KITA seringkali dengar tentang cara bagaimana untuk bertaubat apabila melakukan kesalahan.
Bagaimana pula dengan dosa apabila kita meninggalkan puasa pada bulan Ramadan dan langsung tidak pernah menggantikannya?
Adakah sama caranya untuk bertaubat seperti mana kita melakukan kesalahan lain?
Dalam hal ini, para ulama sependapat. Bagi mereka yang telah bertaubat daripada tidak menunaikan puasa, mereka perlu:
1. Qada atau ganti puasa yang tertinggal mengikut jumlah hari.
2. Bayar fidyah mengikut gandaan tahun yang tertinggal. Kaedah kiraan ada disediakan di pejabat zakat.
3. Apapun, cuba ganti sedaya yang mungkin ikut kemampuan walaupun memakan masa yang lama.
Saidina Ali mengatakan bahawa satu hari puasa Ramadan tertinggal / terbatal, ia tidak akan mampu diqada walaupun sepanjang hayat kita.
Mudah-mudahan ada jalan untuk kita menggantikan puasa itu.
Sesungguhnya, ALLAH mengetahui niat kita yang sebenarnya.
Apa yang penting, niat kita mesti betul untuk menggantikan puasa yang tertinggal atau terbatal.
(Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)