Category: ATTRACTION

  • Alunan al-Quran bergema atas bahtera

    LUMUT – Alunan bacaan Surah Al-Insan bergema di atas Kapal Diraja (KD) Teguh Samudera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Pangkalan TLDM di sini pada Sabtu.

    Alunan tersebut dibacakan oleh 50 peserta terdiri daripada ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dan anggota TLDM.

    Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, program kali ini membawa kelainan berbanding penganjuran terdahulu yang diadakan di premis seperti pusat Rumah Ngaji, masjid atau surau.

    Menurutnya, idea penganjuran di atas kapal ini bertujuan untuk mempelbagaikan lagi khalayak program Malaysia #QuranHour.

    “Hikmah penganjuran program ini sebenarnya memperlihatkan bahawa al-Quran ini boleh dibaca, difahami dan diamalkan di mana-mana apatah lagi menjadi teman buat anggota pertahanan ketika bertugas menjaga kedaulatan negara.

    “Tidak semestinya kita mengaji di rumah atau di masjid tetapi sebaliknya kita boleh mengalunkan bacaan al-Quran ini di atas kapal yang sedang belayar,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia #QuranHour di atas KD Teguh Samudera di Pangkalan TLDM di sini pada Sabtu.

    Hadir sama pada program tersebut, Pegawai Memerintah KD Teguh Samudera, Komander Mohd Khairul Jamal Hamad TLDM dan Jurulatih Kanan Sekolah Pendidikan Islam KD Pelandok, Mejar Mohd Sabri Mohamad.

    Maziah (duduk) menandatangani buku lawatan di dalam KD Teguh Samudera selepas program Malaysia #QuranHour.

    Maziah (duduk) menandatangani buku lawatan di dalam KD Teguh Samudera selepas program Malaysia #QuranHour.

    Maziah berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed yang menyokong penuh program tersebut selain Koperasi Tentera turut terlibat menjayakannya.

    Sementara itu, beliau menjelaskan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh akan mengadakan beberapa lagi program khususnya melibatkan anak muda mendekati al-Quran.

    Katanya, program-program Rumah Ngaji sentiasa terbuka untuk pelbagai peringkat usia dan bukan hanya golongan tertentu sahaja.

    Beliau turut berharap agar program bersama TLDM tidak terhenti setakat Malaysia #QuranHour sebaliknya ia akan diteruskan untuk program-program lain pada masa akan datang.

    Penganjuran Malaysia #QuranHour oleh Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh diadakan lebih awal daripada tarikh ditetapkan bertujuan menyemarakkan lagi program tersebut yang akan berlangsung secara serentak pada 30 Ogos ini.

    Selain itu, program itu juga memeriahkan Pesta Merdeka Lumut 2023 anjuran TLDM yang sedang berlangsung sehingga Ahad.

    Program Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

    Lokasi perdana bagi Malaysia #QuranHour akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos selain ia turut dilaksanakan di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

    Di Perak, Politeknik Ungku Omar di Ipoh akan menjadi lokasi utama bagi penganjurannya dengan penyertaan dijangka seramai 800 orang.

    Bacaan al-Quran rutin harian sepanjang pelayaran

    Dalam pada itu, bacaan al-Quran menjadi rutin harian buat seluruh pegawai dan anggota di dalam KD Teguh Samudera ketika belayar menjaga perairan negara.

    Mohd Khairul Jamal berkata, setiap hari selepas solat Zuhur dan Isyak mereka akan membaca al-Quran.

    Menurutnya, program penerapan al-Quran itu sudah diterapkan sejak awal lagi kepada rekrut yang menyertai KD Teguh Sejahtera.

    “Program Malaysia #QuranHour ini merupakan julung kali diadakan di atas kapal dan saya amat berbesar hati kerana KD Teguh Samudera ini terpilih untuk bersama-sama dengan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh menjayakannya.

    “Kita akan meneruskan kesinambungan program ini di mana saya bersama pegawai agama kapal akan mengenal pasti anggota-anggota saya sukar untuk membaca al-Quran untuk diajar mengaji,” katanya.

    Peserta program Malaysia #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dengan kerjasama TLDM bergambar di hadapan KD Teguh Samudera di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

    Peserta program Malaysia #QuranHour anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dengan kerjasama TLDM bergambar di hadapan KD Teguh Samudera di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

    Sementara itu, Mohd Khairul Jamal berkata, program-program kerohanian seperti itu perlu dilaksanakan selain aktiviti fizikal yang sentiasa dilakukan anggota.

    “Program-program rohani sebegini memang perlu sebab untuk menjadi anggota tentera, dalaman kita ini perlu bersih.

    “Panduan yang diperoleh menerusi al-Quran boleh membawa kita melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan lebih sempurna,” katanya.

    Dalam pada itu, Mohd Khairul Jamal turut mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar anggota keselamatan khususnya TLDM diberikan kekuatan serta kecekalan menjaga perairan negara dipelihara dan dipermudahkan.

    Sumber

  • Pemimpin politik tertarik dengan tema Malaysia #QuranHour 2023

    SHAH ALAM – Tema Malaysia #QuranHour 2023 menjadi tarikan buat pemimpin politik untuk menyertai program berkenaan kerana ia membicarakan tentang pemimpin dan pemuda dalam membentuk sebuah negara dengan berlandaskan ajaran Islam.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, tema program berkenaan ibarat satu panggilan kepada semua pemimpin muda untuk bersama-sama menghayati ayat al-Quran yang disampaikan.

    “Saya mengambil peluang ini untuk turut serta kerana mahu memahami dan menerapkan inti pati ayat dalam diri bukan sahaja dalam pembentukan kewibawaan seorang pemimpin tetapi juga peribadi.

    “Bukan itu sahaja, saya merasakan bahawa semua orang tidak kira latar belakang, warna kulit dan agama untuk mengikuti program ini kerana banyak nilai murni yang boleh dipelajari dalam melahirkan sebuah masyarakat harmoni,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

    Sebelum ini, media melaporkan tema Malaysia #QuranHour 2023 iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ akan mengangkat tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr, bakal berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

    Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, penganjuran Malaysia #QuranHour dapat membina semula perpaduan dengan berlandaskan ajaran daripada kitab suci al-Quran.

    “Sekarang ini ramai masyarakat Melayu Islam tidak faham maksud ayat al-Quran. Sebagai contoh, kita baca kitab suci itu tetapi tidak faham apa yang disampaikan.

    “Islam menganjurkan perpaduan dan penyatuan, namun berbeza dengan situasi kini yang mana kita berhadapan dengan banyak perpecahan,” ujarnya.

    Pada masa sama, beliau berharap agar golongan muda turut sama menyemarakkan program itu.

    Menurut Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Sulaiman, tema Malaysia #QuranHour bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

    Katanya, menerusi tadabbur al-Quran, nilai perjuangan kemerdekaan generasi terdahulu dapat difahami.

    “Justeru, saya ingin mengajak anak muda untuk turut bersama-sama mengikuti program ini kerana banyak nilai dan resipi kejayaan pembangunan negara terdahulu dapat dipelajari dan secara tidak langsung, boleh membina sebuah negara bertamadun dengan ajaran Islam,” ujarnya.

    Antara pemimpin politik yang bakal turut serta ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan ADUN lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

    Sumber

  • Masjid UniSZA lokasi perdana Malaysia #QuranHour Terengganu

    
Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program tahunan Malaysia #QuranHour di Terengganu yang akan diadakan serentak pada 30 Ogos depan. - Foto Facebook Pusat Islam UniSZA

    Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program tahunan Malaysia #QuranHour di Terengganu yang akan diadakan serentak pada 30 Ogos depan. – Foto Facebook Pusat Islam UniSZA

    KUALA TERENGGANU – Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi lokasi perdana bagi program tahunan Malaysia #QuranHour di Terengganu yang akan diadakan serentak pada 30 Ogos depan.

    Pengurus Rumah Ngaji Terengganu, Wan Nur Aziemah Wan Mohd Azmi berkata, penganjuran acara itu di Terengganu pada kali ini menampilkan beberapa kelainan antaranya dimulakan dengan Festival Quran (Quran Fest) selama tiga hari sebelum acara kemuncak yang dijadualkan pada Rabu depan.

    “Kali ini kita buat beberapa kelainan melalui kerjasama dengan Pusat Islam UniSZA di mana Masjid UniSZA menjadi antara lokasi hot spot program ini.

    “Di samping itu kita juga akan adakan Festival Quran selama tiga hari berturut-turut bermula pada 28, 29 dan 30 Ogos ini.

    Malaysia #QuranHour di UniSZA menampilkan Ustaz Abdul Hadi sebagai qari sementara pentadabur pula adalah Coach Jamil Wahab.

    Malaysia #QuranHour di UniSZA menampilkan Ustaz Abdul Hadi sebagai qari sementara pentadabur pula adalah Coach Jamil Wahab.

    “Pelbagai aktiviti yang akan dimuatkan sempena festival itu antaranya bengkel tajwid, tadabur, forum, ceramah perdana dan qiamullail,” katanya.

    Menurut Nur Aziemah, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 peserta yang akan menyertai prgram Malaysia #QuranHour di Masjid UniSZA pada 30 Ogos nanti.

    Dalam pada itu, Nor Aziemah memberitahu, acara kali ini turut memberi fokus terhadap penyertaan golongan muda.

    Katanya, penglibatan golongan muda amat perlu bagi memastikan program seumpama itu terus diimarahkan pada masa akan datang.

    
Festival Quran akan diadakan selama tiga hari di Masjid UniSZA sebelum acara kemuncak Malaysia #QuranHour berlangsung di lokasi sama pada 30 Ogos ini.

    Festival Quran akan diadakan selama tiga hari di Masjid UniSZA sebelum acara kemuncak Malaysia #QuranHour berlangsung di lokasi sama pada 30 Ogos ini.

    “Kita harap program ini akan mendapat sambutan hangat dan penyertaan dalam kalangan golongan muda di Terengganu,” jelasnya.

    Malaysia #QuranHour yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini bakal membawa agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam misi ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    Acara yang memasuki tahun kesembilan itu juga akan bersiaran langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

    Sumber

  • Lebih 1,500 peserta dijangka sertai Malaysia #QuranHour di Kedah

    Masjid Albukhary antara lokasi Malaysia#Quran Hour di Kedah pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Saloni Mustaffa

    Masjid Albukhary antara lokasi Malaysia#Quran Hour di Kedah pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Saloni Mustaffa

    ALOR SETAR – Seramai 1,500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam Malaysia#Quran Hour di Kedah yang akan berlangsung 30 Ogos ini.

    Wakil Rumah Ngaji Kedah, Saloni Mustaffa berkata, Masjid Sultanah Bahiyah dan Masjid Albukhary akan menjadi antara lokasi utama penganjuran Malaysia#Quran Hour di Kedah pada kali ini.

    Saloni memberitahu, Malaysia #QuranHour di Kedah ini diadakan Rumah Ngaji Kedah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK).

    “Insya-ALLAH, beberapa sekolah seperti di Sintok, Alor Setar, Baling dan Kulim serta perpustakaan turut bekerjasama menjayakan program ini.

    “Untuk Kedah, kami sasarkan penyertaan lebih 1,000 orang pelajar sekolah manakala 500 peserta lagi dari masjid terlibat di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Beliau memberitahu, sekiranya tiada aral, terdapat sedikit kelainan Malaysia #Quran Hour di Kedah berbanding sebelum ini apabila dijangka turut melibatkan golongan asnaf dan anak yatim.

    Saloni menambah, pihaknya sememangnya menyokong program Malaysia #Quran Hour setiap tahun.

    Menurutnya, kesedaran masyarakat hari ini tentang penghayatan al-Quran masih memerlukan lebih usaha.

    “Disebabkan itu, program Quran Hour amat penting demi memberi ingatan kepada masyarakat umum supaya tidak melupakan kepentingan al-Quran,” katanya.

    Malaysia #QuranHour kali ke-9 bertemakan Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 akan diadakan di lokasi perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos 2023.

    Malaysia #QuranHour itu akan membawa misi Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan.

    Sumber

  • Pembentukan akhlak cerminan pemimpin masa hadapan

    SHAH ALAM – Menerusi tema Malaysia #QuranHour 2023 yang membangkitkan perihal akhlak bukanlah suatu perkara baharu sebalik konsep berkenaan mula diperkenalkan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW.

    Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Safri Muhammad Zein berkata, dalam membina sebuah negara yang bertamadun, ia memerlukan pemimpin dan rakyat bersama-sama merehabilitasikan akhlak.

    “Pemuda pada masa kini merupakan antara golongan yang bakal mengemudi kepimpinan negara. Jika kita mahu membentuk pemimpin pada masa akan datang, akhlak mereka perlu diperbetulkan terlebih dahulu.

    “Justeru, amat penting bagi kita untuk mengajak semua pemuda bersama-sama membina sahsiah diri melalui al-Quran khususnya terkait dengan surah Al-Insan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Jumaat.

    Program itu dihoskan Haizir Othman dan turut menampilkan Konsultan Perhubungan Antarabangsa YWUI, Zaim Zamri.

    Sebelum ini, media melaporkan tema Malaysia #QuranHour 2023 ialah ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ dengan mengangkat tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr yang bakal berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

    Mengulas lanjut, Safri berkata, tujuan utama surah itu dipilih adalah inti patinya begitu hampir dengan masyarakat sehinggakan Baginda SAW membacanya setiap Subuh pada rakaat kedua.

    “Melalui surah al-insan, kita dapat memberikan satu motivasi kepada mereka (golongan muda) bahawa di sebalik kehidupan ini, ada satu ganjaran hebat yang akan ALLAH beri kepada kita.

    “Banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada pemuda yang mana pada hari ini mereka berupaya untuk memimpin keluarga, organisasi, rumah tangga dan negara,” ujarnya.

    Sumber

  • WUIF mahu lahir generasi celik al-Quran

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mahu melahirkan generasi yang bukan sekadar tahu membaca al-Quran sebaliknya memahami dan melaksanakan kandungan kitab suci berkenaan.

    Konsultan Perhubungan Antarabangsa Kawalan Kualiti WUIF, Zaim Zamri berkata, menerusi program Malaysia #QuranHour 2023 ia merupakan satu kebangkitan dalam melahirkan generasi celik al-Quran.

    “Kita mahu membentuk satu ekosistem negara yang berteraskan al-Quran bukan hanya melalui pembacaan tetapi mengkaji dan mempraktikkan ajaran yang diterangkan dalam kitab suci itu.

    “Kita mahu fokus secara terus tentang pelaksanaan nilai-nilai al-Quran dalam segenap aspek kehidupan. Justeru pada Malaysia #QuranHour 2023 kita meletakkan surah Al-Asr sebagai salah satu surah yang diperjelaskan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Jumaat.

    Program itu dihoskan Haizir Othman dan turut menampilkan Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti WUIF, Safri Muhammad Zein.

    Sebelum ini, media melaporkan tema Malaysia #QuranHour 2023 ialah ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ dengan mengangkat tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr yang bakal berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

    Mengulas lanjut, Zaim berkata, tujuan menjadikan surah Al-Asr dipilih adalah untuk menyedarkan anak muda pada masa kini yang mana kebanyakan mereka berada dalam keadaan terlalu selesa.

    “Sesiapa yang membaca surah berkenaan, mesej pertama yang diperoleh adalah manusia berada dalam kerugian. Jadi kita mahu membawa satu perspektif bahawa anak muda tidak boleh lagi berasa selesa dan bersuka ria.

    “Kita mengharapkan pemuda-pemuda melibatkan diri dalam projek pembinaan legasi yang membawa kebaikan kepada negara,” ujarnya.

    Jelas beliau, untuk menuju ke arah pembentukan kepimpinan yang berkaliber, golongan itu perlu membina keperibadian diri dengan nilai al-Quran.

    Sumber

  • Surah Al-Insan tepati tema Malaysia#Quran Hour

    JOHOR BAHRU – Pemilihan Surah Al-Insan yang diketengahkan pada Malaysia #QuranHour sempena Hari Kebangsaan 2023 membawa makna yang besar dan bertepatan dengan tema iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ), Roziah Kamal turut berharap surah berkenaan dapat dihayati kesemua peserta yang menyertai program tersebut di Masjid Al-Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama di sini, Rabu depan, dalam usaha membentuk karakter al-abrar atau berakhlak mulia.

    “Oleh itu, umat Islam perlu sama-sama memahami dan mengamalkan intipati yang diketengahkan dalam Surah Al-Insan yang diangkat sebagai surah utama dengan membawa tema ‘memanusiakan manusia (Humanizing the Ummah) melalui agenda Humanizing the Home, Humanizing the Workplace, Humanizing the Nation serta Humanizing the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.

    Dalam laporan Sinar Harian 16 Ogos lalu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengangkat tiga surah pilihan bagi penganjuran Malaysia #QuranHour di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, penganjuran kali kesembilan yang turut mendapat kerjasama daripada 19 rakan sinergi media itu memberi fokus kepada agenda anak muda dan peranan orang dewasa dengan membawa misi ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    Tiga surah yang dimaksudkan adalah Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr yang menjadi penghubung kepada usaha melahirkan golongan muda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekali gus melahirkan pemimpin soleh.

    Sementara itu, selain PPRNNJ penganjuran program kali ini turut mendapat kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama.

    Program yang dilaksanakan sejak 2015 lalu itu adalah sebuah program satu jam bersama al-Quran, sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT) dan dijangka dihadiri lebih 1,000 jemaah dari seluruh Johor.

    Sementara itu Roziah berkata, selain Surah Al-Insan, dua lagi surah, Surah Al-Asr dan Al-Fatihah akan ditadabur oleh pentadabur bertauliah.

    Katanya, kesemua surah berkenaan perlu difahamkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

    “PPRNJ akan terus melaksanakan pelbagai program memperkasakan al-Quran secara konsisten demi mencapai matlamat penubuhan pertubuhan ini iaitu membawa masyarakat membaca dan memahamkan.

    “Selain itu, masyarakat juga diharap dapat dan mengamalkan saranan-saranan serta pesanan-pesanan yang telah termaktub dalam al-Quran,” katanya.

    Sumber

  • Malaysia #QuranHour peringkat Pulau Pinang Ahad ini

    Malaysia #QuranHour peringkat Pulau Pinang akan diadakan Ahad ini di Masjid Jalan Semilang, Seberang Jaya.

    Malaysia #QuranHour peringkat Pulau Pinang akan diadakan Ahad ini di Masjid Jalan Semilang, Seberang Jaya.

    GEORGETOWN – Masjid Jalan Semilang, Seberang Jaya dipilih untuk penganjuran program Malaysia #QuranHour peringkat Pulau Pinang yang akan diadakan Ahad ini.

    Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, program bermula jam 8.30 pagi akan dirasmikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

    Menurutnya, Malaysia #QuranHour kali ini membawa tema ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

    “Qari yang mewakili Pulau Pinang dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) tahun ini akan membimbing bacaan surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Insan dan Al-Asr.

    “Untuk penyampaian tadabbur pula akan dikendalikan oleh Ustaz Amran Mohd Yusoff,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

    Zaiton berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran seramai 600 orang peserta termasuk peserta Rumah Ngaji dari seluruh Pulau Pinang.

    Sementara itu, program sama akan turut diadakan di Perpustakaan Awam Pulau Pinang di Seberang Jaya pada Rabu depan bermula jam 12 tengah hari.

    Dijangkakan seramai 200 orang akan menyertai program berkenaan yang akan dibimbing bacaan dan tadabbur oleh Ustaz Mohd Aslam Mohd Shukor.

    Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

    Lokasi perdana bagi Malaysia #QuranHour akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos selain ia turut dilaksanakan di beberapa lokasi utama di seluruh negara.

    Sumber

  • Single Terbaharu Nadeera “Emas”

    Program realiti nyanyian Big Stage musim kelima memberi tuah kepada Nadeera yang bergelar juara. Nadeera telah bekerja keras setiap minggu untuk menawarkan penyokong dan penonton persembahan terbaik.

    Selepas tamatnya pertandingan terbabit awal Julai lalu, pemilik nama penuh Farah Nadeera Zaini, 30, berbincang dengan pihak pengurusan, Woodwind Records untuk memulakan semula kerjaya nyanyiannya.

    Antara perancangan yang dilakukan ialah penjenamaan semula bagi mengukuhkan lagi perjalanannya dalam bidang seni tempatan dan antarabangsa.

    “Setelah berbincang dengan pihak pengurusan serta bertanya pendapat dengan mereka yang profesional, saya kini hanya mahu dikenali dengan satu nama sahaja iaitu Nadeera. Sebelum ini, saya pernah dikenali dengan nama Nadeera Zaini, Farah Nadeera serta nama-nama lain seperti Nadeera Mentor Legend, Nadeera Lagu Cinta Kita dan Nadeera Big Stage.

    “Jadi, keputusan kami adalah untuk membawa nama Nadeera sahaja kerana percaya nama itu boleh memberi nafas baharu terhadap kerjaya seni saya. Saya berharap penjenamaan semula membawa tuah dalam bidang seni.

    “Saya juga mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk melebarkan sayap sekitar nusantara serta ke peringkat antarabangsa, jadi penjenamaan ini tepat sebagai ‘kelahiran’ semula Nadeera.

    “Penjenamaan semula ini juga bersesuaian dengan kewujudan syarikat pengurusan yang mengatur perjalanan seni saya, Woodwind Records. Merupakan sebuah syarikat pengurusan baharu yang bakal tampil dengan pelbagai idea segar serta bakal mengelola kerjaya muzik bakat-bakat berpotensi, Woodwind Records mempunyai pelbagai perancangan untuk merencana perjalanan saya dalam bidang muzik,” katanya.

    Kini, gadis yang berasal dari Johor ini tampil dengan single baharu selepas merangkul kejuaraan di pentas Big Stage musim kelima.

    Muncul dengan naskhah yang berjudul Emas, Nadeera mendapat khidmat Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat selaku komposer. Liriknya juga merupakan nukilan mereka bertiga bersama penyanyi Datin Alyah.

    Mahu lari daripada kebiasaan single sebelum ini yang bertemakan cinta, Nadeera menampilkan tema kebangkitan dan semangat menerusi karya Emas.

    “Perjalanan single Emas agak berliku. Saya dan pihak pengurusan mencari naskhah yang sesuai selepas tamatnya Big Stage dan perjalanannya tidak mudah. Saya mahukan sesuatu yang berbeza dan mahu ia meninggalkan impak bermakna untuk peminat yang menantikan.

    “Selepas duduk berbincang dan berdiskusi mencari material yang sesuai, kami bersepakat untuk menjadikan Emas sebagai single perdana pasca kejuaraan Big Stage. Ia bercerita mengenai semangat dan kebangkitan, sesuai dengan perjalanan baharu saya selepas memenangi pertandingan terbabit.

    “Saya akui, saya bagai ‘dilahirkan’ semula selepas menjuarai Big Stage. Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan kali ini, saya enggan sia-siakan perjalanan yang baru sahaja bermula. Saya enggan leka dan tak mahu nama kembali ‘suam’, jadi saya mencari sesuatu seperti Emas untuk diketengahkan.

    “Emas menampilkan isi hati saya yang benar-benar berharap untuk bersinar dalam industri muzik selepas melalui fasa jatuh bangun sejak tahun 2012. Platform yang saya ada kali ini dianggap sebagai peluang berharga untuk saya menyerlahkan bakat,” katanya.

    Bercerita mengenai pengalaman ketika merakamkan lagu Emas, Nadeera mengambil masa sembilan jam di studio rakaman untuk menyempurnakan karya ini.

    “Proses rakaman berjalan lancar tetapi saya sendiri mengambil masa sembilan jam di studio rakaman. Memandangkan lagu ini mempunyai makna tersendiri dan sangat melekat dalam hati saya, saya mengambil masa sedikit untuk mendapatkan penjiwaan sebenar.

    “Saya mahu benar-benar berpuas hati dan menceritakan maksud sebenar lagu ini ketika proses rakaman dijalankan. Saya dan pihak pengurusan mahu sampaikan roh dan jiwa lagu Emas. Naskhah ini sangat dekat dengan diri saya dan saya berharap ia dapat diterima orang ramai,” katanya lagi.

    Dengarkan Emas di semua platform penstriman muzik bermula 25 Ogos 2023.

  • Decathlon Malaysia’s Inaugural Solar PV System Installation, as well as other sustainability projects

    One of their largest stores, Decathlon Shah Alam, is getting rooftop solar photovoltaic (PV) facilities installed by Decathlon Malaysia.

    Arnaud Sauret, CEO of Decathlon Malaysia asserts Decathlon Malaysia’s commitment wherein “Our conviction in the potency of sports to propel our sustainability ambitions is unwavering. By empowering people to embrace sports on their own terms, we champion the cause of cultivating a robust and joyful present and future for generations to come. This entails not only cherishing our invaluable playground, but also fostering the creation of a sustainable value of humanity.”

    This reflects Decathlon’s efforts in strengthening environmental and sustainability efforts, aligning with their goals: 100% renewable energy in all their stores & warehouses by 2026 (complying to RE100 guidelines), and a global net zero emissions goal by 2050.

    According to Atul Gupta, Decathlon Malaysia Expansion Leader: “With this initiative, we will be cutting the carbon emissions of Shah Alam store by 38% per annum. Moving forward all of our new standalone stores will have solar panels on the rooftop.”

    This initiative is made possible through the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Malaysian-based clean energy expert, Solarvest Holdings Berhad (Solarvest). With Solarvest’s vision to energise a regenerative world, the company engages across the clean energy value chain encompassing the development, financing, engineering, construction, operation, and maintenance of solar PV assets. It also embarked on a strategic roadmap to venture into new sustainable solutions across the clean energy ecosystem, such as energy storage systems (ESS), renewable energy certificates (REC), green hydrogen, and green data centres.

    Solarvest will work closely with Decathlon Malaysia with the supply of renewable energy installation at the future standalone stores, Virtual Power Purchase Agreement (VPPA or CGPP in Malaysia) and Renewable energy certificates (I-REC or TIGRs) which we require to achieve the 100% renewable energy goal by 2026 and achieve a key milestone in Decathlon Malaysia’s transition plan.

    CGPP (Corporate Green Power Programme) is a programme that uses VPPA to allow corporate consumers to virtually purchase renewable energy from clean energy developers. This is one of the great options for companies who want to achieve 100% renewable electricity without having to install solar PV systems on their own property.

    Executive Director and Group Chief Executive Officer of Solarvest, Mr. Davis Chong Chun Shiong said, “We are delighted to be entrusted by Decathlon Malaysia as its key sustainability partner in Malaysia, working together to enhance environmental responsibility. Through our solar financing programme, Powervest, we are pleased to facilitate Decathlon Malaysia’s seamless transition to clean energy adoption, without the burden of initial capital outlays.”

    “Apart from the installation of a 311.85kWp rooftop solar PV system at Decathlon Malaysia’s flagship outlet in Malaysia, Solarvest is excited to play a pivotal role in supporting Decathlon Malaysia’s commitment to the RE100 global corporate renewable energy initiative. This underscores Decathlon Malaysia’s determination to integrate clean energy into their upcoming stores. Furthermore, this partnership extends the opportunity to engage in VPPA arrangements with Decathlon, enabling them to enjoy stable long-term energy pricing, while promoting sustainable and eco-conscious practices in pursuit of their 100% renewable energy goal. ”

    Mr Gupta continues: “In Decathlon Malaysia, our real estate sustainability strategy is built on the concept of Reduce – Replace – Rebuild, through 5 strategic pillars:

    1. Energy Management – to reduce wastage and improve energy efficiency by investing in controls technology and behavior change. For our latest store, Decathlon Gurney Paragon, we installed schedulable & dimmable LED lights which yielded 28% savings in lighting consumption.
    2. Green Building –  to reduce our carbon footprint in all new stores, where all our new stores are EDGE Certified, a green building certification offered by the International Finance Corporation (IFC). EDGE certified buildings use 20% less energy, water and building materials to construct and operate.
    3. Renewable energy – to replace carbon intensive energy to less carbon intensive energy.
    4. Green Mobility – to assist in rebuilding the transportation sector by providing EV charging points for electric vehicles.
    5. Biodiversity – to rebuild the natural habitat inside the city.”

    As stated in the Decathlon Group’s 2020-2026 Transition Plan, their commitment to environmental sustainability goes beyond renewable energy and sustainability in real estate.

    Because it is a fully integrated business, Decathlon Group can concretely act at each stage of the product life cycle, putting Circular Economy at the heart of their sustainable business model transformation.

    Decathlon Group designs its products with a focus on reducing raw materials, using recycled components and integrating new approaches during the manufacturing process to reduce consumption of energy and water. You can easily recognize these products by the ECODESIGN signature on the price tag and the product itself. By 2026, 100% of their sportive products will be eco-designed with environmental labeling.

    By launching their “Made in Malaysia” Production 20 years back in 2003, Decathlon Malaysia started to contribute to the local economy and reduced CO2 emission by producing in Malaysia for the local market. Company works with responsible suppliers (covering different processes: PVC welding, rubber & latex products, foam, plastic injection, cashier bags & packaging…) who share their value and support sustainable efforts, for example more than 50% of their energy consumption comes from renewable resources. 

    “Our Decathlon products are designed for longevity, owing to their durability, reparability and recyclable materials. Our goal is to introduce new services that extend the lifespan of our products by promoting reuse and recycling. Currently, we are focusing our efforts on two key services: Repair and Second Life. Our aim is to successfully repair every product that can be repaired. More than 1,000 items have been refurbished since the beginning of this year. Among them, 750 items have already been resold through our Second Life initiative. Looking ahead, we are excited to forge ahead with the development of Rental and Recycling services, both internally and in collaboration with external partners” – Nadia Kopeikina, Sustainability Leader of Decathlon Malaysia

    These emerging services (Second Life, Repair, Rental, Recycling) represent pivotal strides toward a profoundly sustainable future. They exemplify a shift towards astute, responsible and conscientious patterns of consumption.

    Aligned with the adage, “Be the change you want to see in the world,” Decathlon teammates are actively engaged in daily endeavors across a spectrum of subjects: advocating ecomobility in urban settings, enhancing awareness of climate dynamics through The Climate Fresk, curbing waste generation, and engaging in sustainable events. In unison with teammates, partners, suppliers, and clients, the company remains steadfast in its dedication to construct a robust and sustainable future.