GRADUAN Program Meister Malaysia di bahagian ‘Tool and Die’, kilang pembuatan NHF.
PENGELUAR alat ganti automotif, New Hoong Fatt Holdings Bhd (NHF) kini menawarkan 20 penempatan dalam program perantisan bagi tahun 2020.
Pengarah Urusannya, Chin Jit Sin berkata, program perantisan atau Program Meister Malaysia (MMP) mewujudkan peluang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) untuk pelajar Malaysia kini dibuka dan akan berakhir pada hujung Februari ini.
Menurutnya, objektif program adalah mempersiapkan pelajar untuk ke alam pekerjaan di masa hadapan. Program itu juga merupakan sebahagian dari ekosistem yang didokong oleh industri, institusi latihan dan kerajaan.
“Kami menyokong penuh usaha kerajaan dalam menghasilkan pekerja yang dilengkapi dengan kemahiran yang memenuhi tuntutan Revolusi Perindustrian 4 (IR) 4.0, sambil berusaha untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja pekerja tempatan dari 70 peratus kepada 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Seramai 22 graduan MMP dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Pemesinan Precision yang pernah mengikuti program di NHF kini bekerja di kilang pembuatan Kumpulan NHF di Klang.
Selain itu, kira-kira 500 pelajar telah menyertai program tersebut daripada lapan institusi latihan dalam negara.
Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC), salah satu daripada institusi latihan lulusan MMP, kini bekerjasama dengan syarikat industri seperti NHF, untuk mengenal pasti pelajar Malaysia yang sesuai untuk program itu.
Pelajar dilatih selama dua tahun melalui pendekatan dua arah dengan kursusnya dilaksanakan di kedua-dua tempat kerja dan institusi latihan.
Pelatih diberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di bawah bimbingan jurulatih yang kompeten dan pelatih Meister.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.shrdc.org.my/trainee/ atau www.autoglobal.com.my/meister/
Oleh FARAH SHAZWANI ALI, NUR IFTITAH ROZLAN 09 Julai 2022 11:02am Masa membaca: 4 minit
Amirahman sewaktu mengalunkan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.
SHAH ALAM – Pemilihan Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj dilihat sangat signifikan dengan tema Arafah #QuranHour 1443H iaitu Haji Membina Umat Bertakwa.
Qari, Amirahman Abas berkata, Surah Al-Sajdah misalnya, menceritakan bagaimana seseorang yang mampu bangun malam untuk beribadat, akan menggalakkan dirinya untuk membina kekuatan yang lebih besar.
Kekuatan itu katanya, tidak ada pada mereka yang tidak mampu bangun malam untuk beribadat kepada ALLAH SWT.
“Selalunya kita hanya fokus pada tahajud tapi kesan besar yang kita tak nampak adalah refleksnya pada kehidupan seharian.
“Kita lebih nampak kepada nak kejar pahala untuk akhirat sahaja tetapi sebenarnya ia memberikan kita motivasi untuk bangun awal sebab ia ada kesan yang besar untuk kejayaan diri di dunia dan akhirat.
“Ayat-ayat surah Al-Sajadah dan Surah Al-Hajj cukup indah kerana ia banyak memberikan motivasi untuk kita bergerak ke depan dalam kita menjalani kehidupan kita seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan program Arafah #QuranHour 1443H: Haji Membina Umat Bertakwa yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Sabtu.
Pada tahun ini, program Arafah #QuranHour berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal mengangkat Surah Al-Sajdah ayat 15 dan Surah Al-Hajj ayat 18 dan 77 untuk mengajak seluruh manusia bersujud kepada ALLAH SWT.
Ia dikendalikan hos, Hifdzi Zaim Zamri yang juga Hos TickTalk TV manakala bacaan ayat pilihan Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj dibimbing oleh Qari Amirahman Abas.
Sesi tadabbur pula dijayakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdulllah Bukhari Abdul Rahim dan Pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah, Dr. Mohd Shafiq Sahimi.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub turut tampil dalam sesi Pesan Tokoh.
“JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye.”
Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).
Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.
Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.
“Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan,” Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.
Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?
Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?
Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.
KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.
Ia berdasarkan pandangan majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)
Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.
Ia termasuklah jika kita hadir tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.
Individu berkenaan juga boleh dihukumkan sebagai fasik dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut.
Ini kerana ia sebenarnya termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)
Namun demikian, seandainya tuan rumah memberi keizinan walaupun pada awalnya dia tidak dijemput, maka hukumnya adalah harus.
Apa pun, ingatlah bahawa para ulama mengharamkan seseorang hadir ke kenduri tanpa dijemput jika diyakini tuan rumah tidak reda.
Adapun, jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya kita merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun mereka terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut, ia tidak diharamkan.
(Sumber: Al-Kafi #1571: Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan model terbaharunya iaitu Honda Accord serba baharu yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini sedia untuk menerima tempahan.
Honda Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara. Reka bentuk revolusinya dapat dilihat menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan itu.
Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan lampu diod pemancar cahaya (LED) penuh tirus dan cukup bergaya. Rekaan lampu belakangnya turut menyerlahkan aspek premium.
Sedan eksekutif itu kini dilengkapi dengan penawaran enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo, satu-satunya model dalam segmen-D buatan Jepun di Malaysia menawarkan ciri tersebut.
Model generasi ke-10 Accord itu juga hadir dengan kuasa kuda 201PS. Daya tork maksimumnya sehingga 260 meter Newton (Nm) melebihi daripada yang dihasilkan enjin 2.4 liter dan bahan api lebih efisien.
Selain itu, Honda Accord serba baharu itu juga diperluaskan dengan ‘Next Generation Advanced Technology’ dengan Honda Sensing penuh. Maklumat lanjut mengenai Accord 2020 serba baharu, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
NILAI – Kebanyakan kes orang susah yang tular di media sosial merupakan mereka yang telah pun dibantu dan ada juga didapati tidak layak menerima bantuan.
Ketua Jabatan Dakwah dan Perundingan, Divisyen Syariah dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hamizul Abdul Hamid berkata, sehubungan itu masyarakat yang mempunyai maklumat berkenaan orang susah diharap dapat menghubungi pihak zakat terlebih dahulu sebelum berkongsinya di media sosial.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan dan pada masa sama mengelakkan salah faham yang institusi zakat tidak prihatin atau tidak turun padang.
“Sebenarnya yang paling berkesan membantu pusat zakat menangani isu kemiskinan ialah netizen.
“Tapi apabila netizen tularkan kes orang susah di media sosial, orang marah dengan kita.
“Jika kita sayangkan asnaf, jika mereka datang kepada kita mengadu tak dapat bantuan zakat dan sebagainya, ambil maklumat diri dan nombor kad pengenalan dan serahkan pada pusat zakat,” katanya.
Beliau berkata demikian selaku ahli panel pada Wacana al-Quran Tangani Kemiskinan: Sejauh Mana Zakat Mampu?, di sebuah hotel di sini, pada Selasa.
Jelasnya, wang zakat tidak boleh dibagi sewenang-wenangnya dan setiap kes perlu disiasat terlebih dahulu.
Bagaimanapun katanya, untuk kes tertentu ada bantuan kecemasan atau bantuan segera disediakan.
“Tapi jika individu itu betul-betul memerlukan, kita akan buat siasatan lanjut untuk bantuan bersesuaian.
“Wang zakat juga tidak boleh sebarangan digunakan untuk memberi bantuan bagi menyelesaikan pinjaman ah long kerana ia dibimbangi akan menjadi galakan tanpa sedar kepada orang Islam untuk terus meminjam ah long,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan rekod LZS sehingga 31 Disember tahun lalu, terdapat 64,000 keluarga dikategorikan fakir miskin di Selangor.
Selain beliau, wacana itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Qari Mohamad Husaini Mahmur dan Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.
Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi pula ketika ditemui Sinar Harian berkata, dengan kerjasama sebaik mungkin daripada semua pihak terutama yang mempunyai autoriti, banyak masalah dalam kalangan orang susah dapat diselesaikan.
“Contohnya ada ibu tunggal tinggal di Bukit Beruntung, Selangor tak mampu bayar ansuran bulanan rumah selama lapan bulan dan bank nak lelong rumahnya.
“Cara mudahnya mungkin kita boleh jelaskan hutang tertunggak itu. Tapi apa yang PPIM buat ialah kita hanya hubungi pihak bank dan minta mereka bagi tempoh lagi dan ia diterima.
“Maknanya, pihak yang ada autoriti misalnya seperti datuk bandar boleh gunakan peranan dia untuk bantu beri perubahan dalam kes yang berkaitan dengan kuasanya dengan hanya melalui panggilan telefon,” katanya.
APABILA melalui deretan restoran di premis perniagaan atau pusat beli-belah, perasan atau tidak, kadangkala terpampang tanda tulisan no pork dan pork free.
Sekali pandang, restoran itu nampak begitu meyakinkan kerana tidak menyajikan makanan yang haram di sisi agama Islam iaitu daging khinzir.
Persoalannya, bolehkah kita makan di kedai berkenaan? Adakah restoran berkenaan berstatus halal? Apa pula hukumnya jika kita makan di kedai tersebut?
Mengulas lanjut jawapannya, pendakwah yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris mengajak kita untuk menelusuri dahulu tentang status halal.
Ujar beliau, seantero dunia termasuk Malaysia menggunakan status halal termasuk di premis makanan.
“Ia sebagai satu penanda aras bahawa restoran tersebut menggunakan 100 peratus barang-barang yang halal,” katanya merungkaikan persoalan berkenaan dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.
Hasil pembacaan Fitri tentang restoran yang menggunakan tanda no pork atau pork free daripada seorang cef terkemuka dan beberapa artikel lain, beliau menyimpulkan kebarangkalian besar bahawa pengusaha premis perniagaan berkenaan tidak mendapat sijil halal yang jelas.
“Ini kerana, ada percampuran (dalam produk dijual). Umpamanya, kedai itu menjual minuman arak di satu bahagian kedai. Satu bahagian lagi mereka betul-betul jaga, maknanya menggunakan ayam yang disembelih, kuali yang bersih dan diasingkan antara benda yang halal dan tidak halal.
“Walaupun ia sudah elok diasingkan, namun ada benda-benda lain yang mana ia tidak 100 peratus halal. Sebab itu mereka letak (tanda) pork free kerana tidak menggunakan 100 peratus halal di dalam kedai tersebut,” terangnya.
Dalam hal itu, beliau menasihatkan kita agar memilih kedai yang jelas dari segi status halalnya.
“Ia termasuklah bahan yang digunakan dan sebagainya. Namun, jika kedai itu dekat dengan kampung kita contohnya (kedai) mak cik yang tiada tanda halal, itu cerita lain.
“Kalau kita yakin, tahu latar belakang mereka dan sebagainya serta menggunakan sumber yang halal, maka tidak perlulah sampai status halal,” jelasnya.
Tegas beliau, amat penting kita sebagai umat Islam prihatin tentang perkara yang melibatkan soal halal atau haram suatu makanan.
“Sebolehnya, pergilah ke kedai yang ada sijil halal. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada memakan benda-benda yang meragukan.
“Bukan apa, ia dikhuatiri akan ‘menghitamkan’ hati kita. Apa yang kita makan itu akan jadi darah daging kita. Jadi, elakkan berbuat demikian,” tegasnya.
BAGI ciri keselamatan, semua varian UX dilengkapi lapan beg udara, cagak ISOFIX, Active Cornering Assist, ABS, EBD, BA, VSC dan Traction Control.
SETELAH membuat penampilan sulung pada November 2018 di acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 18), akhirnya Lexus UX 200 kini rasmi dibuka untuk tempahan pasaran tempatan.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover kompak itu dibina berasaskan platform Global Architecture-C (GA-C) yang mana ditawarkan dalam tiga varian iaitu Urban, Luxury dan F-Sport. Setiap satunya membawakan ciri dan elemen yang tersendiri.
UX 200 dikuasakan oleh enjin petrol Dynamic Force 2.0-liter empat silinder digabungkan bersama kotak gear Direct-Shift CVT 10 kelajuan yang mampu menghasilkan 169 kuasa kuda (hp) dengan 205 meter Newton (Nm) tork. Selain itu, ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti tailgate automatik, pengecas wayarles, cermin panorama dan pelbagai lagi ciri tambahan. Turut disertakan adalah sistem keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+).
Jentera itu juga turut dilengkapi dengan sistem audio Lexus Premium bersama enam pembesar suara, skrin infotainmen tujuh inci, interface Remote Touch, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Kulit Nuluxe, kemasan balutan hitam bagi tempat duduk hadapan larasan kuasa menambah gaya.
Seperti model lain yang diimport oleh Lexus Malaysia, UX 200 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sokongan selepas jualan pula boleh didapati di kesemua tujuh pusat servis Lexus di seluruh Malaysia.
Salah satu lagu yang terus dilaungkan anak muda hari ini ialah “Sepi Sekuntum Mawar Merah,” yang sebelum ini dipopularkan oleh Ella, Ratu Rock Negara.
Realitinya, lagu yang ditulis oleh Fauzi Marzuki dengan lirik oleh Lukhman S yang muncul dalam album solo ketiga Ella, Identiti, pada tahun 1990, turut berada dalam “senarai main” artis lain termasuk Amir Masdi sensasi yang muncul.
Lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” yang dirakamnya Rudy Nastia dan Farez Asmadi dalam versi baharu dengan susunan muzik yang lebih moden adalah lagu kegemaran Amir, 26, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi.
Menarik untuk diperhatikan bahawa Amir, yang juga pemenang “Akademi Fantasia 2016,” telah mempersembahkan lagu itu di atas pentas beberapa kali semasa pertandingan seperti “Akademi Fantasia Megastar” (Astro Ria) dan “Lagu Abadi” di TV3 pada tahun 2020.
“Daripada lagu-lagu kak Ella sedia ada, ini adalah lagu kegemaran saya. Apatah lagi saya pernah menyanyikan lagu ini sewaktu menyertai program Akademi Fantasia Megastar,
Immortal Song dan saya juga buat ‘cover’ sendiri lagu ini.
“Ketika Immortal Song itu, ia tular dan ‘cover’ lagu ini juga antara yang paling banyak mendapat tontonan di saluran YouTube saya. Itu sebab saya memutuskan untuk merakamkan lagu ini sebagai hadiah kepada peminat yang suka dan selalu minta. Saya fikir kenapa tidak untuk buat satu rakaman yang betul.
“Kemudian saya berbincang dengan pihak pengurusan untuk hadiahkan kepada peminat sebuah rakaman audio yang sedap dan visual video muzik yang cantik,” katanya.
Amir, yang merupakan finalis bagi “Anugerah Juara Lagu ke-35” dengan lagu “Ku Sakiti,” berkata dia sangat teruja apabila mendapat dorongan dan sokongan daripada Ella, penghibur asal lagu itu.
“Saya pun ada mesej kak Ella berkenaan lagu ini dan dia beritahu kalau ada rezeki nanti boleh menyanyi bersama-sama. Saya juga minta dia merestui untuk saya merakamkan semula lagu ini. Saya rasa alhamdulillah dia terima dengan baik.
“Lega juga sebenarnya apabila penyanyi asal sendiri yang menerima pemberian nafas baru untuk lagu ini. Malah, saya juga pernah membuat persembahan depan komposer lagu ini,
Fauzi Marzuki dan dia pun memberikan komen yang positif. Apabila komposer dan juga penyanyi asal memberikan maklumbalas baik, ia membuatkan saya lebih berani untuk merakamkan semula lagu ini.
“Dari segi video muzik, kami buat dalam masa tiga hari selepas perancangan pada saat akhir. Idea datang daripada saya dan juga pengarah. Proses rakaman semasa dalam studio ambil masa dalam tiga ke empat jam dan susunan muzik dibuat oleh saya, Rudy dan Faris,” katanya.
Amir turut menyebut tentang trend semasa dalam industri muzik tanah air iaitu rakaman semula lagu-lagu hit era 1990-an.
“Memang sekarang ini trend muzik kita adalah ‘cover’ semula lagu lama dan saya pun sedar perkara itu. Kita boleh tengok rentak industri kita sekarang ini lebih kepada mengimbau
kembali lagu-lagu lama. Saya sebenarnya memilih lagu ini bukan kerana ikut trend 100 peratus, tetapi memang saya dah lama nak buat.
“Selepas program Immortal Song itu saya memang ada merancang untuk keluarkan ‘cover’ yang rasmi. Tetapi kami masih belum buat sebarang penetapan. Bila trend ini dah masuk, kami pun ikut juga trend ini dan ikut perancangan seperti sebelumnya.
“Dari soal perbandingan nyanyian saya dengan kak Ella, saya tak terfikir untuk risau perbandingan penyanyi lelaki dan perempuan. Saya pilih lagu ini sebab saya suka dari dulu lagi. Saya tengok juga daripada permintaan daripada peminat saya,” katanya.
Amir mengakui perlu berhati-hati apabila ditanya sama ada mempunyai perancangan untuk merakam semula lagu artis lelaki yang pernah meletus itu.
“Kalau lagu lelaki untuk saya ‘cover’ itu masih belum ada perancangan atau terfikir lagi setakat ini. Mungkin saya kena tengok juga lirik lagu itu, melodinya, penyanyi dan juga komposer yang bersesuaian dengan saya.
“Sebab kalau lagu-lagu lama ini, saya kena hati-hati juga dan tak boleh main ‘cover’ saja. Kita tak boleh langgar saja dan kena hormat lagu, komposer dan juga penyanyi lama. Setiap perincian sebenarnya sangat penting. Perlu pertimbangkan sebaiknya sebelum buat ‘cover’ rasmi,” katanya.
Muzik video rasmi untuk single “cover” Amir Masdi “Sepi Sekuntum Mawar Merah” yang Nova Music telah dikeluarkan di YouTube pada masa yang sama dengan lagu itu pada 30 Julai.
Menarik untuk diperhatikan bahawa pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Johor muncul dalam MV arahan Azuad Abdullah.
Sejak dimuat naik, video muzik lagu itu telah menerima lebih 130,000 tontonan dan kini menjadi trend dalam 30 teratas di YouTube.
Berikut adalah MV Amir Masdi untuk “Sepi Sekuntum Mawar Merah.”
Telefon pintar premium terbaharu dalam siri-T daripada syarikat antarabangsa Perancis, WIKO T50, telah diperkenalkan hari ini oleh WIKO Malaysia. WIKO T50 meletakkan ciri-ciri canggih yang canggih di tangan pelanggan mudanya dengan hanya RM899. Ini adalah tambahan kepada gaya menakjubkan yang berdasarkan sentuhan Perancis yang tersendiri jenama itu.
Peminat akan teruja untuk menemui dalam WIKO T50, kamera Triple AI 64-Megapiksel resolusi tinggi untuk gambar cantik, Caj Pantas 40W untuk pengecasan pantas, Paparan Tanpa Tepi 6.6-inci yang cantik untuk paparan yang mengasyikkan, bateri besar 4000mAh untuk bertahan sepanjang hari, dan storan besar 128GB untuk pengguna menyimpan detik kenangan, filem dan fail mereka.
“WIKO T50 ialah gabungan reka bentuk dan teknologi estetik, dan telah direka untuk belia yang menggunakan sejumlah besar maklumat dan perkhidmatan digital di World Wide Web melalui Internet, menggunakan peranti mudah alih mereka. Mereka suka permainan dan fotografi, berkongsi kehidupan dan pengalaman mereka di media sosial. Lebih banyak lagi kerana belia akan menyukai reka bentuk semua skrin dan estetika Perancis yang elegan WIKO T50 yang akan menarik kekaguman rakan-rakan mereka,” kata Carlson Leong, Timbalan Pengarah Negara Wiko Malaysia.
Kamera AI Tigaan 64-Megapiksel Resolusi Tinggi untuk Foto yang Memukau
Kamera WIKO T50 yang kukuh membolehkan pengguna menangkap imej dan video yang menakjubkan pada bila-bila masa sepanjang hari. AI digunakan oleh Kamera Resolusi Tinggi 64-Megapiksel utama untuk fotografi pengiraan dan pengesanan pemandangan pintar.
WIKO T50 ialah kamera SLR digital format kecil terbaru Olympus. Ia mempunyai tiga kamera: kamera sudut ultra lebar 8 megapiksel, kamera resolusi tinggi 64 megapiksel dan kamera makro 2 megapiksel. Pengguna boleh mengezum masuk secara digital sehingga lima kali untuk memeriksa setiap butiran. AI juga boleh meningkatkan imej potret.
Anda boleh menangkap lebih banyak pemandangan terima kasih kepada Medan Pandangan 120 darjah Kamera Sudut Lebar Ultra WIKO T50. Kamera swafoto 16 megapiksel dengan ciri kecerdasan buatan (AI) terletak di bahagian hadapan kamera.
Prestasi cemerlang WIKO T50 40W Pengecasan Pantas
Dengan pengecas bateri yang disediakan di dalam kotak, WIKO T50 mempunyai keupayaan Pengecasan Pantas 40W. Pengecas yang dibekalkan boleh mengecas semula telefon kepada 25% daripada kapasitinya dalam masa 10 minit sahaja, yang sesuai untuk pelanggan yang sentiasa dalam perjalanan.
WIKO T50 juga mempunyai bateri 4000mAhi yang cukup besar yang boleh menjalankannya sepanjang hari. WIKO T50 memberikan keselesaan dan keseronokan kepada pelanggan tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri apabila mereka bermain permainan, mendengar muzik atau hanya melayari media sosial.
Paparan Tanpa Tepi 6.6-inci pada Reka Bentuk Semua Skrin
Dengan skrin LCD tanpa tepi 6.6 inci, resolusi FHD+ 2400 x 1080 piksel, dan gamut warna 16.7 juta, WIKO T50 mempunyai paparan. Membuat panggilan, mengambil gambar dan video dan menghantar mesej semuanya selesa semasa menggunakan nisbah aspek 20:9 kecil peranti.
Pengguna akan dapat dengan berani meneruskan keinginan mereka untuk gaya hidup yang riang dengan WIKO T50 sambil mengekalkan kenangan yang tidak ternilai tentang minat dan pengembaraan mereka. Sama ada pengguna bermain permainan, menonton video atau menyemak imbas web, Paparan Tanpa Tepi 6.6 inci menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan dan menggembirakan. T50 mempunyai penampilan yang anggun dan mewah yang mencerminkan gaya estetik canggih pengguna berkat reka bentuk semua skrin dan nisbah aspek yang sempit.
Tarikh Jualan Dalam Talian & Luar Talian
Seluruh Negara 5 Ogos 2022
Platform Jualan Dalam Talian Kedai Rasmi
Kedai Rasmi Shopee
Warna Tersedia
Aqua Green, Midnight Black
RRP
RM899
Hadiah Percuma
Fon Kepala Stereo Bass Tambahan (selagi stok masih ada)
Berikut ialah maklumat mengenai harga dan ketersediaan The Wiko T50.
WIKO Official Store on Shopee
Pembukaan rasmi kedai WIKO Malaysia di Shopee telah diumumkan dengan bangganya. Nikmati baucar RM8.80 yang baik untuk mana-mana item daripada Perniagaan Rasmi WIKO apabila anda menjadi pengikut baharu kedai ini.
Bersempena dengan pembukaan kedai Shopee rasmi mereka pada 2 Ogos 2022 hingga 9 September 2022, WIKO Malaysia juga menganjurkan cabutan bertuah selama sebulan. Peluang untuk memenangi baucar tunai Petronas bernilai sehingga RM90 serta unit anda sendiri WIKO T10 dan WikO T50 tersedia kepada mereka yang menyukai siaran giveaway di Facebook dan berkongsinya.
Di halaman Facebook rasmi Wiko Malaysia, pengguna boleh kekal dimaklumkan tentang promosi terkini dan ciri telefon.
Hari ini WIKO Malaysia melancarkan WIKO T10, model terbaharu dalam siri-T yang digemari ramai oleh syarikat Perancis itu, yang dijual pada harga RM429 sahaja dan didatangkan dalam dua warna: hitam tengah malam dan hijau zamrud.
Pasukan reka bentuk kreatif di WIKO, yang berpangkalan di Perancis, mencipta T10, satu lagi telefon pintar yang direka dengan indah. Dengan warna Hijau Zamrud yang menyerlah dan permukaan bertekstur yang memaparkan tarian cahaya dan bayang yang menarik, WIKO T10 merupakan pemula perbualan segera.
Peminat WIKO akan menyukai hayat bateri 5000mAh T10 yang besar serta storan 64GB yang luas untuk semua gambar, filem dan apl yang mereka mahu simpan pada telefon mereka. WIKO T10 adalah sangat nipis dan mempunyai nisbah bidang 20:9 untuk selesa memegang dan menggunakan telefon; dan memaparkan Paparan Titisan Embun Tanpa Tepi 6.5 inci yang besar untuk tontonan yang mengasyikkan. Telefon ini juga dilengkapi dengan kamera definisi tinggi 13-Megapiksel untuk menangkap gambar terang dan detik-detik penting dalam kehidupan.
Bagi ahli muda Generasi Z yang membesar dengan teknologi, WIKO mencipta telefon pintar T10. Pengguna WIKO T10 akan mempunyai semua yang mereka perlukan untuk menyelesaikan tugasan semasa dalam perjalanan, mendengar muzik dan menonton filem semasa dalam perjalanan, merakam detik istimewa dalam gaya hidup mencabar mereka dan berkongsi detik itu dengan rakan, keluarga dan seluruh dunia mereka melalui aplikasi media sosial.
“Dengan ciri kukuh yang ditawarkan WIKO T10 pada harga yang berpatutan, WIKO mencapai matlamat kami untuk menjadikan teknologi telefon pintar boleh diakses oleh semua. WIKO T10 akan membolehkan penggunanya merealisasikan aspirasi mereka untuk gaya hidup bebas dan tidak terkawal,” kata Carlson Leong, Timbalan Pengarah Negara Wiko Malaysia.
Kebebasan Tidak Terkawal dengan Ketahanan Lama dan Penyimpanan Besar
Dengan bateri 5000mAh, WIKO T10 mudah bertahan lebih lama daripada penggunaan biasa sehari. Semasa penggunaan biasa, ia dibina dengan Penjimatan Kuasa Pintar AI, yang mengurangkan penggunaan kuasa dengan mengoptimumkan lapan fungsi utama telefon secara mendalam. Untuk menghidupkan alat tambahan seperti jam tangan pintar, fon telinga, dsb., bateri besar itu boleh digunakan dalam mod pengecasan terbalik.
WIKO T10 memberikan pelanggannya 30 jam masa bercakap apabila dicas penuh. Pengguna boleh mendengar muzik selama kira-kira 50 jam, menonton filem dalam talian selama 20 jam dan menyemak imbas Internet selama 23 jam menggunakan bateri 5000mAh. Pengguna boleh menghidupkan Mod Penjimat Bateri yang unik apabila bateri semakin lemah.
Pengguna tidak perlu risau tentang kehabisan hayat bateri atau ruang storan dengan WIKO T10 kerana ia mempunyai bateri 5000mAh yang besar dan storan 64GB. Telefon ini juga mengandungi slot kad mikroSD, yang membolehkan pengguna meningkatkan 64GB storan onboard pada peranti kepada maksimum 512GB, untuk jumlah kapasiti storan 576GB.
Reka Bentuk Estetik Perancis yang Elegan dengan Paparan Imersif
Bezel nipis mengelilingi sisi Paparan Titisan Embun Tanpa Tepi 6.5 inci WIKO T10. Pengguna boleh menikmati pengalaman yang mengasyikkan apabila melihat imej, video atau permainan pada skrin HD+ besar, yang mempunyai resolusi 1600 x 720 piksel. Telefon ini juga mempunyai ciri Lampu Malam yang membolehkan pengguna menonton kandungan dengan selesa dan mendalam sambil meminimumkan ketegangan mata dan gangguan.
Paparan Titisan Embun Tanpa Tepi WIKO T10 meningkatkan pengalaman mengasyikkan bermain permainan dan menonton filem sambil turut memberikan peranti penampilan yang lebih mewah dan menarik.
Kamera untuk Merakam Detik dan Kenangan Istimewa
Kamera 13-Megapiksel yang mengagumkan dengan apertur f/1.8 disertakan dalam WIKO T10. Dengan memasukkan lebih banyak cahaya, apertur besar menghasilkan imej yang lebih terang, tajam dan kabur di latar belakang, yang meningkatkan kedalaman medan. Gambar HD dan potret HD yang ditangkap oleh kamera 13MP WIKO T10 akan disukai oleh pengguna.
WIKO T10 mempunyai kamera swafoto 5MP dengan apertur f/2.2 dan algoritma AI Beauty untuk meningkatkan swafoto dengan kesan kecantikan seperti Make Up, Skin Buffing, Whitening dan Rosy. Kamera ini sesuai untuk pengguna WIKO yang lebih muda yang gemar merakam swafoto.
Pengguna WIKO T10 boleh merakam gambar yang sangat baik tentang peristiwa yang tidak dapat dilupakan serta gambar lucu dan spontan serta swafoto dengan kamera pada peranti.
Tarikh Jualan Luar Talian
12 Ogos 2022 (Seluruh Negara)
Tarikh Jualan Dalam Talian
8 Ogos 2022 Kedai Rasmi Shopee
Pilihan Warna
Hijau Zamrud, Hitam Tengah Malam
RRP
RM429
Harga Promo
RM369 (hanya pada Jualan 8.8 Shopee)
Harga dan ketersediaan The Wiko T10 di Kedai Rasmi WIKO di Shopee
Penubuhan kedai rasmi WIKO Malaysia di Shopee adalah sesuatu yang mereka gembira untuk umumkan. Setiap pengikut baharu Kedai Rasmi WIKO akan menerima baucar RM8.80 yang boleh digunakan untuk mana-mana barangan yang dibeli dari kedai ini.
Seiring dengan pembukaan rasmi perniagaan mereka di Shopee, WIKO Malaysia juga menganjurkan pemberian hadiah selama sebulan dari 2 Ogos hingga 9 September 2022. Anda boleh memenangi satu unit WIKO T10 dan WikO T50 serta kupon tunai Petronas bernilai sehingga kepada RM90 jika anda suka post giveaway di Facebook dan kongsikannya.
Di halaman Facebook rasmi untuk Wiko Malaysia, pengguna boleh mengikuti tawaran terkini dan butiran telefon.