“Bougas Beauty Memantapkan Jenama dengan Pelantikan Tiga Duta Kejelitaan Sejati”

“Bougas Beauty Memantapkan Jenama dengan Pelantikan Tiga Duta Kejelitaan Sejati”

Bougas Beauty akan memantapkan lagi keterlihatan jenama dengan memperkenalkan tiga duta kecantikan yang akan membantu menyebarkan mesej kejelitaan sejati di samping meningkatkan jenama penjagaan kulit ini melangkah ke fasa seterusnya.

Tiga duta yang disebut ialah Wany Hanrita, Amira Othman dan Tasha Manshahar akan menjadin wajah bagi jenama Bougas Beauty, justeru mewakili rangkaian produknya yang mudah digunakan dan berkesan, di mana peminat jenama ini dirujuk sebagai ‘Bougas Lovers’.

Jenama Halal dari Malaysia ini, yang diiktiraf oleh JAKIM dan telah menjalani ujikaji makmal oleh SIRIM, menghasilkan produk penjagaan kulit berkualiti tinggi yang dapat mengatasi masalah kulit Asia. Ditubuhkan pada 2017, visi Bougas Beauty adalah melakukan perbezaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan di samping menaikkan taraf hidup semua orang.

Semasa berucap di majlis yang memperkenalkan Tasha, Amira dan Wany sebagai duta mereka, Pengasas dan Pengarah Syarikat Bougas Beauty, Puan Erni Amanina Amin berkata, ” Bougas Beauty berbesar hati bahawa ketiga-tiga wanita yang sungguh cantik dan berkebolehan ini sudi menyertai dan mewakili jenama kami. Malah, kesungguhan mereka untuk berjaya serta pencapaian dan kejayaan mereka adalah sesuatu yang kami semua impikan.

“Bougas Beauty ialah sebuah jenama kecantikan yang ingin mengikis stigma tentang jenama tempatan dan kami berazam untuk membawa jenama ini ke persada antarabangsa. Pelantikan tiga duta baru ini akan membantu kami mengukuhkan lagi bagaimana kami bersama-sama dapat menuju ke arah yang lebih berjaya, bermakna dan berwawasan,” tambah beliau.

Antara pengiktirafan yang telah diterima oleh Bougas Beauty termasuk anugerah ‘Super Health Brand” Asia Pasifik 2019 yang diberikan kepada jenama produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti tinggi, dihormati, boleh diterima dan mudah dikenali oleh pelanggan setia. Untuk mendapat anugerah, produk dan perkhidmatan mestilah cemerlang dan berkualiti tinggi, selamat digunakan, berfungsi dengan baik dan juga mesra kesihatan dan alam.

“Jenama kami juga telah membuka peluang perniagaan kepada mereka yang memerlukannya. Sehingga kini, seramai 3,000 stokis dan agen telah berdaftar di bawah Bougas Beauty. Mereka juga dapat meraih manfaat daripada pelbagai aktiviti pemasaran dan kesedaran kami yang termasuk pengiklanan dan pelantikan artis terkenal sebagai duta Bougas Beauty.

“Walaupun kecantikan itu di mata orang yang melihat dan kita mentafsirkan makna cantik mengikut pandangan masing-masing, kita dapat melihat kejelitaan sejati seseorang dengan cara beliau membawa dirinya di khalayak ramai, dalam keadaan tertekan dan ketika melakukan persembahan.

“Di Bougas Beauty, tumpuan kami adalah untuk menonjolkan keyakinan seseorang wanita dan ini merupakan satu lagi sebab kami memilih tiga wanita yang amat berkebolehan ini untuk menjadi wajah Bougas Beauty.”

Bekas penyanyi dan kini guru sekolah rendah di Melaka, Tasha Manshahar sebelum ini merupakan artis rakaman di bawah FMC Music. Beliau telah menggunakan Bougas Beauty sejak 2017. Selain itu, Penyani, pelakon dan hos Amira Othman yang telah terlibat dalam bidang muzik sejak berumur 13 tahun. Selain berlakon dalam filem dan drama, beliau juga mengeluarkan beberapa single sejak 2013 yang termasuk Sesaat Untukku, Hati-Hati, Jaga-Jaga dan banyak lagi. Duta ketiga ialah penyanyi Wany Hasrita yang tampil dengan single terbarunya yang bertajuk Canggung dan Belenggu Rindu baru-baru ini juga adalah artis dakaman FMC Music yang dipilih sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 31 yang berprestij.