Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • BUFFET RAMADAN 2019 @ MENARA KUALA LUMPUR
  • ATTRACTION

BUFFET RAMADAN 2019 @ MENARA KUALA LUMPUR

Helmi Aziz April 18, 2019 (Last updated: April 18, 2019) 2 minutes read
Logo Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah yang bakal menjelma tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Bufet Ramadan menara Kuala Lumpur yang akan bermula pada Ramadan ketiga iaitu 8 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur. Bufet Ramadan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim tetamu Menara Kuala Lumpur serta sanak saudara dan sahabat handai ketika berbuka puasa.

Para tetamu Bufet Ramadan @ Menara Kuala Lumpur dapat menikmati lebih daripada 200 jenis sajian tradisi dan moden yang pastinya lazat dan menyelerakan. Sajian istimewa pada tahun ini adalah Kambing Panggang, Ikan Bakar, Satay serta Rebusan Kekerang Dan Pencuci Mulut Serawa Durian Serta Pulut Kukus. Juga, istimewa tahun ini, kami menyediakan 7 jenis sambal belacan yang pastinya dapat menepati citarasa setiap pengunjung ke Bufet Ramdan di Menara Kuala Lumpur pada tahun ini. Sajian istimewa (Signature Dish) ini disediakan khas oleh rakan kerjasama kami iaitu Kumpulan Segi Seri.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamau juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu, ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan dengan alunan lagu-lagu melayu asli untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bagi Buffet Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa ‘Early Bird’ bermula 1 April yang lalu sehingga 5 Mei 2019, dengan harga RM96.00 untuk dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Manakala harga selepas promosi adalah RM120 untuk dewasa dan RM73.00 untuk kanak-kanak. Ianya percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah.

Setiap pembelian akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur serta harga istimewa ke Sky Deck iaitu RM20.00 (harga normal RM71.00) untuk dewasa dan RM 10.00 (harga normal RM 37.00) untuk kanak-kanak.

Kami menjanjikan pengalaman Mesra Keluarga (Family-Friendly dengan kemudahan-kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa dan lain-lain lagi. Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di Puncak Menara kuala Lumpur pada tahun ini! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2020 5444 atau layari laman sesawang Menara Kuala Lumpur www.menarakl.com.my Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: A&W di Bukit Bendera mula beroperasi hari ini
Next: Hasil titik peluh sendiri itu lebih mulia

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.