Category: ATTRACTION

  • BERHUJUNG MINGGU DENGAN 4 TELEFILEM ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN TV3 KE 38

    TV 3 telah menyajikan banyak telefilem yang sangat menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu ayah, Qalbu dan banyak lagi. Tv3 akan terus mewarnai hari minggu anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun tv3 yang ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa pada hujung minggu ini.

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan jun, setiap hari sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania ( Aedy Ashraf & Puteri Balqis) Dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).

    DENDAM PENUNGGU , 4 JUN

    Dendam penunggu menceritakan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan yang ngeri itu atau sejarah akan berulang kembali? Lakonan oleh Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman dan Shasha Abedul.

    MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 JUN

    Matura merupakan seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib tidak menyebelahinya apabila anak yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga kampong, amun ia terbongkar juga dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.  Kekeliruan dan salah faham yang akan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampong. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini? Lakonan oleh Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida.

    DANIA,18 JUN

    Mengisahkan Dania seorang remaja yang selalu menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang jika adiknya itu menjadi seorang yang anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah telah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan dania sangat selesa dan percaya terhadapnya. Sarimah memperkenalkan dania kepada cikgu bahar untuk mendapatkan tuisyen percuma. Semuanya sangat berjalan lancer sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Dania mengalami kemurungan kerana perasaan geram dan malunya itu berikutan kejadian yang tidak diduga. Luqman dapat mengetahui perkara ini setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu yang tidak kena pada adiknya itu. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran. Lakonan Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan.

    LANGIT,25 JUN

    Menceritakan tentang seorang suri rumah, Raziah dari hero ke zero yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya. Ikuti kisah hidup keluarga Roziah. Lakonan hebat dari Eira Syazira dan Azad Jasmin

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.  Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini.

  • Konsert Search Rockin on Rooftop Menjadi Fenomena Luar Biasa

    Seramai 3,000 peminat yang menghadiri ke Konsert Search Rockin On Rooftop Di Kompleks Campbell untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan lagenda tanah air iaitu Search dengan penampilan vokalis daripada negara seberang iaitu Denden Gonjalez.

    Walaupun hujan lebat di lokasi konsert, namun ia tidak mematahkan semangat Search untuk meneruskan persembahan yang terbaik dengan menyajikan lagu khas untuk peminat yang hadir.

    Selain itu, beberapa rakan artis turut turun padang untuk memberikan sokongan dan menyaksikan Konsert Search Rockin on Rooftop seperti Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip.  Ratu rock negara, Ella turut ditampilkan bersama untuk berduet dengan Denden Gonjalez melalui persembahan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan.

    Kid selaku pemain gitar berkata “Kami risau sebab hujan seperti tidak akan berhenti namun hujan adalah rezeki buat kami… Alhamdulillah.  Tidak sangka kehadiran peminat yang cukup luar biasa walaupun terpaksa bermandi hujan. Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat.  Namun, kami gandakan usaha dan latihan.  Akhirnya kami dapat hasil yang baik malam tadi.”

    Selain Kid, Denden dan Din, Konsert Search Rockin on Rooftop turut menampilkan Yan yang bermain bes dan Min (drum).

    “Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search.  Namun selepas itu, semuanya okay.  Maklum balas peminat di Indonesia juga baik.  Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokkong kami.  Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila” ujar Denden Gonjalez.

    Sebanyak 17 belas lagu yang dipersembahkan sepanjang konsert yang berlangsung selama dua jam.  Berikut adalah senarai lagu:

    1. Bencana
    2. Metropolitan
    3. Pasti
    4. Purnama
    5. Melastik Ke Bintang
    6. Di Pintu Sepi
    7. Bersalah Atau Tidak
    8. Rock N Roll Pie
    9. Emannuelle
    10. Melayar Bahtera
    11. Bayangan
    12. Diari Habil & Qabil
    13. Fantasia Bulan Madu
    14. Mentari Merah Di Ufuk Timur
    15. Teguh
    16. Neo Romantik
    17. Wasted Years
  • ASHIKIN M LANCARKAN BUKU PUISI BERTAJUK ‘KEJORA’

    Nurul ashikin merupakan penulis profilik muda negara yang lebih dikenali di kalangan peminat buku di Malaysia sebagai Ashikin M telah melancarkan bukunya yang kesebelas bertajuk KEJORA. U-Wei Haji Saari, penulis dan pengarah filem negara telah menyumpurnakan majlis tersebut dalam suasana yang penuh indah dan puitis.

    KEJORA ini diterbitkan sendiri oleh Ashikin M dan ia merupakan buku puisi pertama darinya di mana keseluruhan kandungan itu ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Puisi tersebut bukanlah puisi biasa malah ia berhubung kait dalam membentuk sebuah ceritera. Tema bintang kejora telah dipilih  oleh Ashikin M sebagai premis utama buku tersebut.  Buku kejora ini merupakan terbitan pertama Ashikin M. ia menampilkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa. Ashikin M mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku KEJORA daripada proses pengilhaman, penulisan penerbitan sehingalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi KEJORA dengan bertemakan komposisi AYOP AZRIL, seorang composer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan dalam buku tersebut.

    Dilancarkan oleh U-Wei Haji Saari yang turut mendeklamasikan sebuah puisi daripada buku KEJORA pada hari pelancaran, beliau menyifatkan naskhah terbaru dari Ashikin M tersebut sebagai ‘berani dan amat tepat pada masanya’. Menurut U-wei, “Saya amat berbangga dengan inisiatif Ashikin M dalam penghasilan buku KEJORA ini, lebih-lebih lagi ini merupakan buku puisi yang pertama darinya dan ianya seratus peratus di dalam Bahasa Malaysia. Saya  mengucapkan jutaan tahniah buat Ashikin M dan saya yakin perjalanan dan masa depannya di dalam bidang penulisan amat cerah. Komuniti penulis negara ini begitu berbangga dengan pencapaiannya”.

    Ashikin M bukan sahaja dikenali sebagai penulis, tetapi juga seorang pengembara dan pakar strategi di sektor korporat. Berasal dari Ipoh, Perak, Ashikin M juga pernah berkolaborasi bersama dua penulis Indonesia untuk menghasilkan buku The Colour of Regret pada tahun 2021 tatkala dunia dilanda pandemik. Di antara buku-buku yang pernah diterbitkan oleh Ashikin M adalah Pabila Pesawat Bertemu Bulan, Mimpi-Mimpi Nomad, Mencari Warna Malaikat dan Si Romantik Yang Sudah Mati. Jelas Ashikin M,

    Acara dihiasi dengan dendangan lagu puisi yang dipetik dari buku KEJORA iaitu Sementara Kata-kata Terakhirmu Hilang, Senja Merah di Pergelangan Tanganmu dan Kisah Cahaya di Persada Antarsika. Turut sama di majlis pelancaran tersebut adalah Amy Search yang menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Isabella, Rozana dan tentunya Kejora dari album pertama kumpulan Search, Cinta Buatan Malaysia (1985). Lagu-lagu ini dipilih khas sebagai merujuk kepada karakter utama dan tema sanjungan terhadap keindahan dan kekaguman terhadap wanita yang dibawa oleh KEJORA.

    KEJORA diedarkan oleh Terbitan Langit dan boleh didapati di laman Instagram @terbitanlangit @puisikejora dan @ashmhydn dengan harga RM25 (tidak termasuk caj penghantaran). Untuk maklumat lanjut tentang Ashikin M, anda boleh layari laman sesawang www.ashikinm.com Majlis pelancaran KEJORA dikuasakan oleh JCPR dan DW Events; serta turut disokong oleh Staedtler Malaysia, Common Ground, Blvck Coffee, Burrow KL, Salixium dan Cultkids

  • ZAMANI DALAM I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA MINGGU KE-6

    I Can See Your Voice Malaysia 5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce disiarkan setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3 dan disiarkan secara langsung dalam HD di www.tonton.com. Minggu ini kami membawakan artis “legend” yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air iaitu Zamani. Berlatarbelakangkan pelawak dan selalu membuat lawak di kaca TV, adakah pendapat Ropie akan dipandang serius apabila mengulas enam peserta ini nanti?

    I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan kongsi digital. Gunakan #ICSYVMY untuk mencetuskan perbualan di laman media sosial. Ikuti TV3 di Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

  • SEMARAK UNITI PERKUKUHKAN PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA

    Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan – Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara, telah tiba di Dewan Feldajaya Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, bagi memulakan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Jempol.

    Program yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara itu berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 dan berlangsung selama dua hari. Program yang bertajuk “Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia” ini merupakan satu platform yang berfungsi sebagai Tapak Integrasi untuk masyarakat memupuk dan merangsang semangat perpaduan dalam kalangan rakyat semua bangsa, kaum dan agama.

    Tujuan program in diadakan adalah untuk mempromosikan objektif keluarga Malaysia melalui konsep keterangkuman, perpaduan dan kesyukuran. Ia juga ditulis selaras dengan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025, yang menekankan empat dimensi utama: Karib, Kebolehcapaian, Pluralisme dan Keterangkuman, disingkatkan sebagai “KAMI” sebagai tanda kebersamaan dan menghormati kepelbagaian dalam masyarakat majmuk.

    Pelaksanaannya bukan sekali sahaja; sebaliknya ia berterusan dan meluas ke seluruh negara, dari peringkat daerah ke parlimen dan akhirnya ke peringkat masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara telah menekankan kaedah ini demi memastikan inisiatif perpaduan didengar, dilihat dan dirasai oleh semua keluarga Malaysia.

    Berikut merupakan antara pengisian Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia:

    1. KPN Prihatin Keluarga Malaysia;
    2. Sembang KAMI Keluarga Malaysia;
    3. Pameran oleh agensi dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT);
    4.  Rumah KAMI Keluarga Malaysia;
    5.  Rewang Muafakat Keluarga Malaysia;
    6.  Sukan Keluarga Malaysia; dan
    7.  Citarasa Menu Keluarga Malaysia.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif KPN Prihatin Keluarga Malaysia, YB Menteri Perpaduan Negara turut mengadakan lawatan ke KRT Jambu Lapan, KRT Desa Penarikan, dan KRT Satelite, di mana beliau mengagihkan 350 kotak RT Cares kepada penduduk setempat. Sementara itu, gotong royong diadakan di Kampung Bakar Batu bagi mengumpul wang bagi pembinaan semula rumah serta sumbangan 150 Peti Penyayang Kampung Baru. Sebagai sebahagian daripada program ini, 200 Kotak MITRA telah diagihkan kepada penduduk Taman Jaya, manakala 152 Kotak RT Cares telah diagihkan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Panchor.

    Yang Berhormat Dato Seri Haji Mohd Salim Bin Shariff, Ahli Parlimen Jempol, dan YBhg. Dato’ Indera Noridah Binti Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, turut hadir pada majlis hari ini. Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique seterusnya menyatakan harapan beliau bahawa acara ini akan menjadi salah satu Tapak Integrasi untuk meningkatkan hubungan kebersamaan dan muhibah keluarga Malaysia.

  • Karangkraf kembali anjur Arafah #QuranHour

    Karangkraf kembali anjur Arafah #QuranHour

    SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraf tahun ini kembali menganjurkan Arafah #QuranHour pada 8 Julai depan bersamaan 9 Zulhijjah setelah tidak dapat melakukannya akibat daripada pandemik Covid-19.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, acara tersebut akan memfokuskan kepada empat kumpulan iaitu jemaah haji di Tanah Suci, syarikat pengendali, alumni dan bakal haji.

    Menurutnya, Arafah #QuranHour itu akan dilakukan pada jam 10 pagi melalui platform Sinar Harian dengan memfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.

    “Fokus kita pada kali ini ada dua surah yang melibatkan tiga ayat yang fokus kepada sujud seorang hamba, memecah ego dan kesombongan yang ada.

    Arafah #QuranHour tahun ini menfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.

    Arafah #QuranHour tahun ini menfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.

    “Kita harap, tahun ini dapat dibuat dengan lebih meluas dengan penyertaan lebih banyak agensi dan juga Tabung Haji itu sendiri.

    “Ia akan bermula pada jam 10 pagi pada 8 Julai bersamaan 9 Zulhijjah. Ia akan berlangsung selama 1 jam,” kata kepada Sinar Harian pada Khamis.

    Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai dapat menyertai program itu nanti.


    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. menganjurkan pelancaran SKIM “RUMAHKU SYURGAKU” (CSR) dan pelantikan DUTA PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA.

    Malaysia kini telah memasuki fasa endemik penyakit pandemik, di mana usaha kerajaan dalam menangani wabak ini amat berkesan dengan sokongan dan disiplin semua rakyat Malaysia. MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. mendapati permintaan tinggi untuk buruh dalam pelbagai sektor ekonomi, seperti pembinaan, disebabkan oleh lonjakan permintaan untuk pekerja mahir.

    Pengarah Urusan MRF, Yang Berbahagia Dato Sri Siti Nur Atiqah Baba, telah mengumumkan kerjasama dengan NIPV Management Sdn Bhd, diketuai oleh Tuan Hj Jeffri Iman bin Hj Hoodi, dan isteri, selebriti seni budaya terkenal tanah air, Puan Nuraniza Idris, sebagai serta pelantikan mereka sebagai duta pelancongan budaya.

    Samsung Malaysia dan MRF Consultant (M) Sdn Bhd akan bekerjasama untuk mempromosikan program “RUMAHKU SYURGAKU” di acara yang diadakan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada perkongsian mereka dengan kerajaan Malaysia. Kerjasama ini diharap dapat berjalan lancar dan mendapat sokongan semua pihak khususnya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta seluruh rakyat Malaysia.

  • AEON Teruskan Inisiatif Mampan Melalui Kerjasama Dengan Kloth Cares

    AEON CO. (M) BHD (AEON) meneruskan usaha kemampanannya dengan bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

    Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur adalah salah satu usaha AEON dalam memperkasakan inisiatif kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.

    AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan Kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka.

    Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun.

    Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) – Kuala Lumpur & Putrajaya, dan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

    “AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,” tambahnya.

    Inisiatif yang dijalankan adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG).  12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

  • AEON PRIHATIN TERHADAP IBADAH UMAT ISLAM TERUSKAN PROGRAM ‘BERKAT KORBAN 2022’ ‘Dari masjid ke pusat beli-belah’

    Dengan membawa kembali “Berkat Korban 2022,” AEON CO. (M) BHD.(AEON) meneruskan usahanya untuk menyediakan kemudahan kepada umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban tahun ini.

    Pada 2020 dan 2021, AEON telah menubuhkan Rahmat Korban, yang membolehkan umat Islam melakukan ibadah korban semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Ini merupakan tahun ketiga AEON menjalankan program Berkat Korban, yang telah mendapat banyak maklum balas positif pada masa lalu. AEON bekerjasama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR), dan Townfarm di Berkat Korban 2022.

    Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, “Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,”

    “AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,” tambah beliau.

    Semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu akan menerima pakai Berkat Korban 2022.

    Lembu dan kambing merupakan dua jenis haiwan korban yang terdapat dalam Program Berkat Korban 2022. Seekor lembu seberat antara 210 hingga 250 kg akan dipotong kepada tujuh (7) bahagian, dengan setiap bahagian berharga RM880. Seekor kambing seberat 28 hingga 30 kilogram berharga RM1,200. Mereka yang ingin mempersembahkan bahagian korban kepada Asnaf membayar jumlah yang sama. Program ini akan melibatkan 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing, menurut AEON. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut diumumkan sebagai ikon Berkat Korban 2022 oleh AEON.

    Ustaz Don Daniyal berkata, “Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.”

    Pelanggan boleh membuat tempahan di kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau dengan menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012-759 1816.

    Inisiatif Blessings of Sacrifice 2022 adalah selaras dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang diterima pakai sebagai seruan sejagat untuk bertindak untuk menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang hidup dalam keamanan dan kemakmuran, dan meningkatkan kesedaran bahawa semua pembangunan mesti seimbang dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.

  • Diana Danielle dalam “Heaven”

    Pada 9 Jun 2022, satu projek khas akan dilancarkan. Calum Scott, penyanyi dan penulis lagu, bekerjasama dengan Diana Danielle, penyanyi dan pelakon, dalam lagu “Heaven.”

    Darren Espanto dari Filipina, Diana Danielle dari Malaysia, Hoang Duyen dari Vietnam, dan Lyodra dari Indonesia semuanya menyumbang kepada penciptaan lagu ‘Syurga.’

    Empat lagu kolaborasi ini mengekspresikan sensasi jatuh cinta dengan imej syurga yang merentasi semua sempadan emosi.

    “Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan”.- Diana Danielle

    Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espanto, salah satu bintang pop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suara hebatnya, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik.

    Setiap versi lagu ini akan dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8pm.