan Kanan CBP.

Khairil Anuar berkata, MYCBP ini akan dijadikan sebagai satu identiti untuk keseluruhan warga kerja CBP tanpa mengira pangkat dan juga jawatan wargakerjanya.

“CBP mempunyai produk dan perkhidmatan yang berkualiti, justeru itu, ianya juga perlu seiring dengan nilai-nilai teras yang mencerminkan kehebatan CBP itu sendiri oleh wargakerjanya

“Nilai teras ini perlu bagi memastikan warga kerja CBP mempunyai satu standard kompetensi yang sama untuk CBP terus bergerak maju ke hadapan,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, MYCBP tersebut merupakan satu akronim iaitu :

o M – Mesra Pelanggan

o Y – Yakin dan Beriltizam

o C – Cekap

o B – Berintegriti

o P – Progresif

Dalam masa yang sama, turut dilancarkan adalah Projek FIRST di mana projek ini adalah satu projek untuk menaiktaraf Sistem Perbankan Teras CBP.

“Projek ini dijangka mengambil masa selama dua (2) tahun iaitu bermula November 2022 sehingga Oktober 2024 di mana terdapat tiga (3) fasa iaitu Fasa 1 akan bermula pada 1 Julai 2023, Fasa Dua akan bermula pada September 2023 dan Fasa 3 dijangka pada Julai 2024 mengikut modul-modul yang telah ditetapkan,”jelasnya.