Category: ATTRACTION

  • Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) Mengumumkan Majlis Baharunya Kepada Gerakan Usaha Pemulihannya

    Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) telah diadakan pada 15 Jun 2022 dan agendanya berkaitan permilihan ahli majlis yang baharu.  Encik Sunny Chee merupakan presiden (MSAE) menekankan penghargaannya kepada ahli majlis semasa, ahli MSAE dan pihak berkepentingan terhadap sokongan yang kekal komited dan teguh untuk mengekalkan MSAE dan aktiviti semasa yang belum dijalankan sebelum penutupan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

    Ketika berhadapan dalam tempoh 2.5 tahun lalu yang penuh dengan kesukaran, aktiviti e-pemasaran, pendidikan maya dan inisiatif advokasi tetap masih diteruskan oleh ahli majlis sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan keunggulan dan mendorong penglibatan.  Selain itu, halangan terbesar untuk pengambilan keahlian berlaku berikutan usaha memacu pertumbuhan keahlian telah banyak terjejas semasa tempoh wabak.

    “Setelah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan dan memilih ahli majlis terbaharu, kami kini bersedia untuk membina momentum progresif semasa tempoh pemulihan.  Keperluan untuk menjadi sebahagian daripada suara komuniti persatuan kolektif yang memacu pendidikan dan pembangunan profesional dikenalpasti oleh persatuan untuk mengembangkan kemampanan dan kejayaan mereka.  Objektif utama Persatuan Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE) untuk memberi tumpuan kepada pengambilan ahli dan penyampaian faedah keahlian” ujar Encik Sunny Chee, Presiden MSAE.

    “MSAE turut mempunyai akses kepada inisiatif dan program pendidikan dalam penyediaan platform bagi pengambilan pertumbuhan keahlian baharu selain memberikan faedah yang akan berkembang ini merupakan komitmen daripada ahli majlis dan sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).  Kumpulan professional masa depan untuk memimpin dan memajukan kerjaya mereka dalam persatuan kebangsaan profesional” tambahnya lagi.

    Mengulas mengenai Majlis MSAE yang baru dipilih, Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB berkata, “Bagi pihak Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), kami ingin mengucapkan tahniah kepada MSAE atas majlis baharu bagi penggal 2022-2024.  MSAE menyediakan rangkaian penuh peluang pendidikan dan rangkaian yang menumpukan pada trend dan cabaran yang semakin berkembang yang dihadapi oleh industri, yang amat penting semasa tempoh gangguan dan peralihan dalam era pasca-pandemik.  Kami amat menyedari bagaimana persatuan terus dicabar dalam persekitaran yang pesat berubah dan MyCEB tidak sabar untuk bekerjasama dengan majlis baharu untuk mencari cara baharu yang lebih baik untuk pelbagai keperluan masyarakat persatuan itu.”

    Perkembangan profil, pengukuhan asas keahlian, penyampaian pendidikan dan membina kesedaran mengenai kepentingan persatuan kebangsaan merupakan empat tonggak utama yang difokuskan oleh MSAE pada masa kini.  Disamping itu, peranan mereka termasuklah memacu kerjasama dengan industry acara perniagaan untuk memajukan pembangunan social dan ekonomi Malaysia.

  • DRAMA MENARIK TV3 MENGISI SLOT SAKURA DI BULAN JULAI 2022

    Slot Sakura TV3 menjayajikan drama-drama popular dari Malaysia dan Filipina seperti Legal Wives, Republik Gombak dan To Have & To Hold, dan kini sudah tiba giliran drama bersiri ‘Nenda’ lakonan mantap oleh Fauziah Nawi, Didie Alias, Kuna Muzani dan Mandy Chong menemui penonton TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

    Hajah Aminah (Fauziah Nawi) atau dikenali sebagai Nenda di Kampung Berangan menjalani rutin harian biasa dengan cucu-cucunya, Raz, Hana dan Hans. Nenda mempunyai kebun yang luas, kedai runcit dan rumah sewa. Sikap Nenda yang suka menolong penduduk kampung dalam kesusahan amat disenangi oleh semua orang. Nenda juga menjadi tempat mereka mengadu pelbagai masalah termasuklah ketua kampung, Haji Hadari (Rosli Rahman Adam) yang mempunyai persengketaan lama dengan Pak Andak (Shaharuddin Thamby). 

    Ketua Kampung Berangan didatangi dengan pelbagai masalah seperti pemilihan imam di masjid, kemunculan kelibat nenek kebayan, kes pecah rumah, kes bau busuk, misteri van putih dan sebagainya. Dalam kekecohan itu, Nenda bertemu semula dengan kawan-kawannya yang sudah lama terputus hubungan, iaitu Hajah Maisarah ataupun Grandma (Didie Alias), Wan Intan ataupun Mek Wan (Kuna Muzani) dan Ah Cheng ataupun Po Po (Mandy Chong). 

    Ketika penduduk kampung terus diganggu dengan masalah baharu, Nenda dan 3 sahabat baiknya membuat keputusan untuk menubuhkan kumpulan rahsia bagi menyiasat kes – kes yang tak habis di kampung. Pada mulanya, Raz, Qaisara, Bestiei dan Kak Kem tidak bersetuju kerana ia bakal mengundang bahaya. Akhirnya, mereka akur kerana Haji Hadari kurang berkemahiran dalam menguruskan Kampung Berangan. Hana dan Hans turut menawarkan diri sebagai ahli kumpulan dan menamakan kumpulan rahsia itu sebagai Barisan Tindakan Senyap (BTS). 

    Nenda bersyukur bahawa dia dan rakan-rakannya, Hajah Maisarah, Wan Intan dan Ah Cheng disatukan selain berniaga bersama. Sudah terlalu lama mereka berpisah, kini mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti bersama-sama di samping dapat menolong penduduk kampung yang memerlukan pekerjaan. Bagaimanakah kumpulan rahsia BTS dapat menyelesaikan masalah dan menaikkan taraf hidup Kampung Berangan? 

    Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd, diarahkan oleh Harris Fadzillah merupakan idea asal daripada Rozie Rashid serta nukilan skrip oleh Rozie Rashid dan Amka Ahmad. Nenda menggabungkan pelakon-pelakon lama dan baharu seperti Fauziah Nawi, Didie Alias, Kuna Muzani, Mandy Chong, Rosli Rahman Adam, Shaharuddin Thamby, Nabil Aqil, Camelia Natasya dan ramai lagi. 

    Jangan ketinggalan untuk menonton Nenda, sebuah drama bersiri komedi yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi menontonnya menerusi slot Sakura, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

  • BMW Group Malaysia memperkukuh tenaga kerja EV dengan Persijilan Pakar Voltan Tinggi BMW

    BMW Group Malaysia sedang memupuk pakar berkemahiran tinggi dalam bidang Mobiliti Elektrik melalui program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pensijilan itu juga berfungsi untuk melengkapkan pengambilan elektromobiliti sejak ketibaan kenderaan BMW i terbaharu awal tahun ini. Sejak BMW Group Malaysia pertama kali memperkenalkan BMW i ke negara ini pada tahun 2015, kami telah membayangkan Malaysia di mana mobiliti elektrik diterima sepenuhnya.

    Keperluan untuk pakar yang berkelayakan dalam bidang Mobiliti Elektrik dengan sokongan rangkaian pengedar adalah penting untuk persediaan kami untuk pengelektrikan dan pengenalan BMW i di Malaysia. Pakar Voltan Tinggi BMW ialah bakat khusus yang bekerja pada tahap tertinggi pada kenderaan BMWelectric. Dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group di Malaysia, pensijilan itu membolehkan servis dan pembaikan kenderaan BMW i yang paling canggih di seluruh dunia.

    Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW ialah tonggak penting dalam menyokong pembangunan ekosistem matang di Malaysia di mana EV boleh berkembang maju. Prospek mestilah sudah menjadi Juruteknik Voltan Tinggi BMW sedia ada, yang mesti menjalani proses pra-pemilihan terlebih dahulu. Selepas itu, mereka menjalani latihan intensif selama 15 hari, dengan syarat lulus dua peperiksaan teori dan empat peperiksaan praktikal.

  • VOICE IN PUBLIC TONJOLKAN KEMAMPUAN MENERUSI LAGU ‘PUJANGGA’

    ‘Lagu Cari Tuan’ sebuah program realiti anjuran Tune Talk dengan kerjasama Hot FM dan Alternate Records Sdn Bhd telah menutup tirainya. Program ini adalah bertujuan untuk mencari bakat baharu berkumpulan yang sesuai untuk menyanyikan semula lagu yang telah dicipta oleh seorang komposer berbakat iaitu Zimi namun tiada penyanyi. 

    Akhirnya kumpulan Voice In Public berjaya menawarkan hati juri dan komposer lagu ini. Kumpulan ini berjaya membawa pulang RM5,000 sebagai hadiah kemenangan dan kontrak rakaman bersama Alternate Records Sdn. Bhd. 

    Voice In Public adalah kumpulan band yang semuanya berasal dari Ipoh, Perak. Mereka ini merupakan jiran dan membesar bersama-sama sejak kecil. Voice In Public ini dianggotai oelh 5 orang ahli iaitu Dyeana (Vocal), Awie (Gitar 1), Dahar (Gitar 2), Rahul (Bass) dan Aiman (Drum). Rata-rata ahli kumpulan ini berumur dari 23 – 30 tahun. Kumpulan ini berjaya menawan hati juri pada pertandingan itu kerana keunikan suara vokalisnya iaitu Dyeana di samping kemampuan ahli kumpulan lain yang bermain muzik dengan baik.

  • EZAD LAZIM x AMSYAR LEEE NYANYIKAN ‘MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR’

    Dengan bantuan pendatang baru yang sedang meningkat naik Amsyar Leee dan label rekod tersohor tanah air, Warner Music Malaysia, lagu “Mengintai Dari Tirai Kamar” yang pernah popular suatu ketika dahulu telah mendapat nafas baru oleh penyanyi asalnya, Ezad Lazim.

    “Kalau hendak diikutkan, lagu ini sudah pun menjangkau usia 25 tahun lamanya, namun semenjak diperkenalkan pada tahun 1997, ia masih menjadi permintaan ramai penggemar muzik sehingga hari ini.

    “Mungkin masanya kini sesuai untuk pengenalan semula lagu ini khususnya buat generasi sekarang dan peminat terdahulu yang masih merindui karya ini,” kata Ezad Lazim yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Gegar Vaganza musim ke-2.

    Terbaru, hubungan simbiotik antara generasi tua dan muda terjalin berkat perkongsian istimewa antara mereka yang telah dirancang oleh perniagaan rakaman Warner Music Malaysia.

    Menurut Ezad lagi, “Sebenarnya pihak Warner yang menyatakan hasrat mereka pada pengurus yang merupakan isteri saya untuk menyanyikan semula lagu ini.

    “Banyak tawaran saya terima sebelum ini, bukan setakat Amsyar seorang, bahkan syarikat rakaman lain, artis lain, turut menyatakan hasrat mereka untuk berkolaborasi namun rezeki berpihak pada Amsyar kerana saya nampak kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak Warner, dan akhirnya saya bersetuju.

    Sebagai pendatang baharu, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri berkata, “Apabila diberitahu oleh pihak Warner yang saya akan berduet dengan penyanyi asalnya, abang Ezad, hati ini berdebar kerana yalah seorang penyanyi bertaraf legenda sudi berduet dengan BBNU seperti saya, namun pada masa yang sama saya teruja berpeluang bekerjasama kerana saya anggap ia sebagai sebuah peluang yang tidak patut dipersiakan.

    “Mungkin ramai pendengar muzik dari generasi sekarang kurang mengenali lagu ini, tetapi saya percaya lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri apabila dinyanyikan semula dengan nafas yang baharu dan lebih segar.

    Saudara Saari Amri, Rudy Iskandar, seorang komposer muzik muda dari kumpulan Nastia, bertanggungjawab untuk mengubah lagu Mengintai Dari Tirai Kamar sebagai penghormatan kepada gubahan asalnya, yang ditulis oleh komposer hebat yang telah menerima pelbagai hadiah dan penghargaan.

    “Tidak banyak yang diubahkan, masih mengekalkan feel yang lama dengan sentuhan baharu melalui vokal latar yang ditambah bagi mempercantikkan lagi karya ini.

    “Dan Amsyar berjaya membawakan lagu ini dengan caranya tersendiri, bagi saya dia mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, dan bukan hanya mahir meniru nyanyian artis lain. Jika didengar, tona suara Amsyar ada keunikannya tersendiri,” kongsi Ezad.

    Malah tajuk lagu, Mengintai Dari Tirai Kamar yang menyampaikan idea mimpi yang tidak kesampaian, sudah cukup menarik perhatian pendengar. Lagu itu sememangnya mempunyai makna yang istimewa dengan bahasa simbolik.

    Jelas Ezad, “Menurut pencipta asalnya, abang Saari Amri, lagu ini menceritakan tentang perasaan cinta seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa terhadap wanita yang didambakannya, lelaki tersebut berasa rendah hati, tidak sesuai, tidak layak untuk memiliki wanita tersebut kerana dirinya yang serba-serbi kurang.

    Bersama-sama dengan lagu itu, terdapat video muzik (MV) yang menggunakan konsep ringkas namun unik untuk menggambarkan pertembungan dua generasi—yang lama dan yang baharu—di pentas persembahan dengan pemuzik bermain di latar belakang. MV itu juga menyertakan sekeping nasihat pada kesimpulannya.

    “Sebagai anak seni yang telah mengharungi industri ini selama lebih dua dekad lamanya, sedikit sebanyak telah membentuk keperibadian saya pada hari ini.

    “Apa yang telah saya hasilkan, tempuhi, jalani dan alami banyak mengajar saya dalam kehidupan. Zaman saya naik dan jatuh, zaman gelap saya, apa yang boleh saya perkatakan saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

    “Kini, bukanlah kepopularitian yang saya cari, lebih kepada tanggungjawab kepada masyarakat dalam memberi impak yang positif, cuba berikan yang terbaik dan menjadi insan berguna buat semua.

    Amsyar yang kini masih menuntut di salah satu universiti terkemuka negara turut berharap, “Saya pinta agar lagu ini diterima ramai dengan nafas baru yang diberikan, saya sebagai BBNU bergabung dengan abang Ezad  dapat memberi kelainan serta memikat hati para pendengar semua.

    Tambah Ezad pula, “Saya berharap agar kolaborasi ini mendapat sambutan yang hangat, mungkin ramai yang kurang mengenalinya tetapi dengan adanya Amsyar, boleh meraih peminat baru disamping memeriahkan industri seni kita.

    “Tiada yang lama, tiadalah yang baru.

    Lagu “Mengintai Dari Tirai Kamar” boleh dimuat turun dari iTunes, di mana ia juga boleh digunakan sebagai nada dering panggilan untuk semua penyedia telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui perkhidmatan penstriman dalam talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

    Sebaliknya, saluran YouTube Warner Music Malaysia akan menjadi satu-satunya tempat di mana MV itu akan tersedia pada tarikh yang sama.

  • PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-MUSIM MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL MENCECAH 2.5 JUTA PENONTON DI TV9

    Dengan kemunculan sulung Erik Ten Hag sebagai pengurus pasukan bola sepak Manchester United lebih bermakna apabila kelab gergasi tersebut memenangi perlawanan persahabatan pra-musim menentang seteru Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 12 Julai yang lalu. Perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 4-0 ini telah disambut lebih meriah bersama-sama penonton yang mencecah 2.5 juta di saluran TV9! Tontonan Strim secara langsung di www.tonton.com.my. juga mencecah hampir 175,000 tontonan ketikan perlawanan iotu berlangusng di Bangkok baru-baru ini. (Sumber Nielsen,2022) 

    Manchester United berjaya mengungguli musuh tradisi mereka dengan 3 jaringan gol sebelum wisel separuh pertama ditiupkan, gol-gol United dijaringkan oleh Jadon Sancho, Fed dan Anthony Martial, manakala Facundo Pellestri menyempurnakan malam yang cukup indah buat penyokong-penyokong The Red Devils dengan gol keempat. Liputan ‘Grandstand’ perlawanan ini menampilkan Hasnida Hanim dan Fariz Zolkarnain selaku hos utama, dan Hanif Miswan sebagai pengulas perlawanan. Mereka tidak bersendirian, Grandstand ini menjadi lebih gamat dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Dato’ Khairul Anwar Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 dan Raf Yaakob yang merupakan Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia.

    Nantikan perlawanan bola sepak terkini dalam dan luar negara dari masa ke semasa di TV9. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial

  • RAJA BUAH-BUAHAN KEMBALI DENGAN JALAN KE PESTA DURIAN & KEBUDAYAAN ANTARABANGSA MALAYSIA 2022

    YBrs. Puan Rosnah Mustafah, Timbalan Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), merasmikan pengumuman The Road to Malaysia’s International Durian & Culture Fest 2022 (MIDCF) – festival gaya bufet dengan durian dan buah-buahan tropika untuk memberi para peserta pemandangan tentang budaya Malaysia.

    Festival ini akan menyebarkan kesedaran global tentang pelbagai jenis durian lazat yang boleh didapati di Malaysia. Dianjurkan oleh Dking -– salah satu nama terbesar dalam industri Durian dan disokong oleh Tourism Malaysia, festival itu menandakan usaha dan sumbangan untuk memartabatkan budaya dan pelancongan Malaysia.

    Festival itu merupakan batu loncatan yang sejajar dengan kempen ‘Malaysia Truly Asia’ yang akan menangkap dan mentakrifkan intipati kepelbagaian unik negara. Durian, telah mencapai bahagian atas senarai yang terkenal di Malaysia; dengan lebih 200 jenis yang ditawarkan oleh negara kita yang sederhana ini. Dking terpaksa berhenti seketika pada acara mewah mereka berikutan peningkatan kes COVID-19 dan sekatan sempadan. Kini setelah sempadan dibuka semula, Dking kembali mewakili salah satu barangan paling popular di Malaysia yang telah menyumbang kepada makanan Malaysia, durian.

    Dking dan Tourism Malaysia berbesar hati untuk berkongsi tawaran terbaik Malaysia kepada dunia dan

    Malaysia boleh mengharapkan pelawat dari semua lapisan masyarakat untuk merasai budaya Malaysia melalui makanan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://dking.com.my/our-story/

  • ‘GAH BERNADA KAH KAH KAH’; TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA MEWARNAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-3

    Lawak berelemenkan rumpun Melayu menjadi nadi kepada Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 kali ini. Apatah lagi gimik yang dilakukan baru-baru ini mencerminkan nada dan tema rancangan realiti popular yang menggabungkan muzik, lakonan dan komedi lantas menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial untuk menjayakan persembahan setiap minggu.

    12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro. Antara keunikan yang diserapkan adalah penglibatan KOLs ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta. Gandingan unik ini menggegarkan lagi gabungan ‘otai’ bersama generasi muda yang pastinya bakal mengujakan peminat-peminat komedi tanah air mahupun Nusantara.

    Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.

    Nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.

    Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

    Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, 000, naib juara pula akan meraih RM RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50, 000 dan RM25, 000.

    Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.


    Saksikan juga MLS3 Live+ yang dihoskan oleh Jiggy dan Elly Arifin menerusi Facebook serta YouTube Gempak setiap hari Jumaat pada jam 8.30 malam.

    Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

    Radin Ghazali – radinsri_ghazali@astro.com.my | Atiqah Nordin – nur-atiqah_nordin@astro.com.my

  • PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA, MEI 2022

    Jumlah dagangan meningkat sebanyak 33.6 peratus pada Mei 2022, menjadikan bulan ke-16 berturut-turut pertumbuhan dua angka sejak Februari 2021. Import Malaysia merekodkan paras tertinggi sepanjang masa pada RM107.9 bilion, sejajar dengan lonjakan dalam barangan pengantara. Eksport domestik bernilai RM96.0 bilion menyumbang 79.7 peratus kepada jumlah eksport, meningkat 22.1 peratus, tahun ke tahun.

    Pertumbuhan tahunan dalam eksport didorong oleh Singapura dengan nilai RM5.3 bilion, manakala pengembangan import dikekalkan oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produk elektrik& elektronik dan produk petroleum. Bersempena dengan pertumbuhan tahunan, 167 daripada 256 kumpulan komoditi dalam eksport menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dan diterajui oleh injap & tiub termionik. Bagi import, 172 daripada 260 kumpulan mencatatkan pertumbuhan positif.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan Tinjauan Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah (HIES/BA) 2022 dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 dan Tinjauan Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) dari 15 April 2022 hingga 30 September. Jumlah perdagangan meningkat 25.1 peratus, disokong oleh pengembangan eksport (+23.5%) serta import (+27.0%). Akibatnya, lebihan perdagangan mencatatkan nilai lebih tinggi sebanyak RM101.1 bilion. Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut.

    DOSM turut mengeluarkan statistik ekonomi dan sosial iaitu PocketStats yang mengandungi statistik suku tahunan dan tahunan yang boleh diperolehi daripada portal DOSM atau melalui pautan https://bit.ly/PocketStatsQ1_2022

  • Perdagangan Borong & Runcit Malaysia mencatatkan jualan tertinggi sejak 2013 bagi prestasi Mei dengan RM129.8 bilion, tumbuh 19.9 peratus dengan jualan melalui internet 25.9 peratus

    Jualan Perdagangan Borong & Runcit Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod baharu pada Mei dengan pertumbuhan 19.9 peratus tahun ke tahun untuk mencatatkan RM129.8 bilion, mengekalkan momentum dari Mac yang meningkat 9.8 peratus seperti dilaporkan oleh DOSM pada hari ini dalam penerbitan PRESTASI PERDAGANGAN BORONG & RUNCIT, MEI 2022. Laporan ini juga memaparkan statistik nilai jualan dan indeks volum bagi Perdagangan Borong & Runcit mengikut subsektor.

    Dalam satu kenyataan pada hari ini, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia berkata, “Peningkatan bagi Perdagangan Borong & Runcit pada Mei disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Runcit yang meningkat RM13.0 bilion atau 29.9 peratus kepada RM56.3 bilion. Perdagangan Borong juga Embargo: Hanya boleh diterbit atau disebarkan mulai pada jam 1200, hari Jumaat, 8 Julai 2022 berkembang dengan 11.7 peratus atau RM6.3 bilion kepada RM59.6 bilion. Dalam tempoh yang sama, Kenderaan Bermotor menokok 20.1 peratus atau RM2.3 bilion kepada RM13.9 bilion. Secara umumnya, peningkatan keseluruhan RM21.5 bilion atau 19.9 peratus dalam Perdagangan Borong & Runcit disebabkan oleh penarikan semula sekatan pergerakan yang dikenakan semasa pandemik Covid-19 yang membolehkan sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah dan istimewa di seluruh negara. Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit meningkat 1.4 peratus disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Runcit 5.1 peratus.”

    Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Ketua Perangkawan memaklumkan, “Pertumbuhan subsektor Perdagangan Runcit sebanyak 29.9 peratus pada Mei 2022 disokong oleh Jualan Runcit di Kedai Bukan Pengkhususan yang meningkat 36.3 peratus atau RM5.5 bilion kepada RM20.7 bilion. Kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu Jualan Runcit di Kedai Pengkhususan 30.8 peratus, Jualan Runcit Bahan Api Kenderaan 54.6 peratus, Jualan Runcit Barangan Isi Rumah 23.7 peratus, Jualan Runcit Makanan, Minuman & Tembakau 21.4 peratus, Jualan Runcit Barangan Kesenian & Rekreasi 20.1 peratus, Jualan Runcit Peralatan Informasi & Komunikasi 8.0 peratus, Jualan Runcit Bukan di Kedai, Gerai atau Pasar 27.0 peratus, dan Jualan Runcit di Gerai & Pasar 24.0 peratus. Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 5.1 peratus. Sumbangan utama kenaikan ini direkodkan oleh Jualan Runcit Bahan Api Kenderaan dan Jualan Runcit di Kedai Pengkhususan masing-masing sebanyak 10.1 peratus dan 5.6 peratus.”

    Mengulas lebih lanjut mengenai subsektor Perdagangan Borong, kenaikan 11.7 peratus disumbangkan oleh Jualan Borong Barangan Isi Rumah dengan peningkatan 22.1 peratus atau RM2.2 bilion kepada RM11.9 bilion. Antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah Lain-lain Pengkhususan Jualan Borong 8.8 peratus, Jual Borong Bahan Mentah Pertanian & Haiwan Hidup 17.7 peratus, Jualan Borong Makanan, Minuman & Tembakau 7.4 peratus, Jualan Borong Jentera, Peralatan & Bekalan 10.1 peratus, Jual Borong Berdasarkan Kontrak atau Yuran 12.0 peratus, dan Perdagangan Borong Tanpa Pengkhususan 3.8 peratus. Bagi perbandingan bulanan, Perdagangan Borong meningkat 0.9 peratus. Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan dalam Jual Borong Bahan Mentah Pertanian & Haiwan Hidup dan Jualan Borong Jentera, Peralatan & Bekalan masing-masing sebanyak 4.0 peratus dan 2.0 peratus.

    Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut menerangkan, “Pertumbuhan 20.1 peratus dalam subsektor Kenderaan Bermotor bulan ini disumbangkan oleh Jualan Alat Ganti & Aksesori Kenderaan Bermotor yang meningkat 34.3 peratus atau RM1.0 bilion kepada RM3.8 bilion. Ini diikuti oleh Jualan Kenderaan Bermotor, Penyelenggaraan & Pembaikan Kenderaan Bermotor, dan Jualan, Penyelenggaraan & Pembaikan Motosikal masing-masing sebanyak 9.3 peratus, 37.4 peratus dan 23.2 peratus. Bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini menjunam -9.6 peratus disebabkan oleh Jualan Kenderaan Bermotor yang merosot -16.7 peratus, berikutan industri ini terus terjejas ekoran kekurangan cip serta asas yang lebih tinggi yang dicatatkan pada Mac.” Ketua Perangkawan seterusnya memaklumkan, “Indeks jualan runcit melalui internet untuk Mei 2022 merekodkan pertumbuhan 25.9 peratus tahun ke tahun (April 2022: 24.9 peratus). Bagi pelarasan musim, indeks menurun -0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.” Bagi indeks volum, Perdagangan Borong & Runcit bagi Mei 2022 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 14.7 peratus. Ketua Perangkawan turut menerangkan bahawa pengembangan itu disumbangkan oleh Perdagangan Runcit dan Kenderaan Bermotor yang meningkat masing-masing 24.2 peratus dan 21.5 peratus. Perdagangan Borong juga mencatatkan pertumbuhan positif

    3.1 peratus. Walau bagaimanapun bagi indeks volum pelarasan musim, ia jatuh -0.7 peratus bulan ke bulan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) bermula 15 April sehingga 30 September 2022. DOSM amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM serta menjayakan survei ini. Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut.