Jika tekak anda mahu merasa makanan ala Barat, Cina atau India pula, Restoran Zende juga pilihan yang tepat.
Selaku hotel bertaraf lima bintang, mereka menyediakan semua gabungan rasa demi memenuhi selera penduduk Malaysia yang pelbagai.
Tidak terhenti setakat di situ, penulis teruja dengan keenakan sajian mamak seperti mi gorengnya.
Menariknya lagi, cef hotel menambah beberapa hirisan ayam, sedikit udang dan telur bagi menjadikan hidangan mi itu bertambah mengiurkan.
Seratus peratus dijamin sedap! Antara menu popular lain yang mendapat tempat di hati pelanggan adalah telur itik dan daging salai masak lemak cili api, nasi ayam Hainan dan kambing disalut lada hitam.
Secara keseluruhannya, Restoran Zende membahagikan jenis makanan mengikut seksyen-seksyen khas. Antaranya nasi, lauk-pauk, sup, pasta, salad, pencuci mulut seperti kuih-muih, buah-buahan dan sebagainya.
Percayalah, pada harga RM65, anda boleh menikmati hampir 200 hidangan. Memang tidak rugi lebih-lebih kepada anda yang memang suka makan!
Menariknya, kesemua menu ini akan bertukar setiap hari.
Orang ramai boleh menikmati bufet tengah hari ini bermula pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4 petang.