Nurul ashikin merupakan penulis profilik muda negara yang lebih dikenali di kalangan peminat buku di Malaysia sebagai Ashikin M telah melancarkan bukunya yang kesebelas bertajuk KEJORA. U-Wei Haji Saari, penulis dan pengarah filem negara telah menyumpurnakan majlis tersebut dalam suasana yang penuh indah dan puitis. KEJORA ini diterbitkan sendiri oleh Ashikin M dan ia merupakan buku puisi pertama darinya di mana keseluruhan kandungan itu ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Puisi tersebut bukanlah puisi biasa malah ia berhubung kait dalam membentuk sebuah ceritera. Tema bintang kejora telah dipilih oleh Ashikin M sebagai premis utama buku tersebut. Buku kejora ini merupakan terbitan pertama Ashikin M. ia menampilkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa. Ashikin M mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku KEJORA daripada proses pengilhaman, penulisan penerbitan sehingalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi KEJORA dengan bertemakan komposisi AYOP AZRIL, seorang composer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan dalam buku tersebut. Dilancarkan oleh U-Wei Haji Saari yang turut mendeklamasikan sebuah puisi daripada buku KEJORA pada hari pelancaran, beliau menyifatkan naskhah terbaru dari Ashikin M tersebut sebagai ‘berani dan amat tepat pada masanya’. Menurut U-wei, “Saya amat berbangga dengan inisiatif Ashikin M dalam penghasilan buku KEJORA ini, lebih-lebih lagi ini merupakan buku puisi yang pertama darinya dan ianya seratus peratus di dalam Bahasa Malaysia. Saya mengucapkan jutaan tahniah buat Ashikin M dan saya yakin perjalanan dan masa depannya di dalam bidang penulisan amat cerah. Komuniti penulis negara ini begitu berbangga dengan pencapaiannya”. Ashikin M bukan sahaja dikenali sebagai penulis, tetapi juga seorang pengembara dan pakar strategi di sektor korporat. Berasal dari Ipoh, Perak, Ashikin M juga pernah berkolaborasi bersama dua penulis Indonesia untuk menghasilkan buku The Colour of Regret pada tahun 2021 tatkala dunia dilanda pandemik. Di antara buku-buku yang pernah diterbitkan oleh Ashikin M adalah Pabila Pesawat Bertemu Bulan, Mimpi-Mimpi Nomad, Mencari Warna Malaikat dan Si Romantik Yang Sudah Mati. Jelas Ashikin M, Acara dihiasi dengan dendangan lagu puisi yang dipetik dari buku KEJORA iaitu Sementara Kata-kata Terakhirmu Hilang, Senja Merah di Pergelangan Tanganmu dan Kisah Cahaya di Persada Antarsika. Turut sama di majlis pelancaran tersebut adalah Amy Search yang menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Isabella, Rozana dan tentunya Kejora dari album pertama kumpulan Search, Cinta Buatan Malaysia (1985). Lagu-lagu ini dipilih khas sebagai merujuk kepada karakter utama dan tema sanjungan terhadap keindahan dan kekaguman terhadap wanita yang dibawa oleh KEJORA. KEJORA diedarkan oleh Terbitan Langit dan boleh didapati di laman Instagram @terbitanlangit @puisikejora dan @ashmhydn dengan harga RM25 (tidak termasuk caj penghantaran). Untuk maklumat lanjut tentang Ashikin M, anda boleh layari laman sesawang www.ashikinm.com Majlis pelancaran KEJORA dikuasakan oleh JCPR dan DW Events; serta turut disokong oleh Staedtler Malaysia, Common Ground, Blvck Coffee, Burrow KL, Salixium dan Cultkids Post navigation ZAMANI DALAM I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA MINGGU KE-6 Konsert Search Rockin on Rooftop Menjadi Fenomena Luar Biasa