Category: ATTRACTION

  • Rumah Ngaji, TLDM jayakan Malaysia #QuranHour atas kapal

    MANJUNG – Buat julung kalinya, Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh akan bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjayakan penganjuran Malaysia #QuranHour di atas Kapal Diraja (KD) Teguh Samudera di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

    Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, ilham untuk mengadakan program berkenaan di atas kapal itu tercetus menerusi satu kunjungan hormat ke atas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed.

    Menurutnya, secara kebetulan pihak TLDM sedang mengadakan Pesta Merdeka Lumut 2023 dengan pelbagai aktiviti serta pengisian dan penganjuran Malaysia #QuranHour ini menyerikan lagi program sedia ada.

    “Sebelum ini kita sudah pun bekerjasama dengan TLDM pada bulan April lalu di premis Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh sempena World #QuranHour.

    “Melihat kepada kejayaan dan manfaat program #QuranHour ini, kami meneruskan kerjasama kali ini dengan tampil memberi kelainan untuk membaca dan menghayati al-Quran di dek KD Teguh Samudera sempena Malaysia #QuranHour.

    “Alhamdulillah, saya sebenarnya terharu dengan komitmen yang diberikan oleh pihak TLDM khususnya Datuk Anuar untuk menjayakan progam ini bersama-sama Ruman Ngaji Komuniti Teluk Muroh. Kita harap kerjasama ini akan berterusan untuk program-program seterusnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

    Beliau berkata, dijangka seramai kira-kira 50 orang akan turut serta dalam program ini melibatkan 30 orang pemegang Panji Al-Insan dan 20 orang lagi terdiri daripada pegawai serta anggota TLDM diketuai Pegawai Memerintah KD Teguh Samudera, Komander Mohd Khairul Jamal Hamad.

    Sementara itu, Maziah berharap program Malaysia #QuranHour ini mencapai matlamat untuk seluruh rakyat di negara ini khususnya yang beragama Islam bukan sahaja membaca tetapi memahami dan mengamalkan panduan terkandung di dalam al-Quran.

    “Dengan penganjuran program seperti ini kita mahu agar al-Quran ini mesti dijadikan sahabat sepanjang masa sama ada ketika senang atau susah tanpa mengira masa dan tempat.

    “Semoga dengan keberkatan program bacaan al-Quran ini memberi keselamatan kepada warga kapal dan aset-aset TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan negara,” katanya.

    Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour yang ke sembilan pada kali ini dengan bertemakan Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.

    Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

    Lokasi perdana bagi Malaysia #QuranHour akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos selain ia turut dilaksanakan di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

    Di Perak, Politeknik Ungku Omar di Ipoh akan menjadi lokasi utama bagi penganjurannya di Perak dengan penyertaan dijangka seramai 800 orang.

    Sumber

  • Dokumentari Khas “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” Memenangi Anugerah Gangsa untuk Program Faktual Terbaik Terbitan Asia bagi Kategori Pasaran Tunggal Asia dengan kerjasama TNB

    Tahun 2023 merupakan tahun yang menggembirakan bagi TV3 sejak program dokumentari khas Majalah 3 mencipta sejarah dengan membawa pulang pingat gangsa dalam Kategori Program Faktual Terbaik Dihasilkan di Asia bagi Content Asia Awards 2023, yang dihoskan di Hotel Athenee di Bangkok. . Kejayaan ini dicapai menerusi program khas bertajuk “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” yang diwujudkan oleh TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

    TV3 merasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada TNB dalam menjayakan dokumentari khas ini. Penerbitan yang memakan masa hampir 3 bulan ini telah pun disiarkan pada 13 Mac yang lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan sehingga mencecah 2 juta penonton. Kerjasama yang terjalin ini, jelas membuahkan hasil yang sangat memuaskan apabila ia diiktirafkan di peringkat antarabangsa. Semoga kerjasama yang terjalin bersama TNB akan berkekalan dan pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada penonton setia TV3.

    Dokumentari khas ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekutif; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat. Kejayaan  program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faeza Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Stela Chong; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.

    Kepada mereka yang ingin menonton edisi khas Majalah 3  “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

    #tasikkenyir #TNB #TV3 #TV3Malaysia #tonton #majalah3

  • PCIM Asia 2023 to open on 29 August

    The leading fair in Asia for power electronics will open on 29 August 2023 at the Shanghai New International Expo Centre (SNIEC). The exhibition and conference will bring together the best and brightest of industry minds to explore the latest trends and innovations.

    Taking place from 29 – 31 August, PCIM Asia 2023 will present the latest breakthroughs and developments in power electronics, intelligent motion, renewable energy and energy management. 181 exhibitors will display their innovative technologies across 12,000 sqm of exhibition space. Some of the exhibitors attending this year’s show include: AOS, CRRC, Heraeus, Inventchip, Keysight, LEM, Littelfuse, MACMIC, NOVOSENSE, onsemi, PN Junction, Power Integrations, Silan, Sun.King, Toshiba and Yangjie. The event also has continued support from the following five sponsors: Mitsubishi Electric, Semikron Danfoss, Fuji Electric, Infineon and ROHM.

     
    The fair is once again hosting a variety of themed zones focusing on important aspects of power electronics development. Themed zones at the 2023 edition include the E-mobility Zone, 3rd Generation, Semiconductor Pavilion, Poster Session Area (part of the Conference), and University Zone. With a comprehensive coverage of power electronics, ranging from power semiconductor components and modules to electrical devices, passive components, thermal management, as well as test and measurement, the fair aims to meet the sourcing requirements of all attendees.

    In addition to the exhibition, a series of forums will also take place focusing on a variety of different themes. These include the “Power Electronics Application Forum”, “The 3rd Generation Semiconductor Forum”, “New energy development under the carbon peak and carbon neutrality goals” and “Electrical transportation technology in the Industry 4.0 era”. There will also be a “Shanghai International Forum on Smart Home Energy Efficiency Control and Household Energy Management” co-organised with the concurrently held Shanghai Smart Home Technology.

    PCIM Asia Conference explores the future of power electronics
    This year’s PCIM Asia Conference, one of the industry’s most respected conferences in the region, returns with a wide variety of presentations including keynotes, oral and poster sessions, tutorials and a special session led by Infineon Technologies and Rompower Energy Systems exploring GaN based high power density supplies.

    There will also be several awards hosted at the conference recognising the achievements made by those in the industry for contributing to its development and innovation. These include the “Best Paper Award”, “Young Engineer Award” and “University Scientist Award”.

    Register to visit the 2023 exhibition and conference now: https://qr.messefrankfurt.com/9bd44

    PCIM Asia is jointly organised by Guangzhou Guangya Messe Frankfurt Co Ltd and Mesago Messe Frankfurt GmbH. To find out more about PCIM Asia, please visit www.pcimasia-expo.com or email pcimasia@china.messefrankfurt.com.

  • Formnext + PM South China returns next week to spur cross-industry conversations on manufacturing technologies

    This year’s edition of Formnext + PM South China will be held from 29 – 31 August 2023 in Hall 6 of the Shenzhen World Exhibition and Convention Center. Serving as a central hub connecting the additive manufacturing, powder metallurgy and advanced ceramics industries, the event will bring together 275 exhibitors across 20,000 sqm of floor space. Notably, the show will debut a range of new fringe events focused on injection moulding, advanced ceramics optimised for smart manufacturing, directed energy deposition, binder jetting, and other cutting-edge innovations.

    Ongoing advancements such as these have revolutionised the fields of additive manufacturing, powder metallurgy and technical ceramics, enabling accelerated production schedules, enhanced multi-material support and rapid prototyping capabilities. With their broad versatility, these technologies are seeing increased adoption among a wide variety of industries, such as automotive, railway, heavy machinery, electronic appliances, medical, aerospace and consumer goods. As a result, collaboration within these fields fuels innovation and opens the door to an expanded range of cross-sectoral business opportunities.

    Formnext + PM South China provides a platform for face-to-face networking and industry dialogue both within and between these sectors. With a 38% increase in exhibitors compared to the previous edition, the event reinforces the growing appeal of additive manufacturing across diverse industries. Notable exhibitors include:

    • Additive manufacturing: Anycubic, ASSAB, BASF, Bright Laser, CNPC Powder, Evonik, Farsoon, Hanbang, HP, Lithoz, Materialised, Siemens, Stratasys, and UnionTech
    • Powder metallurgy: B-Well, C Fine, Cincy, CISRI AT&M, Hiper, LD Metal Powders, Mengda, SinterZone, Unifine, and Zhujin
    • Advanced ceramics: 3DCeram, Bemetals, CNBM, Companion, Huamei, Lithoz, Nanoe, Naura, Nuoyi, Orient Zirconic, Shenxing, TS, and XY

    AM Gallery: exploring the diverse applications of additive manufacturing

    The 2023 edition of Formnext + PM South China will introduce the AM Gallery, a curated display highlighting creative uses of additive manufacturing within four categories: AM in Life, AM in Art Toys, AM in Fashion and AM in Industrial Production. The gallery will present an assortment of innovative designs, demonstrating the various ways in which additive manufacturing technologies can be adopted and the multitude of applications they enable.

    Engage in cross-industry discussion with over 80 concurrent event topics

    Beyond the exhibition floor, the fair will offer a comprehensive fringe programme, featuring a line-up of over eighty presentations designed to stimulate cross-industry discussion. These events empower fairgoers to communicate the latest advancements, discover novel applications and collectively shape the future of the industry. Highlighted events include:

    South China Injection Moulding and Additive Manufacturing Technology and Application Summit (29 August)

    This comprehensive summit covers the entire injection moulding supply chain, offering valuable strategic insights for the advancement of the injection moulding and additive manufacturing industries. Topics covered encompass:

    • Development Status and Market Applications of Titanium Alloy Powder Technology
    • The New Era of Mass Production: How Independent Innovation is Accelerating Additive Manufacturing

    The Binder Jetting Additive Manufacturing Technology Forum (30 August)

    At this forum, speakers will delve into the technical advantages and future prospects of binder jetting, an innovative technology renowned for its expansive build volume and cost-effectiveness. Presentations at this event include:

    • HP MetalJet Technology Global Applications Summary and Outlook
    • How Voxeljet Can Aid Material Development and Mass Production with Inkjet Printing Technology

    Ceramic 3D Printing Summit in Medical Applications (30 August)

    Dedicated to examining the medical applications of 3D-printed ceramics, this summit provides a platform for in-depth discussions, with presentations covering:

    • The Promising Future of LCM: Photopolymerisation Ceramic 3D Printing in the Healthcare Industry
    • Investigating Performance Control of Bio-ceramic Scaffolds in Additive Manufacturing

    2023 South China Advanced Ceramics Frontier and Industry Development Forum (30 August)

    This forum explores both the wide-ranging potential of 3D-printed ceramics and the industry’s development within the Greater Bay Area. Presentations at the event will address:

    • Preparation Technology of Alumina Powder and its Application in Advanced Ceramics
    • Intelligent Manufacturing of Structural and Functional Integrated Ceramics Based on the Principle of Addition: Macro 3D Printing and Micro Self-Assembly 3D Printing

    Formnext + PM South China is jointly organised by Guangzhou Guangya Messe Frankfurt Co Ltd and Uniris Exhibition Shanghai Co Ltd. The fair is also part of a series of international events in the Manufacturing Technologies & Components cluster organised by Messe Frankfurt. Other events within this cluster include:

    • Formnext Forum Tokyo: 28 – 29 September 2023, Tokyo, Japan
    • Formnext: 7 – 10 November 2023, Frankfurt, Germany
    • Asiamold Select – Guangzhou: 4 – 6 March 2024, Guangzhou, China
    • Asiamold Select – Shenzhen: Autumn 2024, Shenzhen, China 

    To find out more about Formnext + PM South China, please visit www.formnext-pm.com or email formnext‑pm@china.messefrankfurt.com

  • Malaysia #QuranHour: Rumah Ngaji Selangor beri sokongan penuh

    Orang ramai dijemput menyertai Malaysia #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos atau menganjurkan di lokasi masing-masing.

    Orang ramai dijemput menyertai Malaysia #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos atau menganjurkan di lokasi masing-masing.

    KLANG – Rumah Ngaji Selangor memberi sokongan penuh terhadap program Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 30 Ogos bermula pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

    Wakil Rumah Ngaji @Abata, Teluk Panglima Garang, Aznita Abu Bakar berkata, program tersebut dapat menyatukan ummah dan perlu diteruskan dan dilaksanakan secara berterusan.

    “Kami bersetuju dan ia bagus untuk diteruskan dan penganjuran pada sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini dapat memberikan impak yang besar kepada umat dan kami amat menyokongnya,” katanya.

    Sementara Wakil Rumah Ngaji @Mawaddah Klang, Rabeah Ashaari pula berkata, program itu dapat dijadikan sebagai satu platform untuk mengajak orang ramai mengaji bersama-sama.

    “Saya kini tidak terlibat secara langsung (dengan program itu) namun menyokong program kali ini kerana ia dapat menggalakkan orang ramai untuk mengaji bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

    Sementara itu, wakil Rumah Ngaji @Taska Permata Nurqaseh, Klang, Noorfaezah Ismail berkata, pihaknya tiada masalah untuk terlibat sama dalam program dijadualkan pada 30 Ogos ini.

    “Pihak kami akan mendapatkan seberapa ramai peserta kerana program tersebut berlangsung pada hari bekerja dan kami akan memberikan sokongan penuh terhadap program kali ini,” katanya.

    Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour yang ke sembilan pada kali ini dengan bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar”.

    Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

    Orang ramai dijemput menyertai Malaysia #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos atau menganjurkan di lokasi masing-masing.

    Sumber

  • Malaysia #QuranHour di Putrajaya sasar 3,000 peserta

    Persiapan bagi penganjuran Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kini berada di peringkat akhir. Gambar kecil: Marhaini

    Persiapan bagi penganjuran Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kini berada di peringkat akhir. Gambar kecil: Marhaini

    SHAH ALAM – [KEMAS KINI] Persiapan bagi penganjuran Malaysia #QuranHour yang dijadualkan berlangsung di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kini berada di peringkat akhir apabila sudah mencapai 70 peratus.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, bakinya 30 peratus lagi akan disiapkan dalam masa terdekat memandangkan masih tinggal beberapa hari sahaja sebelum program itu bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang, 30 Ogos 2023.

    Katanya, setakat ini semua persiapan berjalan lancar dan selebihnya perlu mempergiatkan usaha untuk menjemput dan menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai program tersebut.

    “Dari segi kerjasama dengan media lain dan teknikal alhamdulillah semua dalam keadaan baik cuma kami perlu bekerja keras bagi mencapai target (sasaran) yang ditetapkan iaitu mencapai 3,000 peserta.

    “Sekarang jumlah peserta berdaftar dengan kami adalah sebanyak 1,000 orang dan saya percaya jumlah tersebut akan bertambah. Kami turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) agar program ini diketahui umum,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

    Tambah Marhaini, program Malaysia #QuranHour kali ini lebih mendekati golongan muda untuk menyertainya.

    “Kali ini berbeza sedikit sebab kita bawa anak-anak muda namun tidak bermakna golongan yang lebih berusia diabaikan.

    “Kita mahu kedua-dua kelompok itu bekerjasama menyampaikan mesej dan mengimarahkan program Malaysia #QuranHour. Fokus kepada anak muda mungkin sebab mereka lebih dari segi kekuatan tetapi tetap menghormati orang tua,”ujarnya.

    Beliau turut mengharapkan ibu bapa menjadi ejen untuk sama-sama datang dan membawa anak-anak mereka bersama.

    “Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar sebenarnya. Selain itu, saya turut berharap dan menyeru anak-anak muda agar tidak ketinggalan dalam menyertai program ini,” jelasnya.

    Sumber

  • Penjara Penor lokasi utama Malaysia #QuranHour di Pahang

    Penjara Penor lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

    Penjara Penor lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

    KUANTAN – Penjara Penor dan Masjid Jaya Gading di sini antara lokasi bagi penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

    Setiausaha Pertubuhan RumahNgaji Pahang (PRNP), Mohd Rozamli Mohd Razak berkata, buat julung kalinya Malaysia #QuranHour diadakan di Penjara Penor sekali gus menjadikan lokasi utama penganjurannya.

    Menurutnya, seperti yang ditetapkan, surah al-Insan menjadi surah pilihan untuk #QuranHour dan ia bertepatan tema ‘Memanusiakan Manusia’.

    “Banduan juga insan yang perlu dipulihkan keinsanan. Justeru, menjadi kewajaran surah al-Insan ditadabburkan oleh kita semua demi membetulkan misi hidup insan supaya sampai destinasi akhirat.

    “Walaupun hidup ini penuh cabaran namun setiap kita berpeluang untuk berubah selagi mana hayat dikandung badan. ALLAH tetap melihat hujung hayat kita dan moga kita kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

    Mohd Rozamli (tiga dari kanan) bersama kakitangan Penjara Penor bagi menjayakan penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang.

    Mohd Rozamli (tiga dari kanan) bersama kakitangan Penjara Penor bagi menjayakan penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang.

    Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung merupakan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, PRNP dengan kerjasama Penjara Penor.

    Beliau memaklumkan program terbabit akan dihadiri Pengarah Penjara negeri Pahang, Datuk Abu Hasan Hussain; Pengerusi PRNP, Md Abdu Sahak dan pentaddabur, pensyarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof Madya Dr.Mahyuddin Ismail.

    Katanya, pada program kali ini, dianggarkan lebih 130 peserta akan mengambil bahagian terdiri daripada penghuni, kakitangan dan para jemputan.

    “Peserta amat terhad kerana #Quranhour ini diadakan di dalam penjara. Namun begitu, besar harapan kita bersama untuk menjadikan program ini suatu yang bersifat momentum untuk terus istiqamah berinteraksi dengan al- Quran sebagai solusi kehidupan,” katanya.

    Sumber

  • NEONATE X SVG WORLDWIDE PUSHED THE MALAYSIAN STREETWEAR SCENE WITH THE ‘RACE DAY’ FASHION SHOW AT SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT.

    Last Sunday night, August 20, 2023, at the Sepang International Circuit, two local streetwear juggernauts Neonate and SVG Worldwide made their big premiere as collaborators and unveiled a new collection named RACE DAY. It was undoubtedly a momentous night that culminated on the podium.

    Slotted as an ‘off-schedule’ Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) show, RACE DAY’s  83 looks collection was divided into eight different colour story, namely red, orange, blue, yellow, silver, green, brown and black. Featuring a mix of new and seasoned professional models, media personalities and influencers (who walked a total of 132km collectively for the RACE DAY show), the collection’s daring interpretation of ‘a normal day at the race track’ looked radiant especially with the iconic background that could only be achieved when held at the first proper world-class race track in Asia and certified by FIA, the Sepang International Circuit. 

    Neonate and SVG started their RACE DAY campaign in June 2023 to tease their fans on the collaboration creating an internet meltdown. “The open call for new models drew an astounding 700 participants during its 2-day session. We shortlisted 77 fresh talents we perceive as the best to represent the vibe of both brands and I couldn’t be happier with their runway execution last night. ” says Karl Shafek, Founder and Creative Director of Neonate Clothing Company. “The undertaking for this collaboration is huge because not only do we have to cater to the demographics of both brands and making sure that while while we stay true to our brand DNA, it has to have that element that speaks of the partnership. Having a theme like RACE DAY makes it both easy and hard at the same time”. 

    Echoing Karl’s sentiment, Ashraf Anuar, Founder of the current powerhouse of the Malaysian streetwear scene, SVG Worldwide added, “It’s easy because while the freedom to create is still present, it confines us to an area that is wide enough to go crazy but still taking into account the cohesiveness aspect of it. And hard because a collection with a name like RACE DAY, the set up needs to match the theme. As (near) perfectionists, both of us decides to take the plunge and do it like how we imagined it in our heads”.

    The show was truly a production with approximately 300 crew members handling the on-ground side and main shows’ activities. Attended by more than 3,000 guests including more than 900 VIPs consisting of family, friends, stakeholders and participants and supporters of the Malaysian fashion industry, RACE DAY’s set up was a sight to behold and matches any other international events ever held at the track. On top of this were the clothes presented. Nothing was spared as Karl and Ashraf uses rich materials to form the garments. “We have denim, leather, cotton, rayon, wool, even canvas; and a dress completely made out of beads and gemstones. Streetwear has come a long way since the term was first coined. The line has been blurred and you would even see T-shirts and baggy denim pants in a haute couture show as done by Demna for Balenciaga. So we really wanted this collection to have a touch of glamour and high fashion. We even went as far as producing custom SVG X Neonate RACE DAY racing suits. I learned so much during this process and I would like to thank Karl personally for guiding me”, says Ashraf. 

    Karl added, “Neonate and SVG are also grateful and would like to acknowledge Komono Malaysia and Converse Malaysia for their support by sponsoring accessories, namely sunglasses, watches, and sneakers to be used for the show. We must also give a massive shoutout to KLFW especially its Founder, Mr Andrew Tan for his continuous support, leadership and commendable initiatives to elevate the Malaysian fashion industry”. Endorsed by KLFW, other partners of the Neonate X SVG activation campaign and RACE DAY show are De’Xandra Perfume as main sponsor, Sepang International Circuit, AirAsia, Royale Chulan Hotels & Resorts, Motormaniac, Bateriku, Prestige Medispa Malaysia, JCPR, Hausboom, MZone Studio and Majalah Remaja. The event ended with a mini concert featuring some of the hottest young hip hop artists in the country including MK of K-Clique.

    RACE DAY by Neonate X SVG will be released in parts for retail purposes. Follow them on social media via @neonate.company @svgwrldwide to receive latest news and announcements.

    #Neonate #SVG #RACEDAY #KLFW23

  • Filem “Adoiii Jiwaku” arahan Steve Yap akan menggegarkan pawagan pada 7 September 2023

    Lomo Pictures Sdn Bhd dan rakan pengedar MM2 Entertainment, kembali bersatu tenaga dalam sebuah projek yang penuh dinanti-nantikan. Filem arahan terbaru oleh Steve Yap berjudul “Adoiii Jiwaku“. Menampilkan genre komedi yang berdurasi 98 minit, filem ini tidak hanya menyegarkan dengan elemen jenaka, malah memukau melalui penggunaan tiga bahasa utama di Malaysia iaitu Melayu, English, dan Mandarin. Inilah cara filem ini merangkumi kepelbagaian dan kaya budaya masyarakat Malaysia dalam wadah hiburan yang menyeronokkan.

    Rantai di antara kita yang mengakui diri sebagai warga Malaysia, tetapi masih berjuang untuk merangkul kepelbagaian etnik. Ada yang bangga dengan semangat patriotik, namun lebih suka berada dalam kelompok Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, dan India dengan India. Seandainya soal makanan, kita bersedia untuk merasai nikmatnya makanan seperti Tosai, Nasi Lemak, atau Char Koay Teow tanpa berbelah bahagi. Namun, mengapa tidak begitu juga dalam aspek lain? Kan lagi best kalau boleh makan sama-sama, main bola sama-sama dan menonton Filem sama-sama tanpa mengira latar belakang etnik.

    Jadi semua rakyat malaysia mesti dan wajib tonton Adoiii Jiwaku, cerita ini dapat mengubah persepsi anda semua supaya buang semua sikap perkauman yang masih bertapak. Kita satu bangsa, Kita kan satu negara. Sebab tu Adoiii Jiwaku hadir, untuk memberikan anda pengalaman luar biasa, sekiranya anda berdepan situasi serupa. Bangun pagi je, alamak kenapa dalam badan orang lain ni. Tonton jangan tak tonton!!! Dan betul ke mereka kata orang islam boleh je pegang-pegang anjing, jawapan tu ada dalam Filem Adoiii Jiwaku .

    Satu-satunya filem dibuat untuk semua rakyat Malaysia, dari Malaysia untuk Malaysia. Walau berbeza budaya tapi kita masih banyak persamaan yang boleh menjadikan kita berbangga sebagai rakyat yang memiliki keunikan dan masyarakat majmuk.

    Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini.

    Ia dibintangi oleh ramai pelakon handalan Tanah air seperti Steve Yap, Ali Arami ,E. Ramana Mohan, Amber Chia, Daniel Sher, Anuar Abd, Hamid Adibah, Noor dan ramai lagi.

    Filem berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan satu gurauan di pejabat, berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain.

    Yang pasti mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan roh (jiwa) mereka berada di dalam badan orang lain.

    Mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

    Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

    Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

    Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

    Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah?

    Dan bagaimana mereka bertiga mengatasinya?

    Adakah mereka akhirnya bersahabat baik?

    Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?

    JANGAN LUPA saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.

  • BELUM BERAKHIR PERJUANGAN ROCK JINBARA

    Lagu terbaru daripada Jinbara, “Kurniaku Terindah,” telah dikeluarkan di bawah Luncai Emas Sdn Bhd ketika mereka terus berjuang dalam industri muzik rock. Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi reputasi mereka dalam sektor muzik rock, Jinbara dan Luncai Emas mengeluarkan lagu ini sebagai projek rakaman khas.

    Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, “Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single “Kurniaku Terindah,” yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.

    Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti “Kasihnya Laila,” “Farhana, “Cinta Pandai Merdeka,” dan “Patri,” Jinbara merasakan bahawa “Kurniaku Terindah” adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini , diberikan kesihatan yang baik , maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa’’ – Kata Jinbara

    Jinbara adalah : Dari kiri Cepot (Gitar), Ahtan (Drum), Along (Vokalis) & Lan (Gitar)

    Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider). Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.

    ‘’Sewaktu rakaman awal, Allahyarham Tony Iskandar sememangnya berhasrat untuk menyiapkan projek lagu baru ini hingga siap. Arwah pernah juga berkata ‘’Kita Bikin Kasi Jadi’’. Namun, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Arwah adalah Sahabat Dunia Akhirat ‘’ – Jelas Jinbara

    Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase “Rock Untuk Rakyat” pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station. Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

    Sebuah video lirik “Kurniaku Terindah” telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas. Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

    Selaku label rakaman, Luncai Emas berharap agar single terbaru ini akan meraih perhatian peminat muzik dan media. Kami mengundang anda semua untuk menikmati karya ini dengan sepenuh jiwa.

    #Jinbara #KumpulanRock #Rock #Hiburan #LuncaiEmas