Bila Bertiga, Dara Gangster Lagi Beracun!!!

Bila Bertiga, Dara Gangster Lagi Beracun!!!

Shasha Abedul, yang terkenal dengan perwatakan yang ayu dan manja, kini sedang diuji dalam slot Sakura “Dara & The Gang” sambil membawakan watak jahat! Bersama-sama dengan Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan), Chubb-E, Cat Farish, Enot, dan ramai lagi ahli kumpulan tempatannya, watak Shasha sebagai Dara pastinya membuatkan penonton menitiskan air mata.

Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gangs nukilan Amarilis Rahim. Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan penulisan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal ini akan menemui penonton bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung! 

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara. 

Menurut Shasha Abedul, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah. “Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya  boleh ke Shasha ni bawakan watak lain? Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok Shasha sebagai Dara Gangster nanti.”

Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul dan barisan pelakon yang kini melonjak naik di pesada seni. Tandakan kalendar anda dengan slot Sakura ‘Dara & The Gang’ bermula 28 September 2023 setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

#Dara&TheGeng #drama #MalayDrama #TV3Malaysia #TV3