SUNGAI BULOH – Bagi mengelak masalah tekanan atau stres dalam kalangan petugas barisan hadapan, Hospital Sungai Buloh mengambil inisiatif murni memperkenalkan Talian Pertolongan Kecemasan Psikologi sepanjang musim pandemik koronavirus (Covid-19).
Timbalan Pengarah Hospital Sungai Buloh (Klinikal), Dr Shahabuddin Ibrahim berkata, inisiatif itu juga seiring dengan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan fasiliti kemudahan terbaik kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus sepanjang masa bagi menangani kes jangkitan Covid-19.
Menurutnya, ia merupakan satu talian panggilan khusus kepada semua kakitangan petugas barisan hadapan di hospital itu untuk membolehkan mereka menghubungi pakar psikiatri dan pakar kaunseling bagi mendapatkan khidmat nasihat.
“Pihak hospital memahami situasi mencabar akibat pandemik Covid-19 menyebabkan sebilangan petugas barisan hadapan menghadapi kesukaran atau stres kerana wabak sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Justeru, kami menyediakan satu talian khusus Pertolongan Kecemasan Psikologi di mana sekiranya terdapat petugas yang mengalami stres sewaktu bekerja, mereka boleh menghubungi talian itu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kaunseling atau psikologi pada bila-bila masa,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sewaktu menerima sumbangan 300 al-Quran daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui Projek Wakaf al-Quran kepada Hospital Sungai Buloh petang semalam.
Dr Shahabuddin menunjukkan sumbangan al-Quran yang diterima Hospital Sungai Buloh menerusi Projek Wakaf Al-Quran Mu’jam.
Shahabuddin berkata, kebanyakan petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang berdepan masalah stres terdiri daripada kakitangan dipinjam dari hospital luar iaitu mereka yang baru pertama kali berhadapan dengan pengendalian pandemik penyakit sebegini.
Menurutnya, contoh kebiasaan masalah stres dialami petugas barisan hadapan hospital adalah seperti kerap berasa cemas atau kebimbangan untuk pulang ke rumah bertemu dengan ahli keluarga.
“Kebanyakan mereka rasa bimbang menjadi punca penyebaran Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga masing-masing, namun kita sering kali mengajar kaedah pembersihan diri yang betul.
“Bahkan pengurusan Hospital Sungai Buloh sering melaksanakan audit dari masa ke masa bagi memastikan amalan perlindungan keselamatan petugas barisan hadapan dapat diimplementasi secara tepat dan betul.
“Kesemua inisiatif penting ini sering ditekankan kepada lebih 2,000 petugas barisan hadapan yang berkhidmat di hospital ini kerana paling penting kita mahu mengelakkan mereka dijangkiti Covid-19 daripada pesakit,”katanya.
Dr Shahabuddin turut mendedahkan Hospital Sungai Buloh mengamalkan kaedah penggantian tugasan dalam kalangan petugas secara sistematik bagi memastikan mereka tidak keletihan dan sentiasa bermotivasi melaksanakan amanah diberikan.
Dalam perkembangan lain, Dr Shahabuddin turut berterima kasih kepada WUIF dan orang ramai yang membantu mewakafkan sumbangan al-Quran untuk dimanfaatkan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit hospital itu.
SHAH ALAM – Orang ramai diajak untuk mengikut Siri Sinopsis dan Tadabbur 30 juzuk al-Quran selama 30 minit secara dalam talian di Facebook QuranHour setiap jam 8 pagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof berkata, bagi memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, pihaknya mengambil inisiatif untuk menggerakkan kempen ‘Turn Quarantine to QuranTime’ atau tukar masa kuarantin kepada masa bersama al-Quran di Facebook QuranHour secara langsung.
“Sebelum ini kita menganjurkan kempen My #QuranHour Satu Jam bersama al-Quran bermula sejak tahun 2016 sebagai matlamat utama dalam menggerakkan kempen World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour.
“Bagaimanapun, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita gerakkan kempen ‘Turn Quarantine to QuranTime’ untuk sama-sama mengajak orang ramai berinteraksi dengan al-quran melalui baca, faham dan mengamalkan nilai-nilai murni daripada isi kandungan melalui kupasan sinopsis 30 juzuk al-Quran.
“Kempen ini juga memberi peluang kepada mereka yang kurang mahir membaca al-Quran untuk berjinak-jinak dengan membaca terjemahan serta memahami isi kandungan ayat tersebut. Langkah seterusnya, mereka boleh berguru atau ke Rumah Ngaji yang memberi pengajian percuma (selepas waktu kuarantin), selain melihat video dan penulisan secara dalam talian,” katanya.
Beliau menambah, QuranTime amat diperlukan sebagai pengisian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.
“Ramai orang menjadi panik, takut dan emosi terganggu disebabkan wabak yang mengancam nyawa kita dan keluarga dan ekonomi yang tidak stabil.
“Al-Quran adalah mukjizat teragung yang dibekalkan kepada kita dan ia merupakan penyembuh, pelindung, peringatan dan panduan kepada manusia dengan syarat kita perlu melepasi halangan dalam diri,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, program pengisian rohani dengan sinopsis dan tadabbur dua juzuk al-Quran setiap hari kepada rakyat di negara ini sepanjang tempoh berkenaan.
“Peluang ‘berkurung di rumah’ boleh dimanfaatkan untuk kita berinteraksi dengan al-Quran. Jika kita diberi kemampuan untuk membaca al-Quran, ia merupakan nikmat besar dan ini merupakan tanda ALLAH SWT sayangkan kita walaupun ujian Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia,” katanya.
Ramai orang bercita-cita bergaya untuk memakai barangan
original dan berjenama. Namun terpulang pada individu itu untuk memilih gred
original atau palsu, Semua bergantung
kepada cita rasa dan bajet. SellectionByRafidah memberi peluang
kepada pelanggan untuk memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Barangan
yang dijual SellectionByRafidah seperti
beg tangan, jam, dompet, set pinggan mangkuk, dan juga alat kosmetik
SellectionByRafidah menjual produk berjenama yang tulen dari negara Amerika Syarikat dan Kanada seperti Coach, Kate Spade, Fossil, MK, Pyrex, Corningware, Corelle, dan banyak lagi. SellectionByRafidah juga menerima tempahan barangan berjenama Eropah seperti Prada, Furla, Louis Vuitton, Givenchy, Longchamp, Gucci, dan Ysl. SellectionByRafidah menyediaka pelbagai jenis koleksi barangan, kualiti terjamin, harga pun berbaloi dan memberi servis terbaik kepada para pelanggan mereka.
SHAH ALAM, 7 Mac 2020 – KEJAYAAN tidak akan datang
bergolek. Pastinya juga kesusahan, cabaran dan pergelutan masa lampau yang
dilalui menjadi pengalaman terbaik untuk keindahan serta nikmat bahagia yang
dikecapi kala ini. Wanita bernama Nor Rafidah Khairuddin yang baru menyambut
ulang tahun ke-31 tahun pada 26 Februari lalu juga berdepan liku hidup penuh
kegetiran sebelum mencipta jaya. Cerita anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh,
Perak yang kini menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan.
Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, yang kini bergelar
Ketua Pegawai Eksekutif Sellection pada tahun 2014 ke Montreal, Kanada
sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan.
Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di
Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada itu
sebenarnya mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun
kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi
asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.
“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di
Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika
saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel,
mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur. Dalam sehari saya
pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum saya mendapat pekerjaan tetap sebagai
Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.
“Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya
bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan
pendapatan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal
pada tahun 2015. Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan
pengikut dan peminat. Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu
menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok sebenarnya ada terpalit cerita
sebaliknya,” katanya membuka bicara pada majlis Sellection Dinner and
Appreciation Night pada 7 Mac di Black Pearl Event Space, Shah Alam.
Mengimbas kembali momen memulakan perniagaan menjual mufin
pisang itu, Rafidah mengakui ia bukan satu perkara mudah.“Saya reka
resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya
berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang
itu dengan mengedarkan brosur. Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang
juga yang tak pandang langsung saya. Ada juga yang memandang pelik dan
skeptikal kerana saya bertudung.“Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya
tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini
sangat sedap & kandungannya menyihatkan.
“Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa
pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke
rumah.Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah
sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi
tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan
dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin
saya mulai diterima ramai.“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan
mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal,” Rafidah
berkatahal ini ketika mengenang kembali momen berkenaan.
Hasil jualan mufin pisang yang dijual cukup membanggakan
menjadi ruang terbaik untuk saya memanjakan diri dengan membeli apa yang
diingini. Saya mula pergi ke Shopping Outlet hingga terlintas pula ruang untuk
meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper.
“Jualan mufin ini boleh saya katakan sebagai asbab hingga
saya mencuba nasib pula sebagai personal shopper dengan lebih serius. Peluang ke pelbagai outlet meneroka macam
jenis barangan berjenama mencetuskan idea baru untuk saya berjinak jinak dalam
dunia “online shopping”.Apabila percubaan saya menjadi personal shopper semakin
berjaya dan berkembang, perniagaan mufin pisang pula terpaksa dikorbankan.
“Apabila saya kerap pulang ke Malaysia atas urusan
perniagaan, kekangan masa dan komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang
terganggu.
Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada
tahun 2017 saya dan suami juga membuat keputusan untuk kembali ke tanah air
bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi
Sellection,” menurut beliau.
Pada asalnya Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai
ruang melebarkan perniagaan sebagai personal shopper yang diberi nama Branded
Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu. Hingga
hari ini, Sellection kian menempa nama di media sosial seperti di Instagram
(@sellectioncom), youtube channel (youtube.sellection.com) selain laman
sesawang, www.sellection.com
Seterusnya pada tahun 2018, butik pertama Sellection dibuka
beralamat di Ground Floor, 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Ikutkan sejak tahun 2015 lagi saya sempat menyelit minat
sebagai Personal Shopper. Saya suka sangat handbag dan saya ingin orang
Malaysia pakai barangan berjenama ini.
Saya banyak kongsikan video demo tentang handbag, artikel
fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut. Lama-kelamaan pengikut saya juga
mula bertambah. Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem
pre order yang saya tawarkan. Pengikut dan pelanggan juga terus bertambah dari
masa ke semasa. Mereka juga boleh melihat katalog barangan yang dijual di
halaman Facebook dan lama sesawang rasmi. Saya bina kepercayaan sedikit demi
sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai
manfaat kepada para pembeli. Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya
bisnes sebegini apatah lagi atas talian.Namun saya berjaya menawan hati mereka
hinggalah wujud butik pertama Sellection di Wangsa Melawati,”
Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat
Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik. “Yang
pasti semua produk jenama mewah saya original dan baru. Ia dibeli terus di
outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah. Saya sendiri menggemari
barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya
golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama. “Ada yang nak bergaya dengan
barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi
personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah
daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga
mampu milik,”menurut kata Rafidah. Bermula dengan perniagaan personal shopper,
Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan
barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu
milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai “Online Premium
Outlet” yang pertama di Malaysia.
Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu
membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan “Kami
mahu sama-sama mengajak orang di luar sana menjana pendapatan dan meluaskan
peluang niaga bersama Sellection. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin
menjadi rakan perniagaan atau Reseller yang mahu bekerjasama dan mengambil
bahagian besar dalam perjalanan Sellection yang akan terus maju,”
Di akhir bicara, Rafidah berkata pihak Sellection turut
memperkenalkan tanda pagar Sisters di Malaysia sebagai rangkaian terbaik
mendekatkan mereka dengan pengikut dan pelanggan. “Mereka umpama rakan alam
maya yang jauh di mata, namun dekat di hati. Yang tak kenal rapat sekalipun
kami amat terbuka menjalinkan hubungan baik. Misi Sellection ialah memberikan
pelanggan pengalaman istimewa apabila membeli belah dengan Sellection
seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama
terkenal itu sendiri,”beliau menambah. Sesungguhnya di sebalik kepahitan dan
kemanisan yang dilalui, Rafidah dan suami juga akur perkahwinan mereka sejak 12
Oktober 2013 juga belum menyebelahi mereka dalam soal menimang cahaya mata.
“Kami percaya dan akur belum rezeki lagi kehidupan dan
kenikmatan yang diraih ketika ini masih belum dikurniakan anak. Cuma saya dan
suami anggap belum masa untuk kami beroleh kemanisan bergelar ibu bapa. Malah kami anggap rezeki itu diberikan Tuhan
dalam bentuk lain termasuklah rezeki dalam perniagaan dan berkongsi kenikmatan
itu dengan orang lain. “Bukan tidak berusaha dalam soal mendapatkan anak, cuma
kami anggap tempoh berdua ini juga ruang terbaik untuk terus berjuang
memastikan jenama Sellection berkembang pesat dan dikenali seantero dunia.
Insya-Allah. “Sedih itu hal biasa yang sesekali akan menerjah dalam perasaan
kita yang bernama manusia kala rezeki dapat anak itu belum datang.Tapi saya dan
suami kena terus kuat menempuhi ujian yang diberikan,”tambah beliau.
– BUTIK SELLECTION No. 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa
Melawati, 53300, Kuala Lumpur
– Facebook Page di bawah nama Branded Handbags &
Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu.
Buat julung kalinya TV AlHijrah memecah tradisi penyiaran dunia Islam apabila stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini berjaya menerbitkan sendiri sebuah drama yang memberi penekanan kepada susun atur plot, tatacara serta adab pembikinan drama yang bersesuaian dengan imej TV Islam.
Drama berjudul BOSS MAMA KIRIM SALAM telah memulakan siarannya 6 Februari 2020 yang lalu. Drama istimewa ini akan meneruskan tayangan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang selama 36 episod siaran. Marahon episod lepas drama ini boleh disaksikan pada setiap Ahad jam 5 petang.
Drama BOSS… MAMA KIRIM SALAM adalah hasil arahan sutradara berpengalaman yang juga merupakan kakitangan TV AlHijrah iaitu Wan Hussin Wan Ismail (FDAM) serta mendapat suntikan Raja Azidah Raja Jaafar selaku penulis skrip.
Berlatarbelakangkan penceritaan serta karektar di balik tabir stesen TV Islam, TV AlHijrah bereksperimentasi dengan drama terbitan dalaman yang mendidik, memberi tauladan serta patuh syariah tanpa mengetepikan faktor budaya popular drama masa kini.
Drama ini mengandingkan pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Qazem Nor dan Siti Fazurina Mohd Famir sambil dibantu oleh pelakon baru yang sedang menempa nama di dalam industri iaitu Carolina Binur dan Zee Khan Hussein. Tambah istimewa, hampir 90 peratus kakitangan TV AlHijrah turut diberi peluang untuk sama-sama menjayakan naskah ini selaku pelakon pembantu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris drama BOSS…MAMA KIRIM SALAM ini sangat unik kerana selain merupakan drama pertama di Malaysia yang berkisar tentang dunia penyiaran Islam, drama ini juga menggunakan seratus peratus tenaga kepakaran warga kerja TV AlHijrah iaitu bermula dari pengarah sehinggalah kepada pengurus produksi, jurukamera, tenaga pasca penerbitan jurusolek, penata cahaya, penata bunyi dan lain-lain, kata beliau.
Qazem Nor dan Carolina Binur
SINOPSIS
Drama BOSS.. MAMA KIRIM SALAM mengisahkan tentang Azra, seorang gadis lepasan ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang menyumbang bakti dalam bidang penyiaran di TV AlHijrah. Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi oleh Azra di dalam dunia pekerjaan namun begitu, sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk mencapai cita cita yang diimpikan iaitu bergelar penerbit rancangan yang terkenal.
Encik Baihaqi yang bertindak selaku penyelia Azra merupakan antara insan penting yang sering membantu Azra mencapai cita-citanya. Dalam diam, perwatakkan Encik Baihaqi telah menarik perhatian Azra. Walaupun bergelar duda anak satu namun, paras rupa yang dikurniakan tidak menampakkan usia sebenar.
Pada masa yang sama, ibu Azra iaitu Puan Kayla, seorang ibu tunggal merupakan seorang klien tetap di TV AlHijrah yang sering menggunakan platform promosi stesen itu bagi memasarkan dan mempromosikan produk kecantikannya.
Kerana acapkali bertemu dengan Encik Baihaqi di TV AlHijrah, bibit- bibit kasih sayang timbul namun Puan Kayla tidak mempunyai kekuatan untuk menyatakan rasa cintanya kepada Encik Baihaqi kerana bagi dirinya, apa yang penting adalah melihat kebahagiaan Azra.
Konflik timbul apabila Laila, rakan sekerja Azra juga memendam perasaan terhadap Encik Baihaqi namun cintanya tidak berbalas. Sakit hati dengan penolakan Encik Baihaqi, Laila bertindak nekad dengan menyebarkan cerita yang tidak sahih kepada kakitangan syarikat.
Siapakah wanita yang akhirnya menjadi suri hati Encik Baihaqi? Mampukah Puan Kayla berkorban hati dan perasaannya demi kebahagian anak kesayangannya Azra? Jadi jangan lupa sakskikan kesudahan drama BOSS..MAMA KIRIM SALAM, setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang hanya di TV AlHijrah.
Salah Satu Babak Bersama Nina Fazurina dan Carolina Binur dalam Drama Boss… Mama Kirim Salam
SENARAI KREW PENERBITAN DRAMA BOSSMAMA KIRIM SALAM
PENGARAH WAN HUSSIN WAN ISMAIL, FDAM
PENOLONG PENGARAH SUHAILA AHMAD MARUWI
PEREKA GRAFIK NORAIDA ABU BAKAR
PEREKA MONTAJ MOHD IZZUDIN YAKOB
ADUNAN WAN HARRIS BUDIMAN ABDUL KHALID
PENATA SET & PROPS AZIZI RAMLI
JURUSOLEK ASYRAF SULAIMAN NIEZA YAHYA ASLEYNITA SAIFUL REDZUAN MOHD NAAFI
Pra Pelancaran Anugerah Asia
Islamic Finance And Investment Industry Awards AiFIA 2020 #MARKAMARIEMALAYSIA
#MARKAMARIE
Dewan Perniagaan
dan Pelaburan Islam Malaysia (DPPIM) X Markamarie Malaysia SDN. BHD
KUALA
LUMPUR, 21 Februari 2010 – Pra-Pelancaran
Anugerah Asia Islamic Finance and Investment Industry Awards (AiFIA 2020)
bersama #MARKAMARIE Malaysia yang mana sesi ini di Lokasi Conference Room,
Menara Citybank, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Diantara ucapan
dan menandatangani Dewan Perniagaan dan Pelaburan Islam Malaysia (DPPIM)
Kolaborasi bersama Markamarie Malaysia SDN. BHD. MoA ialah:
1. Datin Raskidah Ali – Honorary Chairman of Malaysia Islamic Investments Chamber of Commerce (MIICC).
2. Ismail H. Semin (#MARKAMARIE
Global).
3. Franka Ssoeria (#MARKAMARIE
Global).
4. Datin Sharon M. Zillah (#MARKAMARIE
Malaysia).
5. Assoc. Prof. Dr. Salina Kassim – Dean of IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF).
ASIA ISLAMIC FINANCE AND INVESTMENT INDUSTRY AWARDS (AiFIA 2020)
1.
AFIA merupakan inisiatif kolaborasi antara
Malaysia Islamic Investment Chamber of Commerce (MIICC) dan
IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF) serta Markamarie Malaysia
Sdn Bhd.
2. Program ini
diperkasakan oleh wanita untuk semua dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi para
usahawan yang ada serta untuk mencari dan memberi peluang untuk dana kepada
pengasas produk atau usahawan supaya lebih berdaya saing.
3. AFIA berharap untuk menjadi platform dan pemben‘ anugerah yang paling berwibawa
di dalam industi pelaburan dan kewangan islamik global. Penganjur menyasarkan
untuk memilih produk Pelaburan islamik terbaik di serata Asia. Sistem
permarkahan yang menilai kedua-dua faktor kualitatif dan kuantitatif diambil
kira untuk menentukan pemenang di Anugerah AFIA.
4. Anugerah AFIA
bakaI dipersembahkan sewaktu malam gala penuh berprestij pada bulan September
2020 dan penganjuran bakal berlangsung di Kuala Lumpur selaku tuan rumah pada
tahun ini.
PENGISIAN
ACARA AFIA 2020
–Malam Anugerah Asia
Islamic Finance and Investment Industry Awards (AiFIA 2020)
–Meet Your Invester
(MYI): Bertemu dengan pelabur/penaja yang berpotensi
untuk produk islamik yang baru bermula, pendaftaran untuk jenama/pereka fesyen
untuk mendapatkan bantuan di dalam AFIA 2020
–Meet The Buyers: Pereka/jenama
fesyen boleh bertemu dengan pembeli (buyers) dan sesi tertutup bersama mereka
di AFIA 2020
#MARKAMARIE
1.
#Markamarie memulakan kembara serantaunya di Indonesia pada tahun 2017 dan
diasaskan oleh tiga (3) individu yang pakar di dalam bidang mereka. Tiga (3)
individu ini terdiri daripada Franka SOERIA (Global Modest Fashion Expert),
Ismail Semin (Business Development and Marketing Specialist) dan Gokhan Semin
(Digital and Communication Specialist).
2. #Markamarie menyasarkan untuk menjadi pintu gerbang buat
fesyen sopan di Asia (The Gate of Modest Fashion in Asia), dan juga sebagai hab
fesyen dan industri kreatif. Berbekalkan pusat operasi serta pejabat di
Indonesia dan Turki, #Markamarie telah memulakan momentum yang jitu dalam
menyediakan perkhidmatan lengkap A-Z buat jenama fesyen dari segi penjenamaan
digital di dalam dan luar talian (online and offline), jemputan serta
pembikinan acara-acara fesyen yang berprestij serta membantu sesuatu jenama
fesyen itu untuk menakluk pasaran global.
3. Tahun 2020 bakal menyaksikan #Markamarie membuka
pejabat di Malaysia dan India, serta diikuti Amerika Syarikat pada tahun
2021.
4.
#Markamarie pernah berkolaborasi bersama institusi terkenal dan berwibawa dunia
seperti UNHCR dan Official Modest Fashion Weeks
(Istanbul-London-Dubai-Jakarta-Amsterdam)
. Antara bakal
projek besar #Markamarie termasuklah penerbitan buku dan fIIem dengan kerjasama
dari Amerika Syarikat serta Italy untuk pasaran global.
6. Projek
bersama #MarkamarieMalaysia termasuk:
–
Menganjurkan AiFlA & Funding The Founders bersama MICCand
IIiBF
– Asian
Blogger Academy bersama MIICC dan Universiti Umum terkemuka
Malaysia
– Memasarkan
pereka dan jenama fesyen Malaysia melalui platform #Markamarie – Melibatkan
pereka dan jenama fesyen di Malaysia untuk projek secara global
PERSPEKTIF
KOLABORASI ANTARA MIICC, lliBF dan #MARKAMARIE
Penghubung titik
pemisah di antara Modest Fashion dan Sektor Kewangan dan Pelaburan. Modest
Fashion atau fesyen sopan merupakan satu sektor ekonomi islamik yang penting
dan kerana ini adalah mengapa #MARKAMARIE memerlukan pelabur yang
berwibawa untuk fesyen sopan/islamik di Malaysia.
#MARKAMARIE boleh membantu para pengasas fesyen
sopan untuk meningkatkan lagi jenama mereka. #MARKAMARIE disini biasa menghubungkan ekonomi
dari bidang kreatif ke sektor kewangan untuk melahirkan Iebih ramai usahawan
yang berhasil di dalam lapangan seni kreatif.
Visi #MARKAMARIE termasuk:
1. Melabur untuk
para pengasas perniagaan (Funding The Funders): MARKAMARIE akan
memupuk para pereka dan jenama fesyen melalui beberapa siri kursus yang bakal #MARKAMARIE
terajui.
2. AFIA 2020 pada
September 2020 sebagai malam Anugerah khas buat para pelabur, syarikat serta
individu yang mempunyai sumbangan terhadap islam serta pelaburan yang mempunyai
nilai-nilai sosial yang murmi. Selain acara utama ini, anjuran pameran serta
sesi bertemu pelabur dan pembeli bersama para usahawan terpilih akan
dilaksanakan.
APABILA melalui deretan restoran di premis perniagaan atau pusat beli-belah, perasan atau tidak, kadangkala terpampang tanda tulisan no pork dan pork free.
Sekali pandang, restoran itu nampak begitu meyakinkan kerana tidak menyajikan makanan yang haram di sisi agama Islam iaitu daging khinzir.
Persoalannya, bolehkah kita makan di kedai berkenaan? Adakah restoran berkenaan berstatus halal? Apa pula hukumnya jika kita makan di kedai tersebut?
Mengulas lanjut jawapannya, pendakwah yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris mengajak kita untuk menelusuri dahulu tentang status halal.
Ujar beliau, seantero dunia termasuk Malaysia menggunakan status halal termasuk di premis makanan.
“Ia sebagai satu penanda aras bahawa restoran tersebut menggunakan 100 peratus barang-barang yang halal,” katanya merungkaikan persoalan berkenaan dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.
Hasil pembacaan Fitri tentang restoran yang menggunakan tanda no pork atau pork free daripada seorang cef terkemuka dan beberapa artikel lain, beliau menyimpulkan kebarangkalian besar bahawa pengusaha premis perniagaan berkenaan tidak mendapat sijil halal yang jelas.
“Ini kerana, ada percampuran (dalam produk dijual). Umpamanya, kedai itu menjual minuman arak di satu bahagian kedai. Satu bahagian lagi mereka betul-betul jaga, maknanya menggunakan ayam yang disembelih, kuali yang bersih dan diasingkan antara benda yang halal dan tidak halal.
“Walaupun ia sudah elok diasingkan, namun ada benda-benda lain yang mana ia tidak 100 peratus halal. Sebab itu mereka letak (tanda) pork free kerana tidak menggunakan 100 peratus halal di dalam kedai tersebut,” terangnya.
Dalam hal itu, beliau menasihatkan kita agar memilih kedai yang jelas dari segi status halalnya.
“Ia termasuklah bahan yang digunakan dan sebagainya. Namun, jika kedai itu dekat dengan kampung kita contohnya (kedai) mak cik yang tiada tanda halal, itu cerita lain.
“Kalau kita yakin, tahu latar belakang mereka dan sebagainya serta menggunakan sumber yang halal, maka tidak perlulah sampai status halal,” jelasnya.
Tegas beliau, amat penting kita sebagai umat Islam prihatin tentang perkara yang melibatkan soal halal atau haram suatu makanan.
“Sebolehnya, pergilah ke kedai yang ada sijil halal. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada memakan benda-benda yang meragukan.
“Bukan apa, ia dikhuatiri akan ‘menghitamkan’ hati kita. Apa yang kita makan itu akan jadi darah daging kita. Jadi, elakkan berbuat demikian,” tegasnya.
Dato’ Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.
Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato’ Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.
Menurut Dato’ Sri Liow Soon Hee, “Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi. Sementara itu, saya ingin mengajak setiap badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan pada masa yang sama, dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan”. Dato’ Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia
dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia. Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato’ Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak- Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kelab Lions Antarabangsa menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi inisiatif Kesedaran Kanser Kanak-kanak, hari ini. Jalinan kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua pihak berganding bahu memenuhi keperluan pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif antara dua badan bukan kerajaan gergasi ini akan turut memberi manfaat kepada keluarga pesakit pediatrik yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Kuala Lumpur.
Menerusi kerjasama strategik ini, Kelab Lions Antarabangsa menyumbang dana lebih RM150,000 bagi menaiktaraf Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Dana ini merupakan dana terkumpul hasil sumbangan pelbagai pihak sejak Oktober tahun lalu khusus bagi inisiatif ini. Ia secara langsung membolehkan keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di HCTM-UKM, termasuk pesakit kanser kanak-kanak menikmati kemudahan yang lebih selesa. Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM merupakan salah satu program teras RMHC Malaysia yang menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada keluarga pesakit pediatrik di hospital tersebut.
Kerjasama strategik ini akan berlangsung untuk tiga tahun seterusnya, dimana mulai hari ini, Kelab Lions Antarabangsa akan terus memastikan taman permainan kanak-kanak di rumah ini dapat dikekalkan dengan baik. Taman permainan kanak-kanak di rumah ini secara rasminya menjadi ‘taman angkat’ Kelab Lions International yang dikenali sebagai Lions Wonderland.
Menurut Dato’ Javern Lim Chong Hee, Gabenor Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308B1 Malaysia, “Kelab Lions Antarabangsa sentiasa mencari peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak kearah meningkatkan kehidupan pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka. Kami amat memahami saat-saat sukar yang perlu dihadapi mereka dan besarlah harapan kami agar jalinan kerjasama dengan RMHC Malaysia secara langsung membuka mata ramai pihak di luar sana tentang kanser di kalangan kanak-kanak.”
Sebagai sebuah hospital pengajar yang mempunyai kepakaran perubatan pediatrik, HCTM-UKM menerima lebih 20,000 kes pediatrik setiap tahun, sama ada pesakit dalam atau pesakit luar. Bagi tahun 2019 sahaja, HCTM-UKM menerima lebih 900 kes melibatkan kanak-kanak yang menghidap kanser. Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah yang perlu menjalani rawatan berpanjangan untuk anak mereka.
Menurut Azmir Jaafar, Presiden, RMHC Malaysia, “RMHC Malaysia komited mewujudkan impak positif kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia melalui pelbagai program utama yang dilaksanakan. Kerjasama strategik dengan Kelab Lions Antarabangsa mampu memberi manfaat yang lebih baik kepada mereka yang menggunakan kemudahan Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Semoga kerjasama ini secara langsung memupuk semangat prihatin rakyat Malaysia untuk terus menyokong usaha badan-badan bukan kerajaan seperti kami.”
Antara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM sejak dua bulan lalu termasuklah membaiki bumbung dan longkang air hujan serta menambah baik kawasan aktiviti luar. Ini termasuklah memperindah landskap taman permainan kanak-kanak di sini, memperbaharui dan menambah jumlah alat permainannya.
YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia dan Kelab Lions Antarabangsa. Beliau turut menggalakkan agar lebih ramai pihak di luar sana dapat tampil kehadapan melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM kini berusia 20 tahun sejak dibuka pada tahun 1999 dan merupakan yang pertama di di rantau ASEAN.
Sehingga kini terdapat dua Rumah Ronald McDonald di Malaysia. Satu lagi Rumah Ronald McDonald terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Rumah Ronald McDonald ketiga dijangka dibuka pertengahan tahun ini di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
“JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye.”
Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).
Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.
Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.
“Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan,” Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.
Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?
Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?
Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.
KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.
Ia berdasarkan pandangan majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)
Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.
Ia termasuklah jika kita hadir tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.
Individu berkenaan juga boleh dihukumkan sebagai fasik dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut.
Ini kerana ia sebenarnya termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)
Namun demikian, seandainya tuan rumah memberi keizinan walaupun pada awalnya dia tidak dijemput, maka hukumnya adalah harus.
Apa pun, ingatlah bahawa para ulama mengharamkan seseorang hadir ke kenduri tanpa dijemput jika diyakini tuan rumah tidak reda.
Adapun, jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya kita merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun mereka terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut, ia tidak diharamkan.
(Sumber: Al-Kafi #1571: Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)