Bolt, platform mobiliti terkemuka dari Eropah, kini mencetuskan inovasi dalam industri ride-hailing Malaysia dengan memperkenalkan integrasi penuh tambang tol dalam setiap perjalanan. Langkah ini menjadikan Bolt sebagai peneraju pertama di negara ini yang mengautomasikan pengiraan tol secara menyeluruh sekali gus meningkatkan ketelusan, kecekapan, dan keselesaan bagi penumpang dan rakan pemandu.
Sebelum ini, tambang tol dalam kebanyakan perkhidmatan ride-hailing dikira secara berasingan atau ditambah selepas perjalanan, sering kali melibatkan pelarasan manual yang menyulitkan. Dengan hampir 200 plaza tol beroperasi di Malaysia dan pelbagai sistem tol terbuka, tertutup dan campuran pengurusan tol menjadi cabaran utama dalam pengangkutan harian. Statistik dalaman menunjukkan hampir 30% perjalanan Bolt di Malaysia melibatkan sekurang-kurangnya satu tol.
Menerusi penambahbaikan ini, penumpang kini dapat melihat jumlah tambang penuh termasuk tol sebelum mengesahkan perjalanan, memberi gambaran harga yang lebih jelas dan mengurangkan kekeliruan. Bagi rakan pemandu, pengiraan tambang tol dilakukan secara automatik dan dimasukkan terus ke dalam kadar tambang menghapuskan keperluan mencatat tol secara manual dan membantu mereka menjimatkan masa serta fokus pada perkhidmatan.
Afzan Lutfi, Pengurus Besar Bolt Malaysia berkata, “Integrasi ini menunjukkan pemahaman kami terhadap realiti pemanduan di Malaysia. Tol adalah sebahagian daripada rutin perjalanan harian, dan kami mahu menjadikannya lebih mudah dan telus untuk semua. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen Bolt dalam membina mobiliti bandar yang lebih adil, mudah dan dipercayai.”
Rakan pemandu turut menyambut baik penambahbaikan ini. Rahimah Ismail, seorang rakan pemandu dari Lembah Klang berkongsi, “Sebelum ini susah nak jejak tol terutamanya waktu sibuk. Sekarang semuanya jelas dari awal menjimatkan masa dan mengelakkan salah faham dengan penumpang.”
Dalam sesi Rumah Terbuka Raya Bolt baru-baru ini, syarikat turut mengumumkan beberapa lagi penambahbaikan yang akan diperkenalkan, termasuk pengurusan jarak pengambilan yang lebih baik serta akses kepada maklumat pendapatan yang lebih pantas dan mudah. Kesemua penambahbaikan ini dibentuk hasil daripada maklum balas komuniti pemandu Bolt.
Bolt terus berdedikasi membina pengalaman ride-hailing yang lebih baik melalui teknologi dan pendekatan mesra komuniti. Dengan pelaksanaan sistem tambang tol yang automatik dan telus, Bolt bukan sahaja memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri, malah turut membentuk masa depan mobiliti bandar di Malaysia sebuah perjalanan yang lebih lancar, berpatutan dan manusiawi.