Blood Brothers Serbu Bazar Ramadan! Jom Beramah Mesra Dengan Mereka!

Ramadan kali ini lebih meriah dengan kehadiran bintang-bintang Blood Brothers di bazar Ramadan terpilih! Primeworks Studios (PWS) dan Skop Productions mengadakan jelajah eksklusif bagi peminat untuk bertemu secara langsung dengan pelakon kegemaran mereka serta berpeluang memenangi tiket ke Gala Premiere Blood Brothers!

Blood Brothers, filem aksi mendebarkan ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 April 2025. Diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini menampilkan gabungan tenaga kreatif penulis terkenal seperti Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain. Barisan pelakon pula terdiri daripada nama-nama besar seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.

Sebagai sebahagian daripada kempen promosi, Blood Brothers akan menjelajah ke enam lokasi bazar Ramadan terpilih untuk bertemu peminat setia. Jelajah ini bermula pada 15 Mac 2025 di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri dan diteruskan ke Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya pada 16 Mac. Peminat berpeluang menikmati sesi meet & greet, bergambar bersama pelakon, serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang menarik.

Lebih istimewa, peminat yang bertuah akan menerima sampul raya eksklusif yang mengandungi kod QR khas untuk menonton treler eksklusif filem ini. Selain itu, mereka juga boleh mencuba nasib dengan ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi tiket percuma ke Gala Premiere atau membawa pulang merchandise eksklusif Blood Brothers!

Jangan lepaskan peluang menyertai #MyBloodBrothersChallenge! Kongsi gambar anda di Instagram, tag @primeworksstudios.film dan @skopofficial__, serta gunakan #MyBloodBrothersChallenge. Penyertaan paling kreatif dan menonjol akan memenangi barangan eksklusif serta berpeluang melangkah di karpet merah Gala Premiere Blood Brothers! Ikuti langkah penyertaan di @primeworksstudios.film untuk maklumat lanjut.

Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Blood Brothers di bazar Ramadan pilihan anda! Abadikan detik istimewa bersama bintang kegemaran dan nikmati pengalaman brotherhood yang sebenar. Untuk perkembangan terkini tentang jelajah Blood Brothers, ikuti laman sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.