Category: ATTRACTION

  • Aura si stailo rambut – Sinar Harian

    Aura si stailo rambut – Sinar Harian

    SANGGUP terbang sejauh 10,121 kilometer dari Australia ke Dubai semata-mata mahu mengubah stail rambut? Mungkin kedengaran tidak munasabah, tetapi itulah yang dilakukan peminat fanatik Jason Makki.

    Mereka rela merantau berbatu-batu jauhnya demi mendapatkan gaya rambut yang stailo dan imej baharu sebagai kejutan majlis perkahwinan dan hadiah ulang tahun.

    Tidak kurang peliknya, ada juga mahu berubah dari segi penampilan luaran itu demi untuk mencari pasangan baharu.

    Tidak percaya? Sentuhan magis pakar rambut itu mampu mengubah wajah si botak menjadi jejaka persis model yang pastinya membuatkan anda terkesima! Daripada rambut kerinting menjadi lurus sekelip mata.

    Banyak video tutorial yang dikongsi di dalam Jason Makki Youtube Channel memperlihatkan kelincahan pemilik salon terkemuka Dubai itu sehingga mendapat lebih 2.3 juta subscriber.

    Menariknya, beliau hanya dikenali kerana minatnya yang suka berkongsi gambar hasil kerjanya di dalam media sosial, Instagram bermula pada Januari 2014 sebelum namanya menjadi sebutan dek ledakan Youtube Channel.

    JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.

    JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.

    Kejutan

    Berkongsi dalam Youtube Channelnya, Jason tidak ketinggalan menceritakan kisah pelanggannya yang bakal mendirikan rumah tangga, pada masa sama berdepan masalah rambut sanggup datang menemuinya pada enam bulan lalu.

    Matlamat pelanggannya cuma satu. Semata-mata mahu berubah menjadi orang lain dan memberikan kejutan manis buat isteri serta ahli keluarganya dalam satu majlis paling tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

    “Memang tidak dinafikan berdepan masalah keguguran rambut kerana faktor usia cukup menakutkan. Ini perkara yang harus kita terima kerana tiada siapa boleh elak penuaan. Ia sama seperti masalah kedutan dan sakit sendi.

    “Bagaimanapun, kadang-kadang membuat sedikit perubahan ada manfaatnya terutamanya untuk hari paling penting dalam hidup seperti kes lelaki dalam cerita ini,” katanya.

    TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.

    TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.

    Rambut gugur

    Tidak dinafikan katanya, isu keguguran rambut boleh menjejaskan keyakinan diri dan menyebabkan diri tidak selesa berdepan dengan orang ramai.

    “Lelaki itu meminta saya untuk mempersiapkannya demi hari perkahwinan yang bakal tiba dan mahu memberikan kejutan kepada semua dengan gaya rambut baharu.

    “Selepas mencuci dan menggayakan rambutnya, saya menambah Hair Building Fiber (Thick Fiber) untuk menutupi kawasan botak atau seluruh kepalanya,” ujarnya yang teruja melihat perubahan drastik itu.

    Bukan itu sahaja, banyak lagi video tutorial yang dikongsi di dalam media sosial itu mempunyai kisah tersendiri dengan pelbagai stail rambut tidak kira muda mahupun tua.

    Jika anda ada bajet yang lebih dan ingin merancang untuk melancong ke luar negara, terbanglah menerokai bumi Dubai dan temui si pakar rambut itu untuk merubah penampilan diri.

    Sumber

  • Peminat tegar kongsi 768 helai nota My #QuranTime

    Peminat tegar kongsi 768 helai nota My #QuranTime

    PUTRAJAYA – Peserta yang hadir ke Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 teruja berkongsi nota yang dicatatkan dalam program My #QuranTime bermula episod satu hingga akhir pada Jumaat lalu.

    Abdul Rahman Juri berkata, beliau dan isterinya akan mencatat segala perkongsian tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail setiap hari program itu bersiaran.

    “Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan catatan daripada episod satu sehinggalah 768 helai nota hari ini.

    “Kami akan duduk bersama, masing-masing mencatat nota dan gabungkan dalam satu fail.

    “Fazrul sendiri minta kami datang sini dan bawa nota dan kongsikan pengalaman kami berinteraksi dengan al-Quran sepanjang dua tahun setengah.

    “Bagi kami suami isteri ini ialah kaedah untuk memastikan apa yang kami dengar dan lihat dapat diingati dan difahami, sebab itu kami jadikan nota ini sebagai satu dokumen dan panduan untuk orang lain turut membacanya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di sini pada Sabtu.

    Ismail Munir (kiri) bergambar bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Putrajaya pada Sabtu.

    Ismail Munir (kiri) bergambar bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Putrajaya pada Sabtu.

    Bekas pesara guru bahasa Melayu itu berkata, teknik tersebut lebih memudahkan orang ramai untuk mengingat semula ilmu yang disampaikan.

    “Daya ingatan kita tidak kuat. Jika tidak catat, jangankan tiga minggu, esok pun kita boleh lupa,” ujarnya.

    Sementara itu, Ismail Munir Mohd Noor berkata, teknik menulis nota yang dihasilkannya dapat memahirkan dirinya dalam penulisan jawi, di samping memahami setiap muka surat al-Quran dengan lebih baik.

    “Setiap kali selepas tadabbur, saya akan terus tulis untuk rujukan, jadi tidak ada istilah terbeban untuk saya hasilkannya,” jelasnya.

    Sumber

  • Bubble tea atau karbonat zero kalori?

    Bubble tea atau karbonat zero kalori?

    MURAD (kanan) yang juga Pemilik Gim Exclusive Fitnesz berkongsi tip buat pembaca e-Trend.

    MURAD (kanan) yang juga Pemilik Gim Exclusive Fitnesz berkongsi tip buat pembaca e-Trend.

    BAGI mereka ingin berdiet, pastinya tergoda dengan minuman bubble tea yang menjadi trend masa kini.

    Lain pula promosi minuman berkarbonat zero kalori dikatakan disarankan untuk si dia yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

    Adakah minuman bubble tea yang menjadi kegilaan ramai itu dibolehkan untuk cheat day?

    Bagaimana pula si dia yang meneguk minuman berkarbonat zero kalori? Adakah baik untuk kesihatan?

    Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tip pakar kesihatan, Murad Zaidi yang juga Pemilik Gim Exclusive Fitnesz buat pembaca e-Trend.

    Sumber

  • ‘Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan’

    ‘Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan’

    SHAH ALAM – Penubuhan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) lapan tahun lalu bertujuan untuk membantu umat Islam lebih mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

    Pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pendekatan menggabungkan konsep bacaan dan tadabbur al-Quran menerusi program My #QuranTime itu memudahkan orang ramai mempelajari kitab suci tersebut.

    “Gerakan ini bermula kerana apa yang saya mahukan untuk diri sendiri, kerana dahulunya saya tidak pandai sangat membaca al-Quran.

    “Sebelum ini saya ingat itu masalah saya sahaja, rupanya masih ramai lagi di luar sana yang tidak boleh membaca al-Quran dengan betul.

    “Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan, sebab itu timbulnya satu gerakan untuk menyelamatkan ummah.

    “Pada awalnya, kita nak buat orang cinta dan meminati untuk membaca al-Quran dan Alhamdulillah, mungkin melalui pendekatan yang disampaikan oleh qari dan pentadabbur menyebabkan orang ramai ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kalam suci ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai program My #QuranTime 2.0 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

    Mengulas mengenai My #QuranTime 2.0, Hussamuddin berkata, program itu akan menyediakan bentuk pengisian yang lebih terperinci dan mendalam berbanding sebelumnya.

    “Dalam My #QuranTime 1.0, kita tadabbur satu halaman setiap hari, kita harap dalam musim kedua ini, kita nak ke arah lebih mendalam lagi.

    “Kita akan perkenalkan elemen baharu iaitu hafalan dan amalan (untuk menghafal al-Quran) dengan cara yang terbaik melalui solat.

    “Sekiranya mereka boleh hafal, sekurang-kurangnya tiga atau empat ayat tersebut boleh digunakan dalam solat sepanjang hari,” ujarnya.

    Jelas beliau, pihaknya sedang dalam proses untuk membina satu studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang lengkap dengan peralatan khusus untuk program My #QuranTime 2.0 kali ini.

    “Kapasiti studio tersebut dijangka dapat menampung 40 hingga 50 peserta bagi setiap episod.

    “Sepanjang kita buat My #QuranTime, kita terima banyak dana infaq, jadi sudah tiba masa kita gunakan wang tersebut untuk manfaat peserta,” jelas beliau.

    Sumber

  • Kayuhan berbasikal rentas usia – Sinar Harian

    Kayuhan berbasikal rentas usia – Sinar Harian

    SEMEMANGNYALAH saya amat kagum apabila melihat Abang Zaidi dan Abang Mat mengayuh basikal mendaki bukit yang tinggi dan menuruni laluan yang curam di kawasan ladang kelapa sawit itu.

    Manakan tidak, Abang Zaidi yang nama penuhnya Abu Zaidi Abu Hassan dan Abang Mat, nama penuh Mohd Som Mahat, masing-masing berumur 60 tahun dan 61 tahun! Saya yang masih dalam lingkungan 39 tahun pula termengah-mengah dan hanya mampu menolak basikal bukit KHS saya untuk mendaki bukit tersebut.

    Abang Zaidi dan Abang Mat adalah antara lebih 20 orang ahli Kumpulan Whatsapp ‘Geng Barai’. Rata-rata ahli kumpulan itu kecuali mereka berdua, berumur 40 tahun ke atas.

    Meskipun saya bukan ahli kumpulan tersebut, abang saya, Shariem Aizul adalah ahli Geng Barai. Melalui beliaulah saya mendapat maklumat setiap kali ada aktiviti yang berkaitan.

    Aktiviti berbasikal bukit atau mountain bike adalah sukan ekstrim yang memerlukan seseorang mempunyai stamina. Cabaran lasak fizikal dan mental itu yang menjadikan sukan berkenaan amat popular terutamanya dalam kalangan orang muda kerana mencabar andrenalin mereka.

    Pilih aktiviti lasak

    Mereka yang berumur 40-an dan ke atas mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih aktiviti mencabar itu. Berkenalan dengan lebih dekat, Abu Zaidi adalah seorang pesara.

    Beliau pernah menyandang jawatan pengurus besar sumber manusia sebuah syarikat petroleum antarabangsa. Mula aktif menunggang basikal bukit selepas bersara lima tahun lalu, beliau sememangnya seorang yang suka bersukan sebelum bersara.

    Abu Zaidi memilih sukan basikal bukit kerana selain ia menguji tahap kecerdasannya, beliau juga dapat bertemu dengan rakan-rakan baharu dan merapatkan ukhuwah sesama mereka.

    “Basikal bukit amat sesuai bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas kerana kurang tekanan pada lutut berbanding berlari atau sukan-sukan yang lain,” kata Abu Zaidi.

    basikal2

    basikal2

    Mengayuh basikal bukit bagi pesara itu adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan selain dapat menghayati keindahan alam semula jadi.

    Abu Zaidi turut menasihati mereka yang sebaya dengannya supaya membanyakkan aktiviti riadah untuk kekal sihat dan cergas manakala bagi golongan muda mereka juga perlu bersukan dan jangan hanya asyik bekerja.

    “Ingat, kesihatan penting, ini kita perlu jaga,” katanya.

    Berbasikal untuk kesihatan

    Mohd Som, bekas pekerja syarikat swasta pula melakukan aktiviti basikal lasak itu sejak 1982. Beliau gemar mendaki, melakukan trail running dan berkayuh tiga hingga empat kali seminggu bersama rakan-rakan bagi memastikan tahap kecergasannya sentiasa terbaik.

    “Kepada rakan-rakan sebaya saya, janganlah kita hanya menghabiskan masa di kedai kopi sahaja walaupun tidak dinafikan ia bagus kerana dapat bertemu rakan-rakan. Tetapi kita harus bersukan seperti berjalan atau berjoging bagi mengeluarkan peluh untuk kesihatan kita,” katanya.

    Sementara itu, pekerja swasta, Khairul Hisyam Awang Ahmad, 40, berkata, berbasikal dapat mengeratkan silaturahim dengan rakan-rakan selain manfaat cabaran sukan lasak itu yang memerlukan lebih fokus serta mengekalkan kecergasan.

    “Memandangkan umur yang semakin meningkat ini, berbasikal bukit ini adalah satu riadah yang paling baik kerana ia mengurangkan risiko penyakit kronik dan menghilangkan tekanan setelah sekian lama sibuk bekerja,” katanya.

    Bagi Mohd Ridzuan Nordin, 41, ‘bercinta dengan basikal bukit’ itu membantu beliau membebaskan diri daripada terus dibelenggu rokok.

    “Sebagai perokok tegar, bila saya mula berhenti merokok dahulu, hidup saya jadi huru-hara. Jadi saya perlu cari penyelesaiannya. Saya memang ada rakan yang aktif berbasikal bukit lalu saya mula tertarik untuk menyertai mereka. Saya tahu sukan ini memerlukan stamina dan kecergasan yang tinggi jadi saya tekad dalam diri saya saya mesti berhenti merokok.

    “Dengan azam dan tekad yang kuat, alhamdulillah ketagihan merokok itu beransur hilang dan kini saya sudah bebas rokok lebih empat tahun,” kata Mohd Ridzuan.

    Beliau juga mengakui dengan berbasikal juga dapat mengenali ramai rakan baharu dan dapat berkongsi pendapat mengenai sukan basikal bukit. Bagi mereka yang berumur, memilih sukan berbasikal ini bukan kerana desakan ingin bersaing dengan pengayuh yang lebih muda atau untuk berlumba.

    Sebaliknya, mereka hanya mahu memilih serta mengamalkan gaya hidup sihat, menghayati keindahan alam semula jadi dan yang paling penting, pada usia tersebut dapat merapatkan ukhuwah terutamanya dengan pencinta basikal bukit.

    Disunting oleh Melati Mohd Ariff

    Sumber

  • My #QuranTime Plus platform pengenalan My #QuranTime 2.0

    My #QuranTime Plus platform pengenalan My #QuranTime 2.0

    Program My #QuranTime Plus bersama Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhas (WUI), Fazrul Ismail (kiri) dan Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    Program My #QuranTime Plus bersama Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhas (WUI), Fazrul Ismail (kiri) dan Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    SHAH ALAM – Enam episod Program My #QuranTime Plus yang bermula pada Rabu menjadi platform pengenalan menjelang Program My #QuranTime 2.0 pada 1 Disember depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Program #QuranTime Plus akan bersiaran selama enam minggu.

    Menurutnya, para peserta boleh mengikutinya sama ada menerusi dalam talian iaitu siaran langsung di platform digital Facebook My#QuranTimeOfficial atau secara fizikal di Auditorium Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

    “My #QuranTime Plus sebagai makmal bagi pengenalan My #QuranTime 2.0.

    “Program My #QuranTime Plus bersiaran setiap hari Rabu bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya kepada Sinar Harian sempena episod pertama My #QuranTime Plus di sini pada Rabu.

    Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama.

    Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,864 episod bermula 1 Disember depan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan WUIF, Fazrul Ismail berkata, My #QuranTime Plus sebagai satu anjakan daripada My #QuranTime 1.0 lalu.

    “Kita sasarkan peserta boleh baca dengan bagus, kita hafal dalam solat kita agar kita dapat ulang.

    “Bila kita ulang, nilai itu bukan sekadar dalam solat bila kita tadabbur secara ringkas, tapi kita hafal juga di luar solat,” katanya.

    Penyertaan orang ramai yang berminat menjadi penonton studio bagi siaran langsung My #QuranTime Plus adalah dialu-alukan.

    Pendaftaran boleh dibuat di: https://bit.ly/MQTPLUS.

    Antara peserta yang menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    Antara peserta yang menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

    Sumber

  • Cherita Empat kombinasi klasik moden, imej pahlawan Melayu

    Cherita Empat kombinasi klasik moden, imej pahlawan Melayu

    BAGAIKAN mengimbau nostalgia dahulukala, imej ikon pahlawan Melayu lengkap persalinan baju silat dan bertanjak terletak kemas pada bahagian hadapan baju-T itu memberikan definisi baharu fesyen tempatan.

    Menariknya, sisi kemelayuan pada item fesyen moden itu tidak terhad di situ sahaja. Logo tulisan berangkai Cherita Empat turut dieja persis Melayu klasik menonjolkan lagi keunikan rekaan Gondola31 tersebut.

    Setiap elemen dan motif yang diketengahkan bukannya sekadar hiasan semata-mata. Hakikatnya, ia memiliki takrif tersendiri termasuk pemakaian tanjak membawa simbol kekuatan kepahlawanan Melayu asli yang tidak ditelan dek zaman.

    Lakaran ikon pahlawan yang menunduk dan tersenyum itu menjadi simbolik pada sifat kesopanan para jejaka. Sinonim dengan fesyen lelaki, koleksi edisi terhad berkenaan hanya memiliki rona ungu gelap dan putih.

    Bagi mengelakkan rekaan tampak polos, corak bunga raya menghiasi bahagian kolar, pergelangan dan lengan baju selain cetakan songket konsep samar pula diterapkan pada keseluruhan baju-T terbabit.

    Menyentuh dari segi material, baju-T Cherita Empat diperbuat daripada fabrik jersi demi keselesaan si pemakai lebih-lebih lagi sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.

    Untuk kelihatan lebih swag, baju-T itu boleh dipadankan dengan aksesori jaket bomber atau jaket kulit dan cermin mata hitam ketika keluar bersantai.

    ANEKDOT

    KOLEKSI Cherita Empat:

    Saiz: XS hingga XXL

    Harga: RM50

    Instagram: @gondola.31

    Sumber

  • Wanita berdaya saing perlu berilmu dan sokongan

    Wanita berdaya saing perlu berilmu dan sokongan

    SEPANG – “Golongan wanita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu khususnya ilmu al-Quran dan Sunnah untuk mendepani pelbagai cabaran hidup hari ini.”

    Demikian kata Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Yang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Seri Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada Majlis Amal Mahabbah “Rindu & Cinta Rasul” di Hotel Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang pada 16 Oktober 2022.

    Sebelum itu, beliau telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran International Conference Palestine KL (ICPKL) 2021 dalam program majlis amal tersebut anjuran Wanita Perkim Cawangan Daerah Seremban dan Rumah Ngaji Negeri Sembilan.

    Majlis Amal Mahabbah merupakan tiga acara dalam satu majlis iaitu menghayati bait-bait rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW; pembacaan Kitab Diba’ie dan Qasidah oleh kumpulan Nismah, Majlis Burdah Nur Nabawiy dari Singapura; kumpul dana dalam perjuangan Pembebasan Masjidil al-Aqsa; dan Pra-Pelancaran “International Conference Plaestine KL (ICPKL) 2023.

    Kata beliau, wanita sebagai ibu, isteri dan anak berhadapan dengan pelbagai masalah diri, rumahtangga, anak, di samping keadaan sosioekonomi yang tidak menentu. Kebelakangan ini, terdapat kes wanita hendak bunuh diri kerana amat tertekan dari segi psikologi.

    “Ramai juga kalangan kaum Hawa ini yang bersemangat kuat, tetapi pada masa sama kita perlukan sokongan daripada orang tersayang. Kesabaran itu penting, namun ada orang yang memanipulasikan agama untuk mempergunakan wanita.

    “Wanita perlu berilmu untuk berdaya saing. Sangat penting untuk kita menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan solusi kehidupan. Al-Quran banyak memberi jawapan kepada segala permasalahan.

    “Oleh itu penting bagi kita untuk memahami isi kandungan al-Quran. Sekiranya kita tidak mampu untuk memahami al-Quran dan Sunnah, maka kita perlu berusaha untuk mempelajari ilmu tersebut dengan guru yang bertauliah.”

    Beliau menambah, golongan wanita perlu bertanya apabila tidak tahu dan minta bantuan apabila berada kesusahan. Kita mungkin tidak mampu menangani masalah seorang diri tetapi dengan bantuan melalui rangkaian kenalan dan NGO, ia boleh meringankan beban yang ditanggung.

    “Perhimpunan bersama rakan NGO juga mampu memberi sokongan moral, fizikal dan emosi. Tidak semua orang faham dan ingin faham tentang masalah seseorang. Kebanyakan wanita sanggup serahkan jiwa, raga dan kewangan apabila sayang. Mereka selalunya dipergunakan oleh orang terdekat.

    “Alhamdulillah, kini ramai wanita diberi peluang untuk berjaya. Oleh itu, kita harus lebih bersatu, menyokong dan membantu antara satu sama lain. Pada masa sama, kita tidak sepatutnya mempunyai agenda lain dan tersendiri dalam memperjuangkan kaum wanita.

    “Wanita sebagai pemimpin keluarga adakalanya terlalu mudah terpengaruh dan dipergunakan. Mereka sepatutnya mempunyai kesihatan emosi yang stabil demi memastikan keluarga sihat dan anak yang bebas daripada gejala sosial.

    “Ketegasan wanita dalam kelembutan dalam memimpin keluarga amat penting. Mereka yang berpegang teguh kepada agama mampu menjaga keluarga dengan bantuan ALLAH.

    “Tidak dinafikan wanita yang melibatkan diri dalam gerakan NGO menjadikan kebanggaan atas semangat mereka yang luar biasa. Semoga kaum wanita diberi lebih kepercayaan sebagai pemimpin negara,” ujarnya.

    Sementara itu, Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, program imarahkan majlis mawlid ini secara langsung mengukuhkan silaturrahim dan jalinan mahabbah dalam kalangan peserta.

    “Diharapkan memberi suntikan semangat yang membara untuk mereka terus sejuta langkah ke hadapan dan menyebarkan khidmat seikhlas mungkin dalam usaha kebajikan, dakwah seterusnya membangunkan sahsiah diri dan akhlak.

    “Berpandukan Surah Al-Baqarah, ayat 148, istilah “Fastabiqul Khairat” menyuntik semangat dan motivasi berlumba-lumba merebut peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja kebajikan dan membangunkan keluarga bahagia dan masyarakat sejahtera, sekaligus menjadi ummah, rakyat yang terbaik dan paling bermanfaat.”

    Rumah Ngaji Negeri Sembilan bergerak seiring sejalan dengan Wanita PERKIM Cawangan Daerah Seremban dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan sejak penubuhannya pada 2015. Ia mengajak ummah kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah melalui penubuhan Rumah Ngaji di seluruh negara.

    “Wanita PERKIM Cawangan Daerah Seremban dan Rumah Ngaji Negeri Sembilan bersama mentsunamikan gelombang Quran, sekaligus membumikan al-Quran di hati sanubari serta kehidupan Ummah dengan misi #MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah.

    “Majlis hari ini menunjukkan tanda kasih dan syukurnya kepada Nabi Muhammad SAW yang telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu, yang juga telah meninggalkan kita hadiah yang tiada nilainya yakni al-Quran dan as-Sunnah.”

    Antara mesej penting dalam program tersebut adalah menjadikan Rasulullah SAW sebagai sebagai sebaik-baik teladan (uswatun hasanah) bagi insan yang mengharapkan kebahagiaan di akhirat, sebagaimana disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 21.

    Turut berucap, Pengerusi Malaysian Women’s Coalition Al-Quds and Palestine (MCWQP), Dr Fauziah Mohd Hassan mengenai pengenalan ICPKL yang diadakan di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan, pada 10 hingga 12 Februari 2023. Orang ramai dijemput sertai program tersebut dengan menghubungi Sekretariat ICPKL di 0176782144.

    Lebih 300 peserta berkumpul untuk menzahirkan rasa rindu dan cintakan Rasulullah SAW yang memperjuangkan syiar Islam sehingga hari ini. Kutipan sumbangan Dana Palestin sebanyak lebih RM 20K berjaya dikumpulkan pada majlis tersebut

    Sumber

  • Flower Gaming tunjuk taring – Sinar Harian

    Flower Gaming tunjuk taring – Sinar Harian

    JUARA Liga Predator Asia Pacifik 2020 - Dota 2 Malaysia, pasukan Flower Gaming merakam kenangan bersama replika hadiah kemenangan yang disampaikan Pengarah Perniagaan dan Pelanggan Acer Malaysia, Johnson Seet (empat dari kanan) sempena kejohanan baru-baru ini.

    JUARA Liga Predator Asia Pacifik 2020 – Dota 2 Malaysia, pasukan Flower Gaming merakam kenangan bersama replika hadiah kemenangan yang disampaikan Pengarah Perniagaan dan Pelanggan Acer Malaysia, Johnson Seet (empat dari kanan) sempena kejohanan baru-baru ini.

    KELINCAHAN jari jemari menekan konsul dan papan kekunci tanpa henti selain strategi perlawanan tersendiri membawa tuah buat lima sahabat yang cukup taksub dengan permainan e-sukan.

    Siapa sangka, mereka yang juga ahli pasukan Flower Gaming itu bergelar juara Liga Predator Asia Pasifik 2020 – Defense of the Ancients 2 (Dota 2) Malaysia sempena kejohanan baru-baru ini.

    Merujuk satu kenyataan, pasukan yang diketuai Choo Jian ‘Mozun’ Goh itu mempamerkan rekod cemerlang tanpa sebarang kekalahan selepas menewaskan pasukan CDEC.Avenger dengan mata 2-0 dalam pusingan akhir.

    “Berkat berpengalaman dan skil cukup berbisa, keserasian Mozun Goh bersama Hsien Wan ‘Lance’ Fua, Yi Liong ‘DDZ’ Kok, Wei Loon ‘CandyLoon’ Ho dan Paul ‘Barry’ Tan Ke Da merangka strategi perlawanan mampu memberikan saingan hebat terhadap pasukan lawan.

    “Bukan sahaja membawa pulang ganjaran wang tunai RM25,000, mereka juga akan mewakili Malaysia untuk mara ke cabaran seterusnya di Filipina pada 22 Februari sehingga 23 Februari nanti,” kata kenyataan itu.

    Sementara itu, juara Liga Predator Asia Pasifik 2020 – PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) Malaysia masih menjadi tanda tanya memandangkan pusingan akhir akan berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya pada 7 Disember sehingga 8 Disember ini.

    Kedua kejohanan e-sukan peringkat Asia Pacifik yang berlangsung serentak di Manila, Filipina itu nanti akan menyaksikan sebanyak 17 negara bertanding demi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM1.67 juta.

    Bukan setakat Malaysia, negara lain yang turut berentap seperti Australia, Hong Kong, India dan Jepun.

    Sumber

  • Sertai World #QuranConvention 3.0 – Sinar Harian

    Sertai World #QuranConvention 3.0 – Sinar Harian

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak orang ramai menyertai program World #QuranConvention 3.0 bertajuk ‘Mengatasi Cabaran: Penyelesaian Daripada Surah al-Sajdah’ di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World #QuranConvention merupakan program utama terakhir tahun ini yang membawa misi surah al-Sajdah, bertujuan memberi solusi dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

    “Terdapat empat cabaran masa kini iaitu kewangan, kerjaya, keluarga dan sosial atau spiritual yang perlu ditangani dengan campur tangan ALLAH iaitu berpandukan al-Quran dan Sunnah.

    “Negara yang berhadapan dengan ramalan ribut ekonomi dan bencana alam pada tahun hadapan boleh mengundang pelbagai masalah kepada individu, keluarga, dan rakyat,” ujarnya.

    Tambah beliau, konvensyen tersebut diharap dapat membantu masyarakat untuk mengambil formula daripada ALLAH SWT iaitu al-Quran sebagai solusi menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

    “Pada masa sama, negara berada dalam fasa pasca-Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15). World #QuranConvention diharap akan memberi kekuatan kepada kita untuk membina negara dengan barisan pemimpin yang baharu.

    “Konvensyen ini bakal menjadi platform pencerahan dan resolusi yang akan diperincikan oleh para penceramah yang terkenal dengan kepakaran masing-masing dan dalam kajian al-Quran.

    “Penceramah dan qari datang dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Palestin, Mesir dan Amerika Syarikat,” katanya.

    Dari kiri; Shaykh Mizanur, Nouman dan Syed Zainal Abidin.

    Dari kiri; Shaykh Mizanur, Nouman dan Syed Zainal Abidin.

    Antara penceramah yang dijemput ialah Penasihat Global Shariah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Pengasas Insitut Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab Bayyinah, Nouman Ali Khan; agamawan dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari; dan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

    Konvensyen sehari itu akan dikendalikan oleh TickTalk TV sebagai pengurus projek bersama WUIF dengan kerjasama MITI, Puspanita Cawangan MITI, Sinar Harian, TV AlHijrah, Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Rumah Ngaji.

    Marhaini berkata, surah al-Sajdah yang menjadi tema #QuranHour tahun ini menekankan formula sujud sebagai solusi kehidupan. Ia menjadi penutup program tahun ini sebelum melancarkan surah al-Insan sebagai surah pilihan #QuranHour pada 2023.

    Seramai 1,300 peserta disasarkan menyertai program tersebut dengan bayaran serendah RM50 seorang.

    World #QuranConvention adalah antara program utama setiap tahun yang didanai Tabung Gerakan al-Quran di bawah WUIF dalam usaha membawa misi MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah. Wakaf tersebut meliputi wakaf tunai, profesionalisme, naskhah al-Quran dan aset.

    WUIF turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkolaborasi dan menaja penganjuran World #QuranConvention menerusi pendekatan nilai-nilai al-Quran. Penaja berpotensi boleh menghubungi wassap.my/6019-424 1780. Orang ramai yang berminat untuk menyertai konvensyen tersebut pula sila daftar di https://bit.ly/WQC2022

    Sumber