CARiNG Pharmacy & Shell Malaysia Lancar Kempen “Beli dan Menang”

CARiNG Pharmacy mengambil langkah inovatif dalam mendekatkan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia melalui kerjasama strategik bersama Shell Malaysia. Kini, lebih 600 stesen Shell SELECT di seluruh Semenanjung menawarkan 36 produk kesihatan dan kesejahteraan pilihan daripada CARiNG Pharmacy, menjadikan akses kepada ubat-ubatan harian lebih mudah dan sedia dimiliki.

Sebagai jenama tempatan dengan pengalaman lebih 30 tahun, CARiNG Pharmacy komited memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada produk kesihatan berkualiti dan dipercayai. Pelanggan kini boleh mendapatkan barangan seperti ubat selesema, kelegaan sakit otot dan sendi, serta produk pencernaan di lokasi yang mereka kunjungi setiap hari sama ada ketika mengisi minyak atau dalam perjalanan harian mereka .

Untuk memeriahkan pelancaran kerjasama ini, CARiNG Pharmacy melancarkan peraduan “Beli dan Menang” yang berlangsung hingga 30 Jun 2025. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM15 pada produk CARiNG di Shell SELECT, imbas kod QR pada rak produk, dan muat naik resit pembelian melalui pautan yang disediakan. Peluang untuk memenangi hadiah menarik seperti iPhone 16 (256GB), Huawei Watch D2, vacuum Electrolux UltimateHome 300 tanpa wayar, serta baucar tunai CARiNG Pharmacy turut disediakan.

Menurut Seow Lee Ming, General Manager Mobility & Convenience, Shell Malaysia, inisiatif ini mencerminkan komitmen Shell SELECT untuk terus memenuhi keperluan harian pengguna Malaysia. “Kami mahu setiap hentian minyak bukan sahaja sebagai platform bekalan bahan api dan makanan ringan, tetapi juga menyediakan keperluan kesihatan semua dalam satu lokasi,” katanya. Sementara itu, CARiNG Pharmacy menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah signifikan dalam menyebarkan nilai kesihatan di komuniti dengan lebih dekat dan mudah.

Melalui kolaborasi ini, CARiNG Pharmacy dan Shell Malaysia berhasrat menjadikan setiap perjalanan harian bukan hanya tentang pergerakan, tetapi juga peluang untuk menjaga kesihatan dengan mudah dan bermakna. Bagi maklumat lanjut dan perkembangan peraduan, kunjungi laman web rasmi CARiNG Pharmacy serta saluran media sosial mereka di Facebook dan Instagram.